SEMINGGU berlalu ,
"Ziyyad , Ziyyad . Kau betul-betul nak main dengan api ya. Kau tunggu.. "
Putung rokok dibuang ke tanah. Dipijak nya mematikan api yang bersisa sebelum beralih pandangan terhadap anak buah nya .
" cari maklumat pasal perempuan tu "
"MORNING Encik Ziyyad ! " Aryn menyapa ceria sebaik figura Ziyyad keluar dari rumah . Namun sapaan nya tidak dibalas dan Ziyyad hanya memasuki perut kereta tanpa sepatah kata .
Sudah terbiasa .
" Elok-elok pergi kerja tuu , jangan lupa makan sekalii " pesan Aryn gurau . Menjadi kebiasaan untuk mengusik lelaki pujaan hati nya seorang ini . Rasa bahagia entah kenapa .
Aryn tanpa berlengah memasuki rumah , segera menujui bilik terletaknya anak asuhan nya .
" Hey little boy, wake up " Aryn membuka tirai bilik , membiarkan cahaya pagi memenuhi ruang . Tuala dan pakaian Uzayr di gapai seperti selalu sebelum tubuh anak kecil itu digoyang lembut .
"Ufan , pergi mandi "
"Kakak Ayinn ! Rinduuu nya " sebaik sahaja suara yang dikenalinya menyapa halwa pendengaran , terus sahaja mata terbuka luas . Badan Aryn dipeluk kuat membuatkan Aryn terletus tawa .
" Eei , hari-hari jumpa . Rindu ke?" Aryn mengusik . Pelukan dari Uzayr dibalas sambil tangan naik merapikan rambut yang berantakkan .
"Yee, rindu . Ufan rindu kakak Ayin lagi dari kakak Fara. Dia nak dekat-dekat dengan abang Is je bukan nak main dengan Ufan pun " adu Uzayr selamba . Aryn memicingkan mata .
Mana boleh dekat dengan lelaki kesayangan nya !
Tak boleh dibiarkan .
"Iye? Eishh , nak kena kakak Fara ni" Aryn mengacah-acah membuatkan Uzayr tertawa . Rambut nya kembali dikusutkan . Comel sangat .
"Dah , pergi mandi nanti turun makan okay?" Tuala tadi diserahkan kepada Uzayr . Setelah berganti tangan baru lah Aryn menapak keluar dari bilik tersebut .
Ruangan dapur dituju nya . Seperti biasa akan memasak makanan ringkas untuk Uzayr bersarapan . Baru lah dia akan menghantar anak kecil itu ke tadika . Rutin yang sama tapi tidak jemu dengan telatah Uzayr yang bermacam ragam .
Menu untuk hari ini , Aryn memilih untuk masak nasi goreng . Uzayr pun suka saja nasi goreng masakkan nya. Dipuji sedap lagi .
"SAYA nak jumpa Ziyyad Iskandar " lelaki tua itu mendesak salah seorang pekerja .
"Maaf encik , tapi boleh kami tengok temujanji encik dengan Encik Ziyyad?"
"Tak payah semua tu , aku kenalan dia " Berkeras juga ingin menjumpai Ziyyad pagi ini . Suara nya yang kuat meraih perhatian pekerja-pekerja yang lain . Menimbulkan kekecohan kecil di dalam syarikat Ziyyad .
"Hai , ada yang boleh saya bantu?" Mikael muncul di antara kekecohan yang terjadi . Suara lelaki itu betul-betul boleh didengari dari luar .
"Kau siapa , aku nak jumpa Ziyyad Iskandar"
"Saya assistant dia , Mikael . Boleh berurusan dengan saya mengenai dia ." Mikael tunduk sedikit kepala nya sambil memperkenalkan diri .
" Oh ya ? Bawa aku jumpa dia sekarang ." Lelaki tersebut tetap berkeras . Tidak endahkan pelawa Mikael terhadap dirinya .
Mikael pandang atas bawah . Ditahan sahaja mulut lepas nya dari memaki lelaki tua dihadapan nya ini. Pagi-pagi dah menyusahkan orang . Tak faham bahasa kah dia boleh berurusan dengan Mikael dahulu .
YOU ARE READING
➤ Babysitter 1 Bulan「SU」
RomanceROMANCE COMEDY BABYSITTER NEED ASAP. • Beroperasi bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam. • Mampu mengasuh bayi? That's all. • Berminat? Tap the 'read'. •sesungguhnya cerita ini hanyalah seketul bawang. •karya pertama •happy reading.