BAB 12

9 0 0
                                    

Beberapa hari kemudian pada malam hari, Qarizh sedang tidur sambil melentokan kepalanya pada almari besi disebelahnya. Koishi sedang mengurus beberapa buah fail sambil mengurut kepalanya. "Tak guna!" jerit Koishi lalu melempar fail tersebut. Amarah Koishi telah memuncak kerana dapat tahu bahawa tenteranya gagal menumpaskan tentera Malaysia yang berada di sempadan negeri Johor. Koishi menoleh ke arah Qarizh, dia mendekati pemuda itu.

Koishi menyelak sedikit rambut Qarizh yang menutupi sebahagian mata pemuda itu. Koishi dapat rasa sesuatu yang tidak kena pada Qarizh. Apabila Koishi mengecek nadi Qarizh, "Nadi dia agak perlahan. Tapi walau bagaimanapun aku tak boleh biarkan budak ni mati hari ni" bisik Koishi. Koishi menekan luka tikaman pada perut Qarizh yang masih belum sembuh. Qarizh hanya memberikan sedikit sahaja reaksi, dia tidak bangun sepenuhnya. Koishi menjauhkan tangannya lalu bangkit untuk keluar dari biliknya.

Tiba-tiba pintu bilik tersebut dibuka oleh Jeneral Akashi. "T-Tuan..." kata Koishi sedikit terkejut. Akashi melangkah masuk ke dalam pejabat Koishi lalu mendekati Qarizh. "Letih juga dia. Kalau tak asyik melawan sahaja, betul tak Koishi?" soal Akashi. Koishi hanya mengangguk perlahan. Akashi sebenarnya ada niat lain datang ke pejabat Koishi. "Koishi aku nak buat eksperimen baru tapi, aku perlukan darah kau." kata Akashi sambil tersenyum sinis. "Akashi, itu eksperimen membunuh kau pernah buat sebelum ni pada 20 orang tentera Malaysia dan tak ada seorang pun yang selamat." Koishi mengingatkan Akashi. 

Akashi mendekati Koishi lalu mencekik lelaki itu dan dihentam ke dinding. "Ikut sahaja arahan aku. Lagipun sejak bila kau kisah tentang eksperimen tu?" soal Akashi. Koishi tidak menjawab. "Kau sebenarnya dah tahu siapa mangsa aku lepas ini, betul tak?" soal Akashi lagi. Koishi hanya mengangguk. Akashi melepaskan leher Koishi, "Ingat Koishi, hanya aku je tahu hubungan kau dengan budak ni. Kalau kau bantah arahan aku, aku akan beritahu segala-galanya pada dia." ugut Akashi.

Akashi keluar dari bilik tersebut. Koishi menghela nafas perlahan, dia mendekati Qarizh lalu menampar wajah Qarizh dengan kuat. Qarizh terjaga sambil mengetap giginya, "A-Apa masalah kau, Koishi?!" jerit Qarizh. "Bangun aku nak kau ikut aku sekarang." balas Koishi. Qarizh menatap Koishi dengan rasa tidak puas hati. Koishi memaksa Qarizh untuk bangun, Qarizh mengerang kesakitan. "Ikut aku sekarang." kata Koishi lalu menarik Qarizh keluar dari bilik tersebut bersamanya.

Koishi mengheret Qarizh ke dalam sebuah bilik lalu mengikat pemuda itu di atas sebuah kerusi. Qarizh meronta-ronta ingin melarikan diri namun tidak berhasil, kecederaannya antara punca dia tidak dapat melawan Koishi. Koishi mengikat mulut Qarizh dengan sehelai kain, "Bertenang, aku bukan nak seksa kau kali ni." katanya lalu meramas lembut rambut Qarizh. Koishi mendekati seorang lelaki memakai kot putih, Qarizh yakin itu seorang dokter. Dokter tersebut mendekati Qarizh setelah bercakap dengan Koishi.

Dokter tersebut melihat satu per satu kecederaan yang dialami oleh Qarizh. Koishi mendekati mereka lalu menekup mulut Qarizh dengan kuat, kemudian dokter tersebut mula membersihkan dan menjahit kecederaan yang dialami oleh Qarizh. Tubuh Qarizh bergetar menahan sakit tambah pula dia tidak boleh meraung untuk melepaskan rasa sakit yang dialaminya. 

