JARI Hakim mengetuk stereng keretanya sambil sesekali sudut mata mengerling pada Enara di sebelah. Sementara itu, Anyra pula sudah terlena di tempat duduk belakang. Tidak lagi menjadi pengusik antara Hakim dan Enara.
"Kalau awak mengantuk, tidur ajelah. Nanti–"
"Tak apa. Tak selesa," pintas gadis itu laju.
Kepala Hakim angguk sekali.
"Cik Enara," seru lelaki itu.
Enara berpaling ke arah Hakim sekilas sambil menyahut. "Ya?"
"Boleh saya tanya... beberapa soalan?" Biarpun tidak pernah mendalami ilmu percintaan, tapi mungkin inilah peluang Hakim untuk mencuba.
Katakan saja ia drastik, tapi masa juga bukanlah lambat berlalu menyebabkan usianya juga bakal pantas meningkat. Maka, itu menjadi asbab dia untuk mencari si bidadari yang tersesat selama ini.
"Tanyalah. Nak tanya apa?" Agak kekok Enara hendak membuka ruang berbual dengan lelaki.
Kerana setiap kali dia cuba berbual dengan jantina berlainan dengannya, pasti saja ayat dan kata yang terluncur di bibir bakal kedengaran kurang bijak biarpun dia mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan. Juga merupakan seorang penulis sebagai kerja sampingannya.
"Awak sebenarnya dah kerja atau masih study? Maaf kalau pertanyaan ini agak privasi. But tak perlu jawab kalau awak rasa tak selesa. Okay?" Berhati-hati, Hakim cuba mengutarakan pertanyaan.
"Kerja."
"Bidang?"
"Nursing." Ringkas lagikan singkat jawapan Enara membuatkan Hakim kurang puas hati.
"Macam mana boleh jadi nurse?"
Terbuka sedikit mulut Enara sebaik menerima pertanyaan oleh Hakim itu. Sudut mata juga mengerling ke arah lelaki itu sekilas lalu.
"Lepas degree in nursing, saya kena lulus peperiksaan lesen terlebih dahulu. Which is, saya perlu mendaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan lulus peperiksaan yang ditetapkan untuk mendapat lesen sebagai jururawat berdaftar. Selepas tu, barulah boleh mula kerja sebagai jururawat di hospital atau klinik. Proses ni mungkin berbeza sedikit ikut negara, tapi kebanyakannya perlukan lesen untuk bekerja secara rasmi," jelas Enara panjang lebar.
Hakim mengangguk beberapa kali setelah berpuas hati dengan jawapan yang Enara berikan.
"Hebat."
"Thanks." Bibir dikemam rapat.
Sedari tadi, Hakim diam saja mendengar Enara yang bercerita tentang alur perjalanannya sebelum menjadi seorang jururawat. Tidak disangka pula, gadis itu selesa hendak bercerita panjang dengannya yang baru saja dikenali.
Enara yang bagaikan baru tersedar akan keterlanjuran diri bercerita tentang dirinya, segera bersuara lagi untuk mengungkap maaf.
"Saya tak tahu kenapa saya cerita dekat awak. Maaf." Dia menunduk segan.
Namun riak wajah Hakim cuma tenang. Sudut bibir menjungkit senyum halus.
"Tak apa. Saya sudi dan memang nak tahu. Tapi tak apa. Macam yang awak cakap tadi, nak sambung nursing pun tak mudah. But you did it very well. Sangka baik dengan Allah, mungkin ini lebih sesuai dengan awak. Dia lebih mengenali dan mengetahui hamba-Nya sendiri. Awak patut bangga, Cik Enara. Sebab awak bijak."
"Kenapa pula? Saya lebih bangga bergelar sebagai seorang doktor dari nurse cikai tu." Selamba Enara mengeji pekerjaaan sendiri dan juga rakan-rakan jururawat yang lain.
"Hello? Nurse cikai awak cakap? Cuba ingat balik perjalanan awak untuk jadi nurse? Saya yakin tak mudah kan? Jadi, jangan cakap begitu. Tak elok. Sebab saya pun bekas pelajar aliran sains tulen waktu sekolah menengah dulu. Saya bukan benci cuma kurang minat jadi setiap kali exam, saya cuma mampu lulus aje. Itu pun atas pagar je tau." Bahu dijongket santai.
"Jadi, lepas SPM, saya mohon untuk jadi polis. Nak jadi polis pun kena kredit lima subjek. Dan alhamdulillah. Saya layak."
Terjungkat kening Enara seraya berpaling ke arah Hakim dengan riak wajah tidak percaya. Mulut terlopong kecil. Tercenung seketika dia setelah mengetahui pekerjaan lelaki itu.
