- NOT EDITED -
"Bangun! Bangun! Ada kebakaran!!!"
Terjerit seorang perempuan di telinga aku di awal pagi. Jasad tak sempat masuk lagi, mata aku sudah terbuka luas dengan keadaan terkejut.
"Hah?! Mana??" Panik, terus terduduk aku di atas katil, kepala berpusing kiri ke kanan mencari sumber api yang minah ni cakap.
"Akan terbakar kalau kau tak bangun sekarang. Dah pukul berapa ni kau tak bangun-bangun lagi, lambat sampai kelas nanti." Sambil menghempuk aku dengan anak patung penguin aku yang diberi nama Jemah.
Ya Allah...tingkatkanlah kesabaranku aku sampai penghujung degree aku dengan serumah dengan senah ni...
"Engkau kalau nak kejutkan orang tak boleh pakai cara normal ke?"
"Dengan cara normal iaitu menggunakan alarm yang telah ditetapkan oleh engkau sendiri pun kau tak bangun. Terpaksa la aku kejutkan kau dengan cara ni."
"Engkau ingat zaman asrama dulu ke main jerit-jerit kebakaran pagi-pagi buta?"
Ye, dulu asrama kami pernah terbakar angkara seorang mamat ni cintanya ditolak oleh seorang perempuan dalam asrama kami, haih heran sungguh. Sampai sekarang kami tidak tahu siapa pelakunya, tapi ini bukan tentang asrama terbakar...
"Alah kau pun...habis tu takkan aku nak jerit Dr. Iskandar call!! Dr. Iskandar call!! Lagi cuak engkau nanti"
"Apa?' Terdiam seribu bahasa bila dengar ayat Yana tadi. Cukuplah aku rabun, takkan pekak pula?
"Ni ha, Dr. call kau tadi, tapi kau tak sedar." Sambil menunjuk telefon aku ke arah mata aku. Ya, terpapar nama pensyarah yang tak berapa nak prihatin pada telefon aku.
"Mak aih...sampai tiga missed call..." Berkerut dahi aku di awal pagi. Dah kenapa pula dengan dia ni call pagi-pagi buta?
"Apa lagi? call lah balik, takut ada benda penting ke untuk kelas."
Dengar ayat Yana, patut ke aku call balik?
Tanpa aku sedar, aku sudah mendekat telefon pintar di telinga aku.
"Okay lah, apa-apa bagitahu aku. Aku nak pergi sambung makeup untuk pergi kelas Dr. nanti" Menyahut Yana sambil berlalu pulang ke biliknya.
Tengok dia bersiap cantik hari ini, lepas kelas nanti mesti pergi dating la tu.
"Hello?"
Akhirnya, selepas beberapa deringan, terjawab juga panggilan telefon aku ni.
"Ha, kenapa Dr. call saya pagi-pagi ni?"
Heran, kenapa macam dia berada di atas jalan raya je? bunyi segala kenderaan boleh didengar dalam panggilan. Baru pukul 7 pagi kot...
"Assalamualaikum." Suara garau didengari di hujung talian.
Allah yang satu...insaf seketika.
"Waalaikumsalam"
" Awak tengah buat apa sekarang?"
"Baru nak bersiap pergi kelas Dr. la, kenapa?"
"Kelas cancel. Bagi tau rakan yang lain." Dengan nada yang selamba sahaja.
Ha! Ni nak buat orang marah pagi-pagi buta ni. Semalam bukan main suruh kita datang awal sebab nak bagi bahan, tengoklah sekarang? Bagi tahu kelas cancel pula, nasib baik aku baru bangun, ini kalau dah bersiap makeup semua lepas tu baru nak bagi tahu, memang aku sumpah seranah tujuh keturunan!
"Ha? Cancel? Dr. ade khusus ke ?" Soal aku, yela...tak pasal-pasal pelajar lain bising dekat aku sebab bagi tahu lambat.
"Saya ada business lain dekat luar." Jawab Dr. Iskandar.
Dalam beberapa saat kemudian aku terdengar suara seorang lagi lelaki di sebalik talian "Woi Muhammad! cepat sikit la! Kite dah lambat ni, kau bergayut apa lagi dalam call tu?" Lah siapa pulak tu yang terpekik di belakang tu.
"Sapa tu Dr?"
"Orang tidak siuman yang saya kena ikut hari ni, Saya kena gerak dulu. Nanti saya bagi tahu kelas ganti. Bye, assalamualaikum." Balasnya sambil memarahi entah siapa yang ada dengannya pada waktu itu.
Dengan itu, dia tamatkan panggilan kami. Hah? Orang kurang siuman? Senang-senang saja dia panggil kawan sendiri macam tu.
Biarlah, bukan urusan aku untuk ambil tahu pasal kehidupan dia. Bukan urusan aku untuk ambil tahu.
"Ilyana Ayesha!!! Kelas cancel!" Bergema suara aku di dalam rumah.
"Okay-okay!!! Aku nak gi dating!!!"
"Elok-elok pergi tu!" Aku menjerit sebelum kedengaran pintu depan tertutup. Asal dia balik nanti dengan keadaan yang selamat sudah. Kalau tidak memang teman lelaki dia aku serang dulu.
Tepat pukul 11.30 pagi, aku sudah berada di mall yang berdekatan dengan rumah sewa aku. Macam mana aku boleh ada dekat sini? Yelah, alang-alang kelas dah dibatalkan, dah bersiap apa semua lebih baik aku keluar. Tidak jauh dari rumah sewa aku, dalam 15 minit perjalanan menaiki kereta.
Dari satu tingkat ke satu tingkat aku berpusing-pusing dalam mall ni. Dari satu kedai ke satu kedai yang berbeza, awalnya kedai pakaian, lepas tu kedai elektronik, kemudian kedai anak patung dan seterusnya.
Sedar-sedar di beg galas aku sudah dipenuhi dengan keychain penguin.Dari mak sampai ke anak aku beli. Macam mana aku boleh obsess dengan penguin ni? Sebab arwah ayah aku lah, suka manjakan aku dengan patung penguin sejak aku lahir lagi, itu apa yang mak kesayangan aku cerita la.
"Assalamualaikum, Awak Delisya ke?"
Tiba kedengaran suara perempuan menyapa aku dari belakang. Aku menoleh kepala aku untuk melihat tuan badan yang memberi salam itu.
"Waalaikumsalam."
Mata aku membulat apabila melihat tuan kepada yang memberi salam salam tersebut. Tidak lain dan tidak asing pada aku, rupa wajah yang sangat ku kenal pada suatu ketika dahulu.
Afra, atau nama yang lebih dikenali sebagai Siti Afra Syafiyah. Kenalan semasa zaman sekolah menengah dahulu. Nak dikatakan rapat pun tidak, tetapi boleh dikirakan sebagai rakan sekelas dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.
YOU ARE READING
Hasrat Terakhir "Cinta Yang Tidak Dijangka"
RomanceKisah ini mengisahkan tentang seorang pelajar Universiti yang bernama Nur Delisya yang sedang sedaya upaya berusaha untuk menghabiskan degree nya dan seorang pensyarah yang bernama Aryan Iskandar atau diberi gelaran sebagai Dr Aryan Iskandar, pensya...