Setelah 3 jam menahan sakit, akhirnya rawatan tersebut selesai. Koishi membuka kain yang diikat pada mulut Qarizh. "K-Kenapa kau tak tidurkan aku dulu atau ini memang sebahagian daripada cara kau nak seksa aku?" soal Qarizh. "Mungkin." balas Koishi. Koishi perasan yang Qarizh dah penat tapi disebabkan dia teringat apa yang Akashi kata padanya sebentar tadi, dia perlu untuk tinggikan egonya. Koishi menatap Qarizh dengan senyuman sinis, "Nak aku buat lagi benda yang sama lepas ini, Qarizh?" soalnya. Mata Qarizh membesar, "Kau dah gila ke!" jeritnya. 

Koishi tertawa kecil, "Kalau aku buat sekalipun, kau mampu ke nak tanggung?" katanya lalu menekan luka Qarizh yang baru lepas dijahit sebentar tadi. Qarizh mengetap giginya, 'Sakit! Koishi, c-cukup...' jeritnya dalam hati. Koishi menghentikan perbuatannya lalu mencabut sehelai rambut Qarizh. "Apa kau nak buat dengan rambut aku?" soal Qarizh. Koishi tidak menjawab sebaliknya menyerahkan rambut tersebut kepada doktor tadi. Koishi mendekati Qarizh lalu melepaskan pemuda itu daripada kerusi tersebut. 

"Sekarang dengar je cakap aku kalau tak nak nyawa kau jadi milik aku sepenuhnya." kata Koishi lalu mengheret Qarizh keluar dari bilik tersebut menuju ke pejabatnya. Qarizh menahan rasa sakit semasa ditarik secara paksa oleh Koishi. Koishi membuka pintu pejabatnya lalu menolak Qarizh masuk ke dalam pejabatnya. Qarizh menyandarkan belakang tubuhnya pada meja kerja Koishi. Koishi mendekati Qarizh lalu meletakkan kedua-dua tangannya di kiri dan kanan Qarizh. "Aku nak seksa kau lagi, Qarizh. Tapi aku kena tunggu sampai kau betul-betul pulih dahulu." kata Koishi.

Qarizh menelan air liurnya. Koishi meramas lembut rambut Qarizh, "Aku tahu kau takut sekarang ni, Qarizh. Kau mesti tertanya kenapa aku mahukan kau?" tekanya lalu mencabut seutas rantai perak daripada leher Qarizh. Qarizh ingin mengambil semula rantai tersebut namun tangan Koishi lebih pantas mencengkam lengannya. "Biar aku yang pegang rantai ni." kata Koishi lalu melempar Qarizh ke dinding. Qarizh mengurut lengannya lalu menatap Koishi yang sedang menayangkan senyuman sinis. 'Apa nasib aku dapat orang sekejam dia ni?' soal Qarizh dalam hati. "Siapa bagi kau rantai ni?" soal Koishi. "Mak aku, sebelum dia terlibat dalam kemalangan dengan ayah aku." balas Qarizh.

Koishi tersentak apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Qarizh sebentar tadi. 'Koishi, kau siapa sebenarnya pada aku?' soal Qarizh dalam hati sambil menatap Koishi dengan tubir mata yang sedikit basah. Koishi meletakkan rantai tersebut di atas meja lalu mendekatkan dan merendahkan dirinya dengan Qarizh. Koishi memukul dada Qarizh dengan gerakan tangan berbeza yang menyebabkan Qarizh memuntahkan sedikit darah. Koishi menakung semua darah yang keluar dari mulut Qarizh menggunakan tangannya lalu bangkit dan memasukkan darah tersebut ke dalam satu bekas kecil.

Qarizh melihat semua perbuatan yang dilakukan oleh Koishi. Koishi menoleh ke arah Qarizh, "Aku tak sabar nak tengok kau lebih terseksa, Qarizh." katanya lalu berjalan keluar dari bilik tersebut. Qarizh hanya bersandar pada dinding, "Sakit juga dia pukul tadi, walaupun tak kuat. Tapi aku perlu cari tahu apa yang dia nak sebenarnya daripada aku." kata Qarizh dengan nafas tidak teratur.

TAWANAN YANG DISEKSAWhere stories live. Discover now