"Hayfa kenapa mata sembap teruk sangat ni? Malam tadi menanggis ka?" Soal puan Dahlia.
Hayfa pandang puan Dahlia. "Ya...Hawwas masuk dalam mimpi Hayfa. Dia peluk Hayfa mama. Dia banyak pesan dekat Hayfa. Dia kata kat Hayfa jangan benci dia. Macam mana Hayfa nak benci dia mama? Hayfa rindu dia mama,Hayfa sayang dia.""Sabar ya sayang mama." Ucap puan Dahlia.
"Kak Hayfa jangan sedih-sedih ya nanti kami pun ikut sedih. Petang ni kita pergi tengok Alfa. Mesti dia rindu kak Hayfa." Ucap Harrash sambil senyum.
Hayfa pandang Harrash dia tersenyum seketika melihat wajah Harrash yang mirip dengan Hawwas. Yang lain semua sibuk dengan majlis doa selamat dan tahlil untuk malam nanti. Harrash pula sibuk ajak dia pergi ke kandang kuda.
"Hebat cinta Hawwas dekat kau...Kenal tak sampai berapa bulan terus masuk minang tahu-tahu terus sah jadi suami orang. Jangan hampakan apa yang dia amanahkan. Apa yang aku nak pesan kuatkan semangat aku tahu sepupu aku selamat dekat sana cuma tak tahu bila dia boleh balik." Ucap Qayyum dengan pakaian uniformnya seperti sudah mahu bergerak balik ke pangkalan.
"Ha?...Apa maksud awak?..." Soal Hayfa. Sungguh Hayfa tidak faham apa yang dia mahu sampaikan.
"Nanti kau akan faham...Aku gerak dulu bagi tahu mama.Aku kena balik pangkalan." Ucap Qayyum. Hayfa hantar Qayyum dengan pandangannya.
Apa yang Qayyum cuba sampaikan? Otak Hayfa masih tak boleh berfungsi dengan baik. Hayfa masih terfikir kuatkah dia untuk pulang berkerja seperti biasa? Bolehkah dia kuat untuk tempuhi semua ini.
"Kak Hayfa! Jom lah kita pergi kandang kuda!" Panggil Hanis dari jauh.
"Tak apa ke kita tak tolong mereka siapakan persiapan untuk malam ni?" Soal Hayfa dia risau nanti ada saja yang tidak puas hati.
"Biar je...Mama sendiri kata suruh bawak kak Hayfa keluar jangan bagi kat Hayfa stress." Jelas Harrash.
"Kak Hayfa nak belajar memanah tak?" Soal Harrash.
"Nak! Tapi kuda pun tak pandai tunggang." Ucap Hayfa dengan nada sedih.
"Ala tunggang kuda tu lepas kak Hayfa dah bersalin kita belajar. Sekarang kita belajar memanah dulu." Ucap Hanis pula.
"Korang dua pandai memanah?" Soal Hayfa.
"Harrash pandai. Hanis kurang pandai tak masih sangat abang Hawwas ada ajar tapi tak masuk otak sangat sebab malas." Jelas Hanis.
Hayfa mengangguk kepala tanda faham. Hayfa tidak fokus disebakan dia teringat kata-kata Qayyum. Dia cuba untuk fahamkan tapi entah lah dia kurang faham.
"Hm...nanti kak Hayfa balik Kuala Lumpur tinggal dengan siapa?" Soal Hanis.
"Kak Hayfa tinggal dengan sepupu kak Hayfa. Dia tak boleh balik sebab sibuk kerja." Ucap Hayfa sambil membelai Alfa.
Hanis dan Harrash angguk kepala tanda faham. Mereka berat hati dengar Hayfa dan mamanya borak tentang Hayfa sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur atas sebab urusan kerja.
Majlis doa selamat dan tahlil berjalan dengan lancar. Badan juga sudah penat menolong kemas apa yang patut. Esok Hayfa perlu pulang ke Kuala Lumpur. Dia akan merindui suasana ni di sini.
Sebelum balik dia perlu singgah rumah umi dan walidnya. Dia sudah pesan yang dia mahu duduk dia rumah mertuanya sebab itu salah satu cara untuk lepaskan rindu yang tiada ubat ini.
"Kak Hayfa Hanis nak ikut boleh?" Ucap Hanis. Dia lihat saja Hayfa kemas-kemas bajunya ke dalam bagasi selimut Hawwas tidak lupa dia bawak juga.
YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomanceDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...