Pagi ini Bahzi minta diri untuk pergi. Ada sesuatu yang dia perlu lakukan.
Ufaira hanya melihat dari jauh, Bahzi yang sedang berbual di meja makan. Selepas sarapan, Bahzi dengan Amir nak pergi. Entah ada kecemasan apa.Datang ke sini hanya untuk tanya soalan dekat dia? Ufaira masih tak lepas memandang, Bahzi. Bertanya sendiri.
Dari tadi Bahzi sedar sebenarnya, Ufaira tengah melihatnya. Namun dia cuba kekal tenang walaupun dalam hati berbunga senyum yang sembunyi.
"Ara?"
Ufaira tersentak bila namanya dipanggil. Kelihatan semua orang di meja makan tengah melihatnya.
Kelam kabut Ufaira mengalihkan pandangan. Aduh! Malu. Kantoi tenung, Bahzi.
"Sini sayang. Sekejap lagi Bahzi dengan Amir dah nak berangkat ini." Bonda memanggilnya lembut.
Teragak-agak kaki melangkah menghampiri. Pandangannya hanya pada ayahanda dan bonda. Tahu yang, Bahzi tengah melihatnya.
Tanpa sedar Bahzi tersenyum nipis. Kepala kemudian dialihkan memandang ke bawah.
Diam.
"Tak nak sarapan?" Bonda bertanya setelah dia duduk.
Geleng.
"Dia dah kenyang tengok pemandangan indah tadi, bonda." Ubai tukang jawab.
Laju kaki Ufaira menendang kaki, angahnya.
Sstt... Ubai tahan sakit. Kacau lagi, kan dah mendapat.
Ayahanda bangun diikuti bonda. "Ara dengan Bahzi berbual la dulu. Ayahanda nak turun berjumpa rakyat." Dia berpaling melihat, Bahzi.
Bahzi bangun dan menyalami Raja Tungku Abbas. Kemudian bahunya ditepuk perlahan seolah diberi semangat.
Ufaira hanya diam tak membantah. Memang itu rutin Raja Tungku Abbas, setiap bulan. Bertanya khabar rakyatnya. Mengambil cakna dan menyelesaikan apa yang boleh segera mungkin.
Bonda dah tentu menjadi pembantu yang setia menemani ke mana pun, ayahandanya pergi.
Ufaira masih diam melihat kedua orang tuanya melangkah meninggalkan ruang makan.
Ubai bangun kemudianya. "Amir, kau kata nak tengok taman burung kan sebelum balik. Jom aku bawa. Belakang istana je."
Amir minum air sambil angkat tangan. "Tunggu saya, Putera Muda Ubayd." Dia bangun tergesa-gesa mengikuti, bakal Raja Xelland.
Sekarang hanya tinggal Ufaira dan Bahzi.
Suasana sunyi seketika."Aku nak pergi ini, soalan aku tanya semalam kau tak jawab lagi."
Hah? Ufaira angkat kepala. Nak jawapan sekarang ke. "Aku.. Ak..."
Bahzi tahan senyum. "Sebenarnya aku dah minta izin ayahanda dengan bonda tadi."
YOU ARE READING
(C) HANYALAH DIRIMU (BAHZI ISA)
Mystery / ThrillerHanyalah Dirimu (Bahzi Isa) Mimpi nyataku Bahzi Isa & Ummu Ufaira