Terik sungguh cuaca pagi itu walaupun jam menunjukkan baru jam 9 pagi.
Di atas meja makan sederhana besar itu, terdapat beberapa juadah sarapan pagi yang telah tersedia. Ada nasi lemak dan sambal sotong, ada beberapa jenis kuih-muih kampung seperti karipap, kuih gulung beserta air teh di dalam teko.
Tiga pasang mata itu berpandangan silih ganti. Namun lidah masing-masing kelu. Hanya tangan saja yang bergerak dan mulut yang mengunyah makanan yang sedia ada.
Bagi Puan Rohaya, dia tidak selesa dengan kehadiran Maria. Segala yang dipandangnya pada gadis itu agak menyakitkan matanya. Perwatakannya seakan liar. Pakaiannya menjolok mata. Eh.. serba-serbi lah tidak kena pada matanya.
Dini menelan liur. Dia dapat merasakan suasana di antara mak dan Maria seakan tegang sejak mereka sampai kelmarin. Sebaik saja dia turun dari kereta dan memperkenalkan Maria, terus berubah air muka Puan Rohaya. Jelas tidak suka. Padahal semasa dia beritahu yang dia akan balik dengan kawan baiknya di universiti maknya okay saja. Entah apa lah yang tidak kena pada mata orang tua itu. Maria pun seakan merajuk dengan dia. Teman wanitanya mahu balik KL hari ini tetapi dia halang. Dia janji akan pujuk mak. Baru tiga hari mereka dia sana, masih ada masa lagi. Cuti semester 2 minggu. Esok pula mereka akan ke pulau. Hopefully everything according to plan!
Maria menelan kering juadah yang di sediakan. Dia tidak ada selera tetapi kena makan juga. Dia pun tidak faham kenapa Puan Rohaya seakan tidak suka padanya. Ingin pulang ke KL tetapi dihalang Dini. Ahhh... semak!
"Esok kita gerak selepas subuh tau mak. Jadi mak takyah lah masak. Kita breakfast kat luar je" Dini cuba memecahkan suasana yang hening.
Puan Rohaya sekadar berdehem tanda mengiyakan saja. Tiada mood. Kalau ikutkan hati dia malas mahu pergi esok. Ni semua sebab budak ni! Dia merenung tajam Maria yang asyik tunduk saja dari tadi.
Usai sarapan pagi, Puan Suraya keluar ke kelas fardhu ain. Tinggal dua anak gadis itu di rumah berkemas dan masak untuk makan tengah hari. Maria membantu setakat yang dia boleh. Dia betul-betul tiada semangat.
"Mak you macam tak suka i lah." Mengadunya.
Dini perasan juga. "I rasa dia tak biasa lagi tu. I pun tak pernah cerita pasal you dekat dia."
Maria bergumam. "Sure ke? Nampak macam tak sukalah. Pandang I pun tak. Berbual pun you tengoklah.... ." Mengeluh berat.
Dini meletakkan senduk di atas pelapik. Di atas dapur dia sedang memasak sup ikan merah. Dia merenung Maria dalam-dalam. "Don't overthink. Mak ambil masa je tu untuk serasi dengan you." Dia mengucup bibir Maria. "I love you." Bisiknya.
Mereka berbalas senyuman.
"I love you too." Balas Maria lalu mengucup pipi Dini.
Mereka menyambung kembali tugasan memasak mereka. Manalah tahu kalau Puan Rohaya tiba-tiba mahu makan tengah hari walaupun tadi pagi mereka sudah makan sarapan yang agak berat.
************************************************************
Maria dari awal memang tahu percutian mereka ke Pulau Babi ini merupakan satu cadangan yang buruk. Baru saja turun dari kereta sudah dapat jelingan tajam yang tembus langsung ke matanya. Aduhhh... aku ada buat salah ke dengan orang tua ni? Lain macam lah dia punya pandangan ni.
"Mak..." Panggil Dini lembut. "Macam tak happy je kita nak pergi bercuti ni?" Dia menarik tangan orang tua itu. "Mak tak suka ke?"
Puan Rohaya memaksa dirinya untuk senyum. Diukir satu senyuman yang paling lebar hingga menampakkan giginya yang tersusun rapi. "Bukan... " Dia menggeleng. "Bukan tak suka cuma... kenapa nak membazir ni pergi holiday. Cuti sem macam ni baik kita spend time berdua di rumah."
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...