MEMBULAT teruja sepasang mata setiap kaum Hawa yang berada disitu menonton pertunjukan yang cukup hebat dan cekap sekali dengan penuh rasa kagum. Tangan menepuk kuat penuh kegirangan.
Anyra membetulkan kaca mata dipangkal hidung manakala Elnara disebelah masih setia dengan kipas tangannya. Mata melilau mencari satu susuk tubuh tinggi dan tegap seorang lelaki.
"Anyra?" Sapaan oleh satu suara garau itu mengalihkan tatapan Anyra.
Serentak, Anyra dan Elnara berpaling ke arah pemilik suara tersebut. Hakim yang berbaju T biru tua bersama seluar slack putih tersenyum tampan pada kedua orang wanita di depannya itu.
Anyra membalas senyuman Hakim sebelum menoleh ke arah rakannya di sebelah yang tidak berkedip matanya.
Siku Elnara ditolak dengan sikunya bagi menyedarkan si rakan itu.
"Cover sikit!" bisiknya.
Elnara berdehem sebelum memusingkan badan ke arah lain kononnya tidak mahu masuk campur dan terlihat terlalu asyik menatap susuk tinggi Hakim tadi.
Tawa kecil Hakim terletus melihat gelagat Enara. Matanya mengerling sekilas ke arah wanita itu sebelum kembali pada Anyra.
"Betul, awak adik Asyraaf kan? Ni kawan awak? Jom!" ajaknya lekas.
Lantas, Anyra menarik lengan rakannya untuk mengikut langkah besar Hakim yang sudah jauh ke depan itu.
"Kita dapat seat VVIP ke ni?" soal Elnara.
"Taklah VVIP. Kau fikir kita ni siapa? Cuma dapatlah tengok dengan lebih dekat and jelas lagi. Paling best, tak perlu bersesak dengan manusia!" Melebar senyuman Anyra.
"Laki kau tak marah ke kau cuci mata ni? Dia tak cemburu?"
Mati terus senyuman Anyra tatkala Elnara membangkitkan perihal Eshan lagi sekali padanya.
"Jangan sebut pasal dia dah, boleh? Tak sukalah. Aku bawa kau ke sini cuma untuk kita spend time berdua since lepas kahwin, kita sangat jarang berjumpa. Okay?" Dia cuba berlembut. Tidak mahu orang lain yang terkena tempias dek amarahnya.
Nafas dilepaskan perlahan Elnara apabila dia seperti dapat menghidu ada berlakunya konflik antara rakannya itu dengan Eshan.
"Awak duduk sini. Kawan awak... eh!" Terbantut bicara Hakim apabila melihat cuma tinggal satu saja tempat kosong buat Anyra manakala satu lagi telah dihuni oleh seorang ibu mengandung.
"Maaf, Tuan. Isteri saya teringin sangat nak sertai acara ni. Tapi saya tak sampai hati nak biarkan dia berdiri," ujar seorang pegawai polis yang berpangkat lebih rendah daripada Hakim dengan riak wajah serba salahnya.
Bibir bawah digigit Hakim seketika. Dia memandang wajah Elnara yang polos itu. Perempuan itu cuma diam memandang kedua pasangan suami isteri itu sebelum akhirnya bersuara.
"Eh, akak duduklah. Saya boleh aje berdiri." Dia tersenyum manis buat ibu mengandung itu.
Hakim yang sedari tadi cuma memerhati, tersenyum kecil lalu berpaling ke arah Anyra.
"Awak duduk sini. Kawan awak, dengan saya. Jangan risau. Saya jaga dia. Apa nama dia?" tanya Hakim, lembut.
"Elnara." Tersengih lebar Anyra tatkala matanya tertancap pada wajah Enara yang sudah cuak.
"Eh, tak apalah. Saya okay aje–"
"Tak apa, Cik Elnara. Saya ada tempat dan ruang lain yang lebih selesa buat Cik. Jom?"
Elnara menggaru kepalanya yang tidak gatal seketika. Wajah Anyra dipandang bersama isyarat yang hanya difahami mereka saja dihantar. Sebaliknya, Anyra mengalihkan fokus ke depan dan berlakon seolah tidak tahu apa-apa.
"Apa-apa nanti, saya call aje ya?" tanya Anyra pada Hakim lalu lelaki itu angguk saja.
"Acara lebih gempak dah nak mula ni. Cepat." Suara Hakim kembali menggamit perhatian Elnara lagi.
Mahu tak mahu, Elnara menurut juga manakala Hakim sudah tersengih melihat wajah perempuan di sisinya itu sudah berubah pucat.
