- BAB 2 -

52 5 0
                                    

Keesokan harinya, memandangkan cuti, aku pun rasa bosan tak tahu nak buat apa. Terlintas nak mesej Qayden, sekadar nak berbual.

You: Hey, what are you doing?

Qayden: I'm at the gym, signora. What's up?

You: Oh, sibuk ke? Maaflah ganggu.

Qayden: You're not bothering me, signora. Want me to pick you up?

You: Err, sure I guess?

Tak sampai 10 minit, aku terdengar bunyi enjin kereta di luar apartment. Bila aku tengok ke bawah, hati sedikit terkejut - dia bawak McLaren Senna! Dengan kereta mewahnya, Qayden turun dengan santai, menungguku di pintu masuk bangunan. Aku hanya mampu menelan air liur, tertanya-tanya apa sebenarnya kerja dia ni, dan gaji dia berapa sebulan?

Setelah naik ke dalam keretanya, suasana sedikit janggal. Bau kulit mewah dan wangian maskulin memenuhi ruang kecil di dalam kereta itu, membuatkan aku rasa sedikit kekok.

“Tak sangka awak sampai secepat ni,” aku memulakan perbualan, memandang ke arah Qayden yang tersenyum santai.

"I promised, didn’t I?" jawabnya, suaranya tenang tetapi penuh keyakinan.

“Awak selalu pakai kereta ni ke?” tanyaku, cuba untuk menghilangkan rasa ingin tahu yang membuak-buak.

Qayden ketawa kecil. “Not really. Only on special days. Today, I just felt like showing off a bit.”

Aku hanya ketawa kecil, cuba menahan rasa kagum. "Nampaknya hari ni hari istimewa lah ya?”

Dia mengangguk. “Every day with you is special, signora.”

Aku terdiam sejenak. Ayatnya pendek, tapi membuatkan jantungku berdegup kencang. Walaupun kami baru kenal, ada sesuatu dalam dirinya yang buat aku rasa tertarik, seperti ada aura misteri yang melingkupinya. Mungkin, ada lebih banyak lagi yang aku belum tahu tentang Qayden.

--

Setelah beberapa ketika dalam perjalanan, Qayden akhirnya membawa aku ke Galleria Borghese. Dalam hati, aku sangat teruja. Tempat ini terkenal dengan seni dan sejarahnya yang kaya, dan aku tidak sabar untuk menjelajah.

"Be careful, signora. Just stay close to me,"

Aku hanya mengangguk, merasakan sedikit getaran dalam dada. Kehadiran Qayden memberi rasa selamat yang aneh. Mungkin dia bukan sahaja seorang rakan, tapi peneman hidup aku selama aku di Itali.

Sebaik sahaja kami melangkah masuk, suasana di dalam galeri ini menakjubkan. Dindingnya dihiasi lukisan-lukisan yang menakjubkan, dan aku tidak dapat menahan rasa ingin tahu. "You know the name of that painting?" tanya Qayden, sambil menunjukkan ke arah satu lukisan yang ikonik - The Starry Night oleh Vincent Van Gogh.

"Mestilah kenal, siapa je yang tak kenal karya Van Gogh?" jawabku, agak bangga kerana dapat mengenali lukisan tersebut.

"Most people will just see the painting, but you see the stories behind it," Qayden menjelaskan, suaranya penuh minat. Dia mengalihkan pandangannya dari lukisan dan menatapku dengan serius. "What do you think the story is?"

Aku berfikir sejenak, mencuba menyelami makna di sebalik warna-warna yang hidup dalam lukisan itu. "Mungkin tentang kesedihan dan keindahan yang bersatu. Van Gogh melukis semula apa yang ada dalam hatinya. Dia menggunakan warna untuk meluahkan perasaannya."

Qayden tersenyum, dan aku dapat melihat dia menghargai pandanganku. "You have a good eye, signora. It’s not just about the art; it’s about connecting with it on a deeper level."

HATINYA UNTUKKUWhere stories live. Discover now