Zyan Rafael yang baru keluar dari bilik,terus turun mencari isteri kecilnya.
Sampai sahaja di ruang bawah,dia melihat tubuh kecil itu sedang duduk di atas lantai ruang tamu.Ada sofa kenapa duduk atas lantai?Zyan Rafael geleng kepala, apalah isteri ketot dia ni.
"Abang." Tegur Alya apabila perasan tubuh tegap suaminya menghampirinya.
"Sayang kenapa duduk atas lantai ni?sofakan ada."Ucap Zyan Rafael pula.
Alya mendongak melihat wajah kacak suaminya.
"Liya saja jee duduk sini." Balas Alya sambil tersenyum.
Zyan Rafael yang mendengar itu terus menarik tangan kecil isterinya menuju ke sofa.
"Kenapa tak naik atas?" Soal Zyan Rafael setelah mereka berdua sudah duduk di atas sofa.
Alya hanya menggeleng kepalanya.
"Sayang buat apa jee dekat bawah ni?Hmm?"
"Takde buat apa."
"Yeke ni?atau ada sorok apa-apa dari abang?"Ucap Zyan Rafael lagi.
"Eh tak tak takde.Liya takde sorok apa-apapun.Liya makan coklat jee tadi hehe."Balas Alya sambil tersenyum memandang suaminya.
Zyan Rafael yang mendengar itu,turut tersenyum.Tangannya naik menyentuh rambut isterinya.
"Hari ni macam mana?okay?kepala okay?tak sakit?" Soal Zyan Rafael lagi dengan tangan yang mengemaskan rambut isterinya yang di biar lepas itu.
Alya diam seketika sebelum simpan senyum.
Dia tiba-tiba membuat muka menahan sakit dengan tangan kecilnya yang naik di tepi kepala."Sakit." Ucapnya sambil melihat wajah suaminya yang sudah mula risau.
"Sakit kepala ke?jom pergi hospital." Balas Zyan Rafael dengan cemas dan berura-ura menarik isterinya tetapi terhenti setelah mendengar gelak tawa isterinya.
"Hahaha." Alya tertawa sambil membetulkan rambutnya.
"Ketot." Panggil Zyan Rafael dengan nada datar.Dia kena tipu dengan budak ketot dia.
Dia menghampiri tubuh kecil isterinya yang masih tertawa itu."Abang marah ke?" Soal Alya setelah melihat suaminya datang kearahnya.
Zyan Rafael tidak membalas,dia hanya diam.
Alya yang tadinya tertawa mula diam.
"Main main lagi macam tu.Sayang buat abang risau." Ucap Zyan Rafael dengan nada yang masih sama.
Alya terus melihat suaminya yang sudah duduk semula di sofa ruang tamu rumah mereka.
"Liya gurau jee.Abang marah ke?Liya minta maaf."
Zyan Rafael buat-buat tak dengar.Dia mula membuka TV.Tetapi hujung matanya masih melihat tubuh kecil isterinya yang masih berdiri di sampingnya.
Manakala Alya yang melihat suaminya itu mula meninggalkan ruang tamu dengan wajah merah menahan tangis.
Dia melangkah masuk keruang dapur tetapi tidak duduk di ruang itu,dia masuk ke bilik kecilnya yang pernah jadi saksi di mana dia gambira dan juga bahagia.
Tanpa membuka lampu dia masuk dan mula merebahkan tubuh kecilnya di atas tilam nipisnya.Air mata yang di tahan sejak tadi,kini sudah pun mengalir laju.Dia menangis teresak-esak.Dia ingatkan suaminya tidak marah dia bergurau.Tanpa dia tahu suaminya itu sengaja membuat dia menangis.
Dalam dia menangis dia tidak sedar dia terlelap di bilik lamanya.
Manakala Zyan Rafael pula yang sudah bosan duduk di ruang tamu mula mencari isterinya.Dia mula masuk keruang dapur.Tetapi ruang itu sunyi.Dahinya berkerut,mana pula ketot dia ni.
Baru saja mahu keluar dari ruang dapur,matanya terpaku pada pintu bilik isterinya dulu.Pintu itu terbuka sedikit.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Lãng mạn🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...