Prolog

11 2 0
                                    

Matahari sudah mula menunjukkan sinarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Matahari sudah mula menunjukkan sinarnya. Beg bagasi sudah siap diisi dengan pakaian untuk penginapan selama tiga hari, dua malam. Sibuk dia menghadap cermin, bersolek nipis supaya tidak kelihatan terlalu pucat.

Tok! Tok!

"Oi, kau dah siap ke belum tu? Bersiap lama-lama buat apa?" Kepala menoleh pada papan pintu yang tertutup rapat. Biarpun tidak terbuka, sudah dia dapat bayang wajah menjengkelkan si abang. "Sekejap lah. Adik keluar muka pucat macam mayat hidup nanti, abang juga yang takut!" Pelembap bibir dioles pada bibir yang merekah kering. Naik sedikit seri wajah dengan warna bibir yang terang.

Puas dengan penampilan diri, beg silang atas katil dicapai, disangkut sebelah bahu. Beg bagasi yang sudah diletak disebelah pintu, ditarik keluar ke ruangan tamu.

Akhirnya kelibat si adik kelihatan. Boleh berjanggut rasanya tunggu perempuan bersiap. Ini baru adiknya. Tidak terbayang kalau esok-esok dia sudah punya isteri.

Setelah diteliti, barulah dia faham kenapa lama sungguh adiknya bersiap. Hari ini Hanina kelihatan lebih cantik bersiap jika hendak dibandingkan dengan hari-hari yang sebelumnya. Mood elok lah tu.

"Ha cepat lah. Tadi bukan main suruh orang bersiap cepat-cepat. Sekarang, dia pula yang ternganga." Hanina terus melangkah kearah pintu utama, diekori Hayyan dari belakang.

Selesai kunci segala pintu rumah, mereka mula bergerak keluar dari perkarangan rumah. Sementara jalan raya belum sesak, eloklah mereka bertolak sekarang. Sekurangnya, tidak lah panas punggung dalam kereta menghadap kesesakan jalan raya.

Suasana dalam kereta yang sepi tanpa sebarang perbualan, dihiasi dengan bunyi radio yang memecah keheningan. Hanina bertanya kepada abangnya "Eh abang kita nak ke mana sebenarnya?" Hanina bertanya sambil membuka cermin kereta melihat permandangan yang indah. "Diam sudahlah budak! Aku nak bawa kau pergi healing lah, Aku sayang kau tau tak budak! "

Setelah beberapa jam, mereka berhenti di hentian rehat seketika untuk membeli makanan. Hanina bertanya kepada abangnya "Bang nak makan apa? Adik nak beli untuk abangku kesayangan." Hanina tersenyum  nipis kepada abangnya . "Kau belilah apa-apa pun,aku tak kisah janji perut aku tak kosong." Hayyan berkata sambil menekan telefon untuk menghubungi seseorang.

Tut,Tut

"Assalamualaikum, bro maaf aku tak dapat hadir ke majlis sambutan hari jadi kau. Aku bawa adik aku bercuti, memandangkan kami dah lama tak bercuti."

"Waalaikumussalam... eh tak ade hal lah bro. Aku tau, kau  kena jaga adik kesayangan kau tu."

Selepas beberapa minit Hanina kembali ke kereta. Terkejut abangnya melihat. "Oi! Hanina, kau beli apa tu banyak nau!" Hanina tertawa melihat reaksi abangnya begitu, seperti terkejut beruk, padahal makanan yang dia beli hanya untuk buat stok ketika tiba di pulau nanti. Maklumlah makanan di sana mahal.

Setelah melalui kesesakan jalan raya,mereka tiba di tempat yang dituju. Tempat pertama yang mereka tuju adalah masjid untuk menunaikan solat zohor. Hanina ke tempat mengambil wuduk, manakala Hayyan ke tempat solat lelaki. Setelah selesai menunaikan solat, Hayyan kembali ke kereta. "Adoi mana pulak dah adik ku nih." Hayyan menggaru kening,sambil menggeleng kepala perlahan.

Kekasih Hati Encik UmarWhere stories live. Discover now