BAB 30 | TUAN PUTERI MERAJUK.

53 3 1
                                    

SALAH SANGKA.

Khalid menghampiri mereka berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Khalid menghampiri mereka berdua. Dia juga tidak mengetahui apakah hubungan diantara mereka berdua, yang jelasnya bukanlah sepupu seperti yang diperkatakan oleh wanita itu. Namun pandangan mata dan riak wajah Tengku Lily Camelia jelas menunjukkan yang gadis itu sedang cemburu. Dia tersenyum tipis. Benarlah sangkaannya selama ini bahawa gadis itu menyukai pria tersebut.

Ketiga-tiga mereka sudah mengesyaki sesuatu diantara Tengku Lily Camelia dan juga Tuan Hulk namun mereka tidak dapat membantu apa-apa memandangkan gadis itu merupakan anak kepada Raja Espania yang bakal dikahwinkan dengan Tengku Mahkota Andalusiana tidak lama lagi.

"Jadi, Tengku Lily sudah bersetuju untuk mengahwini Tengku Jebat Aariyaz?." Soal Nur Dalina.

"Mungkin.." Nur Dalina menampar lembut bahu pria itu sambil diperhatikan oleh Khalid.

"Abang jangan lambat-lambat, nanti melepas pula." Kata Nur Dalina separuh berbisik namun masih dapat didengari oleh Khalid.

"Abang?." Bunyi tapak kasut membuatkan mereka berdua menoleh ke arahnya. Kelihatannya Khalid yang tersenyum itu sedang menghampiri mereka berdua.

"Oh, Tuan Khalid rupanya." Tegur Nur Dalina dengan mesra.

"Hai.. Maaflah kerana mengganggu."

"Eh! Tak menganggu pun." Balas Nur Dalina dengan senyuman manis. Terpukau seketika Khalid melihatnya. Mereka berbalas pandangan seketika sebelum Nur Dalina meminta diri untuk masuk kedalam rumah agam tersebut.

"Petang ini saya akan berkawal di istana. Kamu berehatlah, Khalid." Ujar Tuan Hulk.

"Baik, Tuan. Err Tuan?."

"Ya?."

"Tadi saya terserempak dengan Tengku Lily.. Tuan ada bertemu dengan Tengku Lily?." Tuan Hulk terkejut.

"Tengku Lily datang ke sini?." Khalid angguk kepala.

"Saya tak nampak pula kelibat Tengku Lily ke mari.. Erm..."

"Mana nak nampak kalau Tuan asyik sibuk dengan Dalina saja." Usik Khalid dengan spontan.

"Ish kamu ni, Khalid. Erm.." Khalid tersengih-sengih.

"Tapi Tuan, Tengku Lily kelihatannya muram dan sedih saja." Beritahu Khalid lagi. Tuan Hulk menatap wajah sahabatnya itu. Tanpa menunggu lama, dia terus beredar meninggalkan Khalid dan menuju ke arah istana untuk bertemu dengan gadis itu.

Sementara itu, didalam biliknya, dia sudah siap berbaring diatas katil empuk itu.

"Melati."

"Ya, Tengku Lily. Tengku perlukan sesuatu?." Tengku Lily Camelia gelengkan kepalanya.

"Saya ingin berehat. Jangan biarkan sesiapa mengganggu saya." Dayang Melati anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Baik, Tengku Lily. Patik keluar dulu."

CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | COMPLETE Where stories live. Discover now