"Come on! You can do this. Saya tahu awak boleh buat. 1...2...3..."
seperti biasa Max akan membantu Hannah di gim. sudah hampir dua bulan mereka berkenalan dan mereka berdua menyimpan perasaan antara satu sama lain, namun takut untuk meluahkan perasaan masing-masing.
Hannah berumur 25 tahun, dia kehilangan ibu bapanya dalam satu kemalangan yang dahsyat jadi dia tinggal bersendirian di bandar. Max pula jejaka tampan yang berasal dari Kanada, seorang yang tinggi dan berbadan berotot tapi tidak berlebihan. Perutnya yang berkotak membuatkan mana-mana wanita cair dan lemah lutut melihatnya.
Seperti biasa hari ini Max menjadi jurulatih kepada Hannah dalam mengangkat berat. Selalunya Hannah akan mengangkat beban 80 kg sahaja namun hari ini Max menyuruhnya menambah lagi 20 kg beban.
"Hannah are you ready? hari ni saya nak awak angkat 100 kg. Jangan risau saya ada." Beritahu Max dengan selitan mengusiknya itu. Dia menambah lagi beban 20 itu dah senyum kepada Hannah. Nak mengusik Hannah la tu.
"Ishh! 100 kg berat la... Yang 80 kg ni pun dah sesak nafas dah ni" protes Hannah.
"Takpe saya ada. saya kira sampai 10 tau" Max meyakinkan Hannah.
"Ok. Tapi kalau tangan saya patah siap awak eh... you'll see-...."
"Shh... kalau tangan awak patah saya boleh jadi 'tangan' awak." Sempat lagi si Max ni mengusik Hannah sambil senyum senget.
Hannah mengangkat beban 100 kg itu sambil Max mengira sehingga 10. Berjaya juga Hannah mengangkat beban seberat 100 kg itu. peningkatan yang baik bagi Hannah terutama Max yang membantunya. Mereka duduk di bangku mengambil nafas dalam keadaan letih. Max tidak beralih pandangan daripada Hannah. Setiap kali melihat Hannah dia rasa mahu memiliki Hannah dan perkara ini disedari Hannah sejak akhir-akhir ini
"Kenapa tengok saya macam tu? awak lapar ke? hihi" Sambil meneguk air, dia perasan Max merenungnya sambil senyum senget.
Tanpa berselindung lagi, Max menjawabnya jujur namun kedengaran sinis. "Yes I'm really hungry baby. I'm craving a special menu." usiknya lalu diselitkan dengan ketawa. Sampai tersembur air yang diminum Hannah mendengar Max berkata sedemikian. Max mengambil tuala kecil berhampiran dan menghulurkan kepada Hannah.
"S-suka sangat a-awak usik saya macam tu." diambilnya tuala kecil yang dihulur Max dan mengelap mulutnya sambil memandang ke arah lain. Dia tidak mahu Max melihat mukanya yang bertukar merah padam itu kerana 'blushing'.
"haha! Ya lah sorry. Tapi awak ni comel betul kan bila 'blushing' macam tu? Dah la pendek macam budak kecik. Lain lah saya ni, tinggi." sempat lagi Max ni membezakan ketinggian mereka.
"Amboi! Saya ni tak ada lah pendek sangat awak tu je yang tinggi macam tiang lampu. Jom ukur kalau tak percaya." Hannah bangun dan mengheret tangan Max dan mereka berdiri di hadapan cermin besar yang berada di sudut gim itu. Max terkejut kerana ini kali pertama mereka berpegang tangan semenjak kali pertama dia menjadi jurulatih Hannah.
"Ha tengok tu kan saya dah kata awak ni pendek. tapi saya suka perempuan pendek macam awak ni." Dia mengusap kepala Hannah. Ya ketinggian mereka memang berbeza kerana Hannah hanya 153 cm manakala Max 190 cm.
Hannah memuncungkan mulutnya kerana tidak dapat terima kenyataan yang Max sememangnya tinggi. Tapi dia juga juga lelaki tinggi seperti Max itu, dia rasa selamat. Tanpa amaran Max tiba-tiba mengangkat bajunya dan mendedahkan perutnya yang berkotak di hadapan cermin itu membuatkan Hannah terkejut dan menutup mukanya dengan tangan. mukanya merah.
"A-apa awak buat ni" suaranya bergetar, dia mengintai dari celah jarinya melihat perut berkotak Max. Suka tapi malu nak tengok.
Max memberikan senyum senget lalu menarik tangan Hannah dan meletakkan di perutnya. "I know you want to touch it. Don't be shy." Hannah mengikutkan sahaja dan meraba perut itu. dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar. Dah bagi sentuh nak ambil gambar pula
YOU ARE READING
MINE IS A GYM INSTRUCTOR!
Random(watak dalam cerita ini non-muslim) Hannah yang sering ke gim untuk memanaskan badan tidak sengaja terjumpa dengan seorang lelaki yang juga merupakan seorang pelatih di situ. Max jejaka asal Kanada yang menjadi jurulatih gim. kebetulan juga, Max yan...