Bab 34 (Permulaan)

292 37 0
                                    

"Ibu dengan ayah tak dapat datang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ibu dengan ayah tak dapat datang. Tapi diaorang ucap tahniah. Ibu ayah kata, nanti saya bawa awak ke Malaysia, kita buat majlis sanding. Ibu ayah juga doakan kita semoga segala urusan dipermudahkan." Bahzi duduk sebelah, Ufaira di atas sofa dalam bilik.

Ufaira memandang, Bahzi. "Kesian ibu dengan ayah nak datang sini tapi tak boleh."

Kan dah cakap semua plan asal tak menjadi. Bila difikir balik, biar dia selesaikan semua masalah tanpa libatkan ibu dengan ayah. Itu lagi selamat. Walaupun bernanah juga telinga ini bila kena bebel dengan ibu. Bibir Bahzi tersenyum. "Awak..."

Ufaira terkejut bila Bahzi meraih tapak tangannya.

"Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Terima kasih juga sebab sedarkan saya. Bahawa kasih sayang seorang ibu itu tiada batas." Teringat dulu. Bahzi yang kononya kurang kasih sayang selalu memberontak. Dia mengeluh perlahan. "Banyak dosa saya kan."

"Kenapa awak cakap macam itu. Dosa pahala hanya Allah yang tahu. Allah kan ada. Doa sungguh-sungguh. Sekarang kita teruskan hidup dengan baiki apa yang silap kita buat dulu. Jadikan pengajaran."

Bibir Bahzi senyum nipis penuh makna. "Awak jangan pergi tau."

"Pergi mana?"

"Pergi dekat Doktor Kasyaf."

"Ish! Kenapa awak cakap macam itu. Saya berkawan je dengan dia." Ufaira menghela nafas perlahan. "Tapi saya tak sangka pula dia ada niat tak baik dekat saya. Bila teringat persahabatan kami, saya jadi seram dengan takut. Nasib baik Allah lindung lagi keselamatan saya."

"Saya rasa kan, Kasyaf itu ikhlas suka dekat awak. Sebab itu dia macam susah nak gunakan ilmu hitam untuk kenakan awak selama ini. Dia nak awak jatuh cinta dengan dia tanpa campur tangan makhluk lain."

Ufaira terdiam. Sayang. Doktor Kasyaf itu baik, tapi salah percaturan. Dia mengikut kata Walidnya, Tukiman.

Bahzi memeluk bahu, Ufaira. " Tak apa lah. Lepas ini kita berhati-hati. Saya janji akan ada dekat sisi awak waktu awak perlukan saya."

Ufaira senyum penuh makna. Rasa selamat dengan janji, Bahzi.

"Awak pergi tidur dulu."

"Awak?" Ufaira pandang wajah, Bahzi dengan hairan.

"Saya ada rutin nak buat setiap malam."

"Apa?"

"Siang saya dah sibuk. Malam baru ada masa untuk saya kumpul pahala. Saya nak mengaji." Senyum lagi.

Ufaira tanpa sedar pegang pipi, Bahzi. "Nak ikut."

"Mengaji sama-sama?" Bahzi pegang tangan Ufaira di pipinya. Rasa hangat dalam kelembutan.

Angguk. "Sama-sama."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(C) HANYALAH DIRIMU  (BAHZI ISA)Where stories live. Discover now