Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Ara?" Bonda dan Ayahanda masuk ke ruangan dan menghampiri, Ufaira. Bunyi hempasan yang kuat tadi bergema satu bangunan. Ingatkan ada gempa bumi.
Ufaira pandang wajah, bonda. "Bonda..."
Sekejap sahaja mereka dah berpelukan.
"Apa dah jadi tadi, Bahzi?" Ayahanda bertanya sambil memandang, Bahzi.
"Saya akan jelaskan pakcik. Tapi sebelum itu boleh izinkan saya 'memagar' istana ini dulu? memandangkan hari pun dah hampir senja."
Tanpa teragak-agak, kepala angguk setuju. "Boleh."
Bahzi minta izin berlalu ke luar diikuti, Amir.
Sementara di dalam, Ufaira menjelaskan serba sedikit apa yang berlaku tadi kepada bonda dan ayahanda.
Putera Muda Ubayd yang setia mendengar turut terkejut. Tak sangka sampai macam ini sekali tindakan, Doktor Kasyaf.
Selesai 'memagar' rumah dengan doa perlindungan. Bahzi merenung jauh ke langit.
Allah belum izinkan, Ufaira untuk menjawab soalannya. Bibir tersenyum nipis dengan tangan perlahan menggosok belakang leher.
Masuk sahaja ke dalam ruang tamu istana.
Raja Tungku Abbas dan Permaisuri Tungku Aisyah sedang menunggu.
"Bahzi, macam mana sekarang?" Wajah bonda jelas menunjukkan kerisauan.
"In sha Allah, saya dah 'pagar' kawasan luar. Semoga Allah melindungi semua hambanya yang bertakwa." Bahzi pandang ke kanan.
"Pakcik. Sebelum saya minta diri. Memandangkan langit pun dah nak mula gelap. Saya nak minta izin tumpang solat maghrib dulu. Dan kemudian saya nak 'pagar' setiap ruang dalam istana, Boleh?"
"Boleh, Bahzi. Pakcik izinkan. Tapi kalau lagi baik, pakcik harap Bahzi dengan Amir dapat bermalam dulu di istana. Tak payah kelam kabut nak datang ke sini lagi esok."
"Pakcik saya b...."
"Anggaplah ini permintaan bonda. Bonda risau dengan apa yang baru jadi. Sekiranya ada, Bahzi. Hilang sedikit rasa gundah dalam hati ini." Tungku Permaisuri Aisyah bersuara lembut.
Bahzi saling pandang dengan Amir. Agak tak sopan sebenarnya mereka bermalam di sini. Kepala kemudian berpaling melihat ke depan.
"Tak ada istilah tak sopan, Bahzi. Amir. Awak berdua tetamu, dan tetamu perlu diraikan." Raja Tungku Abbas tahu apa yang bermain di fikiran mereka berdua.
"Bahzi, aku harap kau tak keberatan. Sebab aku pun sebenarnya banyak soalan nak tanya. Untuk malam ini saja. Boleh?" Ubai memandang, Bahzi dengan harapan.
Tak mampu nak tolak, akhirnya Bahzi angguk kepala tanda setuju. "Maafkan saya kalau dah mengganggu."
"Mengganggu apa nya, Bahzi. Awak dah tolong Ufaira, bonda bersyukur sangat."