|Spin-off Hanya Dia|
ARSYAD LUTFAN | AIRIZ IMAN
AIRIZ IMAN gadis yang jauh terpesong. Gemar melakukan perkara-perkara yang sudah jelas haram dalam Islam namun apakah dayanya kalau itu sudah menjadi hobinya?
ARSYAD LUTFAN lelaki yang serba boleh. M...
MASUK lima bulan dia sudah menetap di tanah air Kuala Lumpur ini. Awalnya agak kekok memandangkan dia bukanlah orang bandar namun, alhamdulillah dia dapat juga menyesuaikan diri.
" Alhamdulillah, Ummi. Syad dah beli kereta dengan hasil duit yang syad simpan dan usaha. " ujarnya melalui talian.
" alhamdulillah...tahniah ya. Bolehlah nanti, cuti-cuti kamu balik sini. Ummi dah rindu anak manja Ummi ini. " kata Puan Suraya. Arsyad ketawa kecil.
" Syad tak manja. Ummi yang terlebih manja. " nafinya. Sememangnya itulah hakikat. Jika dia pulang Puan Suraya lah orang yang paling teruja.
" ini kamu cuti kah? " soal Puan Suraya.
Arsyad melabuhkan punggung di atas sofa empuk. " iya. Esok dah masuk kerja balik. " jawabnya lembut. Puan Suraya mengiyakan. " jaga diri elok-elok tahu dekat sana. Kalau sempat itu, cari lah menantu. " usik wanita itu.
Arsyad ketawa kekok. Dia menggosok belakang lehernya. " kalau ada lah... "
" alaa... Ummi nak juga rasa ada menantu dengan cucu. " usiknya lagi. " janganlah desak syad itu... " sampuk Tuan Ariel. Suara lelaki itu sedikit jauh dalam talian.
Arsyad terkekeh. " ha, dengar itu Ummi. Abah dah tegur tu. "
Puan Suraya mencebik. Tak aci!
SEMAKIN lama semakin dia hilang fokus terhadap kerjanya. Apa yang susah sangat untuk dia fokus terhadap reka bentuk barunya ini?
" kau ok tidak? " soal Emma. Airiz diam. Angguk tidak, geleng juga tidak.
" oi, aku tanya ini. "
" aku dengarlah. "
" kalau dengar jawablah. Jangan buat aku jadi tunggul kayu. " kata Emma tidak berpuas hati. " aku tak tahu apa kena dengan diri aku ini. Sejak kebelakangan ini susah betul aku nak fokus pada kerja. " jelas Airiz.
Emma mengganguk faham.
" kau ini. Tadi terhegeh-hegeh suruh aku cerita. Bila dah cerita, kau angguk saja? "
" sudah itu? Kau nak aku buat apa? Pergi merantau satu dunia carikan ' fokus ' dekat kau? "
" boleh juga. " jawab Airiz. Emma mendengus.
" ada lah itu...yang mengganggu kau kah... " ujar Emma. Tangannya mencapai sebuah buku yang isinya pelbagai reka bentuk pakaian gaun pengantin terkini. Tampak Airis gigih untuk menghasilkan gaun pengantin yang baharu dan mendapat inspirasi dari buku tersebut.
Airiz bersandar pada bahu kerusi kerja. Dia memejam matanya rapat sembari mengeluh perlahan.
" oh ya. Apa cerita abang kacak aku? " soal Emma.
Airis mendengus kasar. Tahu siapa yang dimaksudkan ' abang kacak ' oleh Emma.
" malas ambil tahu. "
" alahh kau ini. Baik aku saja jadi jiran dia. " ujar Emma. Airiz memutarkan bebola matanya ke atas malas. " pergilah, rimas aku hari-hari dengar lagu arab apa tah. Kuat pulak itu. " kata Airiz.
" lagu arab? "
" ya lagu arab. Alim saja, rupanya tahu karaoke. " ujar Airiz.
" lagu arab ka atau... Selawat kau dengar? " soal Emma. Airiz terdiam. Er...
Emma ketawa sinis. " nampak sangat kau punya belang ini...selawat pun tak tahu ek? "
" tahulah! " nafinya. Hakikatnya tidak. Dia hidup dalam dunia yang kaya tanpa tahu erti susah. Dan keluarganya juga turut sama seperti dia, kurang mengambil berat tentang Islam.
" dah lah! Aku nak sambung kerja. " dia cepat mengubah topik. Malas mahu bualkan tentang hal ini.
" APA benda ini? " soalnya sebaik sahaja dia menerima sebuah kotak bersaiz sederhana, berwarna coklat muda.
Arsyad yang langsung tidak memandangnya menjawab. " bukalah dan terima dengan hati yang terbuka. Saya harap apa yang saya beri itu dapat tolong awak. " lembut Arsyad bersuara.
Airiz diam. Membelek kotak tersebut, kut-kut ada kejutan dalam itu yang boleh buat dirinya terlompat?
" saya minta diri dahulu. " dia meminta diri sebelum melangkah pergi. Airiz kekal diam. Memerhati lelaki itu yang melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Dia kembali ke dalam rumahnya. Kotak yang diberi tadi diletakkan di atas meja.
" tak ada ribu tak ada hujan, Tiba-tiba bagi? "
Perlahan dibuka kotak tersebut. Dia terkedu. Tangannya teragak-agak untuk mengeluarkan barang tersebut. Namun, dia gigihkan juga.
Tasbih berwarna putih bersih itu dipandang dalam. Senaskah al-Quran yang masih terletak di dalam kotak itu dipandang pula. Tidak lupa ada sehelai tudung sarung hitam di samping naskhah al-Quran tersebut.
Adanya satu kertas putih kecil terselit pada tudung itu. Dia mencapainya.
" solatlah, seburuk apapun diri mu. Semoga solat mu itu tadi menjadi hidayah dan kekuatan untukmu meninggalkan segala kejahatan tersebut. "
Tanganya bergetar hebat. Ya Allah...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.