Adura betulkan sedikit hujung rambut yang menutupi matanya. Rimas pun iya juga dengan gaya rambut dilepaskan hingga ke paras bahu. Kalau bukan sebab majlis gah ni, tak kuasalah dia nak ke saloon semata-mata untuk mencantikkan diri. Dan bukan sebab Adira tak kuasa dia nak tadah muka datang ke majlis malam ini.
Adura pandang sekilas pada pengantin yang baru sahaja memasuki ruang ballroom. Dalam pada mata menjeling sekilas sempat hati kecilnya memujuk sepersalinan yang dipakai oleh Adira yang nampak sangat anggun. Senyuman Adira terukir saat pandangan mereka bertaut. Adura hanya membalas dengan senyuman terpaksa dan malu pun ada pada beberapa pasang mata memberi tumpuan padanya.
Manusia introvert sepertinya sangatlah tak sesuai berada di majlis keramaian seperti ini. Tapi mengenangkan hari ini adalah hari bahagia si kembar terpaksalah dibuang jauh segala perasan yang ada.
"Terima kasih datang." Adira muncul entah dari mana. Adura angkat muka. Dia dah lemas duduk lama-lama didalam ballroom. Saja dia baru diri keluar mengambil angin sebentar.
"Dah tak ada apa dah kan? aku nak balik."
"Tak nak tunggu sampai majlis selesai ke? Aku dah booking bilik untuk kau malam ni." Adira ukir senyum nipis. Tapi Adura dah tarik muka separuh ketat.
"Kita dah make a promise, kan? Aku datang tengok majlis nikah dan sanding kau je. Tidur dan tinggal sehingga selesai tak ada dalam perjanjian kita." Air muka Adura berubah 160 darjah tapi Adira masih tenang mengukir senyum. Dia dan Adira tersangatlah berbeza. Adura introvert tapi mudah berangin. Lain sangat dengan Adira yang lemah lembut dan mudah didekati.
Adira tahan langkah si kembar. Lengan Adura di rangkul.
"Apa?" Adura angkat kening sedikit. Dia dah cukup kenal si kembar. Jadi melihat air muka Adira saja dia dah dapat teka. Pasti ada sesuatu.
"Ingat tak masa kita kat asrama dulu, kau selalu keluar malam-malam dan bila warden buat sportcheck aku akan menyamar jadi kau."
"Straight to the point."
"Untuk kali terakhir, boleh tak kau menyamar jadi aku. Malam ni.."
"Kau dah gila ke?" Adura perhati sekeliling. Takut jika ada yang mendengar. Kerja gila betullah. "Kau dah kahwin D, kau nak aku menyamar jadi kau ke sekarang ni? kau nak lari?" Laju Adira geleng kepala.
"Bukan."
"Then?"
"Tolong aku jumpa seseorang. Dan putuskan hubungan kami. Aku tak sanggup nak beritahu dia yang aku dah kahwin. Tolong akuu.."
YOU ARE READING
Dibawah Langit RINDU
RomanceAda orang dengan mudahnya ambil masa satu hari melupakan masa lalu. Ada orang ambil masa seumur hidupnya untuk buang jauh kenangan dulu. Dan, ada juga yang lebih selesa hidup dengan masa lalu sebab pada dia yang manis itu luka dan yang pahit itu ke...