HELMET fullface diselitkan di antara sisi tubuh dan lengan kekarnya. Langkah diatur gagah ke arah si gadis yang menanti. Tidak terlihat sebarang senyuman sepanjang dia berjalan walaupun telah mendapat perhatian oleh beberapa kaum Hawa.
Hinggalah langkah akhirnya ialah di depan Elnara, barulah wajah serius tadi bertukar menjadi manis. Hakim melabuhkan duduk berhadapan gadisnya itu.
"Hai, cantik!"
"Kenapa suka panggil saya, cantik?"
"Sebab awak selalu rasa awak tak cantik. Sayangnya, awak tak sedar awak ialah secantik wanita yang hati saya pilih untuk jatuh cinta." Perkataan 'jatuh cinta' diperlahankan.
Ceit! Datang sudah ayat manisnya itu. Bibir Elnara tercebik sambil mata diputarkan.
Sedangkan, tidak dia ketahui bahawa asbab Hakim suka memanggil Elnara begitu ialah kerana dia sendiri melihat betapa banyak kali gadis itu sering merendahkan diri dan merasakan dia tidak cukup layak dan jelita untuk berdamping dengan mana-mana lelaki.
Elnara sudah terlalu kerap menerima penghinaan rupa sejak kecil oleh orang sekelilingnya. Membuatkan zaman remaja hingga dewasanya hanya obses dengan hendak menjadi cantik.
"Jangan bandingkan rupa awak dengan sesiapa, El. Awak cantik. Awak cantik. Awak cantik. Okay? Awak cantik dengan cara dan keyakinan awak tersendiri. Kalau awak sendiri rasa awak tak cantik, then you will not look beautiful. Nak macam tu? So stop downgrading yourself."
Membundar sepasang mata Elnara membalas renungan lelaki di hadapannya itu. Sukar untuk hati batunya menerima. Mana pernah muncul lelaki memujinya cantik sampai sebegini. Berkali-kali!
"Okay. Cut the crap. Awak sebenarnya kerja apa, huh? Berapa lama lagi kena berahsia?"
"Hm... Setelah dua bulan persahabatan kita? Okay? Tak lambat sangat dan tak cepat sangat." Tangan menopang dagu di atas meja.
Lagipula, hubungan mereka sebagai teman buat masa ini, baru saja berlalu selama tiga bulan. Itupun, bukan main susah untuk dia berusaha meyakinkan pada Elnara bahawa dia cuma mahu memulakan perkenalan antar mereka dengan berkawan saja.
Tidak tahu asbabnya, Elnara buat pertama kali menerima. Barangkali kerana sifat Hakim yang santai dan natural. Sejenis yang selesa untuk dibuat kawan.Jujur Elnara sendiri masih tidak tahu bagaimana dia boleh tersangkut dengan lelaki di hadapannya ini.
"Oh, by the way. Alang-alang awak ajak jumpa ni, saya ada benda nak tunjuk pada awak."
"Apa tu?" Hakim membetulkan kedudukannya.
Enara mengesek dada telefon di tangan. Mencari aplikasi instagram lalu nama seorang lelaki yang rajin menekan butang menyukai dan sering membalas postingnya di instagram dibuka di bahagian mesej peribadi.
"Ada seorang kenalan lelaki ni. Dia suka like and reply ig story saya. Awak rasa kenapa? Tengok ni." Disuakan mesej lelaki yang dikatakan itu pada Hakim.
Hakim mendorongkan sedikit tubuh ke depan untuk membaca mesej-mesej oleh lelaki yang dibaca namanya di instagram itu, Thaqif.
"Handsome nama dia. Kenapa awak palau dia ni? Kesian dia." Mata Hakim masih pada mesej-mesej dihantar Thaqif. Tiada satupun yang ada dibalas oleh Elnara.
Elnara melihat saja wajah Hakim dari tepi. Jujur dia pelik melihatkan reaksi lelaki itu begitu tenang seakan tidak tergugat pun. Fikirnya, Hakim akan berasa curiga dan menunjukkan reaksi seperti cemburu atau bakal bertanya mengenai Thaqif hingga berlebihan.
Lekas Elnara menggelengkan kepala seraya menarik kembali telefon dari Hakim. Mengapa pula dia perlu berasa Hakim bakal cemburu dan curiga? Mereka bukannya ada apa-apa!
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romans[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...