"Kenapa muka pucat? Saya tak buat apa-apalah. Percaya saya, okay?" Mesra, Hakim cuba membuat Elnara selesa dengannya.
"Eh, tak ada. Okay aje. Cuma saya tak pernah berjalan sebelah lelaki bukan mahram macam ini. Ini, pertama kali. Rasa tak normal." Elnara tertawa kecil sekadar untuk membuang kejanggalannya.
Kepala Hakim jatuh beberapa kali hingga mereka tiba di satu kawasan lain. Mereka berdua saling berdiri bersebelahan antara satu sama lain.
"Baguslah itu. Bangga bakal suami awak nanti," ujar Hakim apabila melihat Elnara sudah mula merakam dan menangkap gambar 'pemandangan indah' bagi setiap kaum Hawa di depan mata mereka itu.
"Saya tak terfikir nak kahwin," balas Elnara biarpun masih ralat merakam.
"Kenapa?"
"Tak boleh bayang. Saya boleh menangis membayangkan kena duduk serumah, sebilik, sekatil dengan lelaki yang asalnya cuma orang asing aje." Tergeleng kepala wanita itu.
Tawa Hakim terlepas. Kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar dengan mata yang masih setia pada sisi wajah Elnara. Tatapan penuh redup yang tidak pernah dia jatuhkan pada sesiapa.
Pertemuan pertama kali antara mereka tapi entah mengapa hatinya terasa selesa dan dekat dengan Enara.
"Awak pasti akan biasa andai kata, lauhul mahfuz awak nanti ialah perkahwinan dan bukan kematian terlebih dahulu," tokoknya pula.
Elnara sekadar menjongket bahu. "Entah. Saya tak pernah fikir pasal kahwin ini. Tak tahu nak cakap dan jelaskan bagaimana."
"Jadi, ideal type awak pada lelaki pun awak tak pernah terfikir?"
Rakaman diberhentikan lalu Elnara berpaling ke arah Hakim di sebelah dengan kening sedikit berkerut.
"Kenapa tiba-tiba tanya pasal jodoh ni? Saya tak gatal lagi."
Sontak, tawa Hakim terlepas lagi seraya kedua belah tangan naik berpeluk tubuh. Elnara benar lain daripada perempuan lain. Memikirkan soal jodoh dan lelaki bukanlah pilihan dan keutamaannya.
"Then, apa yang awak selalu fikirkan dan ingin capai?"
"Masa depan, kerjaya dan ilmu. Ilmu tu tak pernah habis dan saya lebih suka sibukkan diri dengan mengejar ilmu dan perbaiki diri. Lagipun, mengejar lelaki bukanlah tugas saya sebagai perempuan. Sebaliknya, memperbaiki diri sebelum tibanya waktu dinikahi oleh insan bergelar suami."
Membundar sepasang mata Hakim menatap sisi wajah gadis di depannya itu. Penuh berkarisma dan matang sekali gaya pertuturan Elnara.
Dia suka melihat betapa berbezanya wanita bernama Elnara Syaairah itu. Wanita pintar dan berkarisma. Sesuai dengan namanya.
"Okay. I like the way you talk," puji Hakim.
Melebar senyuman Elnara tatkala dipuji sebegitu. Entah mengapa, dia tidak rasa kurang selesa berdiri disamping Hakim apatah lagi berbual dengan lelaki itu.
Mesra tapi sopan dan menghormatinya.
"I know. Very demure, very mindful, very cutesy!"
Hakim meraup wajahnya sebelum akhirnya tubuh dipalingkan ke depan tatkala wajah terasa kian berbahang bersama detak jantung berubah rentak. Biarpun segala aksi hebat telah perhatian penonton di situ kecuali dirinya saja.
"Kenapa telinga awak merah? Panas sangat ke? Nak guna kipas saya?" Prihatin, Elnara bertanya.
Lekas Hakim menggeleng seraya cuba menarik nafas sedalamnya sebelum dihembus perlahan.
"Tak apa. Saya dah biasa. Jauh lebih teruk daripada ini pun dah pernah hadap." Dia tersenyum manis.
Terjongket kening Elnara sambil bibir tercebik.
"Okay."
"Kenapa jantung ni? Kenapa panas sangat ni? Tak akan sebab pandang anak dara orang," omel Hakim perlahan tika sebelah tapak tangan besarnya melekap di dadanya.
"Huh? Apa?" Elnara mencelah apabila merasa seperti Hakim sedang bercakap dengannya.
"Nothing."
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...