Tajuk: ZAYNN AL-FATEH
Penulis: AZIENA
Harga: RM34 / RM37
Dhiya belajar hidup berdikari di usia muda selepas kematian orang tuanya. Hidupnya tidak seindah remaja lain. Daripada duduk di kampung menghadap muka Puan Safiah, baik dia bekerja di bandar. Tak kisahlah kerja apa-apa pun, yang penting, kerja halal. Dengan bantuan kawan baiknya, Nureen, Dhiya dapat kerja di kafe milik Mustafa.
"Saya datang untuk hantarkan pesanan kek ni untuk Dato' Zaynn." - Dhiya.
"Pesanan kek untuk Dato' Zaynn? Betul ke Dato' Zaynn ada pesan atau oder apa-apa? Pelik. Kenapa saya tak tahu?" – Zaynn
Rupanya, Mustafa sengaja menemukan mereka berdua. Selaku kawan baik, dia hanya oderkan jodoh untuk Zaynn memandangkan Zaynn hanya mempunyai tempoh tiga bulan sahaja untuk mencari calon isteri. Kalau tak, Zaynn kena paksa dijodohkan dengan janda anak tiga oleh Hajah Hanum.
Dato' Zaynn Al-Fateh adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Walaupun sudah 40 tahun, tapi masih belum bersedia untuk berumah tangga. Pertemuannya dengan Dhiya telah membuka pintu hatinya. Jarak usia mereka agak jauh, tapi Dhiya ada aura hebat yang membuatkan dia jadi terpesona.
Pertemuan Dhiya dengan Airiel membongkar siapa Dhiya sebenarnya. Dan, hubungan yang mula terjalin antara mereka menimbulkan rasa tidak senang di hati Zaynn.
"Tanya hati. Apa yang dirasa." - Dhiya
"Rasa sakit, sakit sangat!" - Zaynn
"Jangan risau, hati Dhiya hanya untuk lelaki di hadapan Dhiya ni. Dan, insya-Allah, hati ni takkan ke tempat lain."- Dhiya
Memang lumrah, hidup tak selalunya indah. Bukan semua orang suka melihat kita bahagia. Itulah yang dihadapi oleh Zaynn dan Dhiya bila munculnya Sally dan Taufiq. Apatah lagi kewujudan mereka bakal mengancam Dhiya.
"Saya risau kalau Sally rancang sesuatu dekat isteri saya. Lagipun, kita memang tak kenal siapa Sally sebenarnya dan apa yang mampu dia lakukan." - ZaynnUntuk melanggan & pertanyaan:https://shopee.com.my/kedaibukudnhttp://www.wasap.my/+60132588069
YOU ARE READING
ZAYNN AL-FATEH
RomanceTajuk: ZAYNN AL-FATEH Penulis: AZIENA Harga: RM34 / RM37 Dhiya belajar hidup berdikari di usia muda selepas kematian orang tuanya. Hidupnya tidak seindah remaja lain. Daripada duduk di kampung menghadap muka Puan Safiah, baik dia bekerja di bandar...