BAB 05

282 15 2
                                    

-NOT EDITED-

"Oh! Kau rupanya Afra, ingatkan siapalah tadi."

"Haish engkau ni, takkan la dah lupa muka aku kut?" Usik si Afra sambil menyinggung bahu aku.

"Eh takde lah, aku hanya terkejut saja sebab boleh terjumpa kau dekat sini"

Bukan nak cakap apa la, tapi setahu aku la kan, aku mana ada rapat dengan dia ni pun. Nak kata rehat satu meja pun tak pernah.

Jadi bila dia kata yang dia ni kawan tu aku tak tahu lah nak buat reaksi apa. Aku hanya mengangguk sambil senyum sahaja dengan pernyataan dia.

Walaupun kami satu course yang sama, tapi jarang sama sekali untuk bertembung antara satu sama lain. Kalau berjumpa pun kami hanya mengangguk dan buat haluan masing-masing.

Aku sedikit heran apabila dia bertegur dengan aku sekarang, mungkin dia nampak aku sorang-sorang rasanya.

"Ni kau datang sorang je ke? Mana bestfriend kau sorang tu?" Afra menyoal ku lagi.

"Maksud kau Ilyana ke? Dia pergi dating sebab kelas Dr. Iskandar cancel hari ini."

"Oh...takde la biasanya kau asyik berkepit dengan dia saja. Rasa pelik la tengok kau jalan-jalan sorang macam ni." Sambil memberi senyuman yang agak aneh.

Tidak heran la jugak bila dia berkata begitu. Yela, bila di kampus, aku selalu berkepit dengan minah tu saja sampaikan pensyarah lain pun dah kenal kami berdua sebab nak ke mana pun bersama.

"Dia pun ada kehidupan dia juga. Takkan 24 jam aku nak berkepit dengan dia pulakkan?" Aku ketawa kecil, ingin mengubah mood.

Tetapi aku terdengar sesuatu yang dia berkata tetapi suaranya terlampau perlahan sehingga aku tak dapat dengar dengan begitu jelas.

"Apa? Boleh kau ulang balik?"

"Eh takde apa-apa lah, kau salah dengar kut."

Sekali lagi, dia member senyuman yang buatkan hati aku kurang sedap bila memandang.

"Betul ni?"

"Iya betul." Jawabnya sambil menepuk bahu aku, ingin aku lupakan sahaja kelakuannya awal tadi.

"Hmm kalau itu yang kau cakap okay lah, aku taknak paksa."

"Okay lah, aku kena pergi dulu, boyfriend aku dah sampai kat bawah, aku kena beli barang masak untuk rumah sewa aku."

Aku lupa minah ni ada boyfriend yang sama course. Boleh cakap selalu la jugak aku nampak boyfriend dia berkeliaran depan kelas kami sebab member dia sama kelas dengan aku.

"Oh okay. Pergilah, Hati-hati." Balasku sampai melambai tangan kananku ke arahnya.

"Apa-apa datanglah borak dengan aku bila tiada siapa nak borak dengan kau dah, Assalamualaikum." Kata si Afra sambil berlalu pergi.

Apa perempuan ni nak sampaikan sebenarnya? Aku pun tak faham lah. Cakap macam aku akan kehilangan semua orang pulak.

Ting Ting!!

Eh? Tiba-tiba telefone aku bergetar di dalam beg galas aku, siapa pula yang mesej aku waktu-waktu begini?

Apa bila aku mencapai telefon bimbit aku di dalam beg untuk melihat siapa yang mesej aku, mata aku terbuka luar. Terpapar nama seseorang yang paling aku tak terduga untuk mesej aku. Dr. Iskandar.

Terbeliak mata aku dibuatnya. Aku membaca mesejnya di lockscreen dahulu sebelum membuka aplikasi whatsapp.

"Dengan siapa awak borak tadi?"

Terbeliak lima kali ganda mata aku bila baca ayat tu. Kepala aku dengan spontannya menoleh kiri, kanan, atas dan bawah. Macam mana dia boleh tahu dekat luar sekarang?! No...Macam mana dia boleh tahu aku berborak dengan orang tadi?!

Tak nampak orang aneh pulak dalam mall ni. Seram sejuk pulak rasanya.Terus aku membuka aplikasi whatsapp aku untuk membalas mesej mamat ni.

"Macam mana Dr. tau saya tengah borak dengan orang? Dr. stalk saya eh?"

"Tak hamak saya nak stalk awak. Kebetulan aje ada dalam mall yang sama sebab nak makan."

Aku gurau je, tapi cara balas dia macam tengah menyampah pulak dengan aku. Bukan salah aku pun kalau rasa curiga!

"Tadi kata ada buisness?"

"Habis meeting saya tak boleh makan ke?"

Allah soalan aku pun...kan dah kene.

"...Saya tanya je Dr... ni Dr. makan dengan siapa? Dating jugak ke lepas meeting" Soal aku hanya dengan niat nak bergurau kecil.

"Saya tak gay lagi Delisya. Kawan saya teringin nak makan sukiya, sebabtu boleh sampai sini, ajak mamak taknak pulak muhammad tu."

Maksud muhammad yang lelaki kurang siuman tadi ke? Boleh tahan juga cita rasa kawan dia ni, kalau ajak mamak pun taknak.

"Takdela, mana la tau Dr. dating ke."

"Daripada saya pergi dating baik saya masuk kelas harini. Takdela saya tengok student saya merayau sorang-sorang dalam mall dengan patung penguin nya penuh dekat beg"

Ha kau Delisya. Kan dah kene dengan pensyarah sendiri. Semua benda dia nak sebut, menyampah tapi kene sabar, orang tua kan?

"Takpela Dr. tetiba rasa nak balik rumah lah, jemah dah panggil sebab dah lapar."

"Siapa pulak jemah?"

"Anak saya, bye. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam."

Aku menyimpan telefon bimbit aku ke dalam beg semula sambil berlalu jalan ke arah lift untuk pergi ke aras paling atas di mana tempat letak kereta terletak.

Sambil berjalan sambil berfikir, apa yang jadi tadi? Mula-mula terserempak dengan Afra. Dengan vibe dia yang buatkan aku tak senang hati, datang pula si pensyarah yang tak berapa prihatin tu.

Memang hobi dia suka muncul secara tiba-tiba ke apa? Suka takutkan student?

Sekali lagi, di hujung mata aku ternampak jembalang perempuan yang tersanggatlah aku kenal dari hujung rambut hinga hujung kaki yang sedang berdiri di sebelah kereta. Ilyana?! Dengan laki dia la tu.

Ya Allah, ramai betul manusia yang aku berjumpa harini. Tapi tidak heran la juga sebab mall ni berdekatan dengan kampus kami dan boleh juga dikenali sebagai budak-budak uni datang melepak dekat sini.

AAHHH!!! Cukup! Aku nak balik! Penat nak hadap manusia!

Hasrat Terakhir "Cinta Yang Tidak Dijangka"Where stories live. Discover now