"Awak polis? Polis apa? I mean, UTK? VAT69? PGK? (Pasukan Gerakan Khas) PGA? (Pasukan Gerakan Am) STING? (Special Tactical Intelligence Narcotics Group) STAFOC? (Special Task Force on Organised Crime)." Banyak tekaan yang Enara utarakan. Begitu terkejut sekali dirinya sebaik mengetahui bahawa dia sedang berada di dalam satu kereta dengan seorang anggota polis.
Sontak, Hakim terdiam apabila Enara tiba-tiba dapat meneka sesuatu yang dekat dengan identiti dan kerjanya, dengan nada serius tapi juga sedikit was-was.
Suasana dalam kereta mula berubah.
Lelaki tu terdiam seketika, matanya masih fokus ke depan bersama tangan menggenggam stereng lebih erat daripada biasa. Ada senyuman kecil terbit, tapi senyuman tu seolah mempunyai makna tersembunyi. Seolah-olah dia kagum terhadap Enara yang boleh meneka sehingga ke tahap tu, tapi dalam masa sama tidak boleh untuk mengesahkan sepenuhnya.
"Mana awak dengar semua tu?" Hakim bertanya sambil masih memandang jalan, suara tenang namun masih berselit tanda ingin tahu.
Sedangkan hatinya sudah berdebar. Kerana dia tahu topik ini sensitif dan dia tidak boleh berkongsi lebih-lebih, namun tidak mahu membuat Enara merasakan bahawa dia sedang menyorokkan sesuatu.
Enara kembali ke posisi asal daripada terus duduk menghadap Hakim yang tegap pada posisi pemanduannya.
"Dari tingkatan empat lagi saya suka baca novel yang ada kaitan dengan polis. Bukan setakat novel. Apa-apa kes atau bahan bacaan yang berkenaan dengan polis, tak kira sama ada unit elit ke apa, saya pasti akan baca. Seronok. Sebab arwah ayah saya bekas anggota Special Branch."
Terjungkit sebelah kening Hakim menerima pengakuan oleh Enara tidak bertapis tanpa sembunyi sebarang perkara lagi itu. Hujung bibirnya mengernyit kekaguman.
This gonna be a long conversation between them.
Hakim angguk perlahan sambil tersenyum kecil. "Nice... Tapi saya cuma buat kerja saya. Tak lebih dari itu," dalihnya.
Dia sedar bahawa dia perlu merahsiakan tentang pekerjaan sebenarnya dan ia perlu kekal disembunyikan demi keselamatan dirinya dan anggota yang lain.
"Melainkan dengan isteri saya nanti, maka tak akan ada sedikit pun perkara yang akan saya rahsiakan daripada awak. Eh salah. Dari isteri saya nanti." Sedaya-upaya Hakim cuba menyembunyikan senyumannya.
Enara cuma diam. Terasa keterlaluan pula jika dia bertanyakan lebih lagi. Sejurus itu, menampakkan bahawa dia berminat untuk mengenali Hakim Ezra dengan lebih terperinci. Sedangkan hakikatnya, dia cuma agak teruja bahawa lelaki yang sedang berada di sebelahnya ini juga merupakan seorang anggota polis.
Terfikir juga andai ia boleh digunakan ke dalam bidang penulisannya untuk karya yang baru. Diinspirasikan oleh Hakim Ezra.
"Ezra."
"Yes?"
Tercenung seketika wanita itu seraya memikirkan untuk meminta pertolongan Hakim untuk menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan kerjaya tentang seorang polis.
Tapi dalam pada masa yang sama juga, dia merisaukan andai Hakim akan berada rimas dan penat untuk melayani pertanyaannya nanti. Sedangkan ia boleh didapati di laman internet saja.
Biarpun hakikatnya, bukanlah semua perkara dan lebih realistik bakal dia perolehi jika hanya membuat kajian melalui laman internet saja.
"Kenapa, Cik Enara?" tanya Hakim, meniup pergi keheningan yang menyelubungi.
Lekas, tergeleng kepala Enara. "Tak ada apalah." Kepala tertunduk sedikit.
"Nak tanya pasal kerja saya lagi ke?" Hakim pula bagaikan dapat membaca isi fikiran gadis itu.
"Tak adalah. Cuma..." Bibir bawah digigit Enara dalam keterpaksaan untuk menyatakan kejujuran.
"Saya..."
"Ya?" Lelaki itu masih setia menanti.
"Tak ada apalah. Bila nak sampai ini? Kenapa macam lama sangat? Saya nak singgah ke tandas sekejap. Nanti kalau ada, beritahu ya?" Segera Enara mengubah topik.
Tidak. Dia tidak boleh menyatakan bahawa dia juga merupakan seorang penulis di samping kerjaya sebenarnya sebagai seorang jururawat.
Hakim memandang Enara sekilas. "Ouh. Okay."
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...