Prolog❀

8 1 1
                                    

Aku Amyra, seorang pelajar kolej. Aku ada seorang kawan yang sangat baik iaitu Husnina. Tapi aku suka panggil dia nina aje. Suatu hari, kami berdua pergi ke kantin untuk melihat menu baharu tetapi lain pula yang lihat oleh Husnina.

"Eh, tu bukan Rafael ke?" tanya Husnina.

"Haah, memang dia pun. Kenapa?" balasku lalu bertanya kembali kepada Husnina.

"Kau tak rasa dia handsome ke?" tanya Husnina.

"Amboi kau, kalau pasal lelaki handsome laju aje. Gatal." balasku

Husnina tertawa sehingga ada beberapa mata yang sedang melihat kami.

"Eh dah la kau ni pun kalau gelak tak ingat dunia, aku yang malu masalahnya."

"Ala sorry la hehe."

"Haih, macam-macam lah kau ni. Dah la jom." ajakku. Kalau lama-lama kat sini boleh malu aku haih.

7 bulan kemudian, tamat sudah pengajianku di kolej. Hm, nanti mesti aku rindu classmate aku tapi tak apa la ada juga nina, bila-bila saja boleh jumpa dengan dia. Maklumlah rumah dekat hehe.

"Assalamu'alaikum, Myra." kedengaran ada suara yang memanggil namaku.

"Siapa tu Myra, cuba pergi tengok." kata Puan Lidia.

Aku pun berjalan pergi membuka pintu.

"Hai" sapa Husnina beserta senyuman yang gembira.

"Eh, Nina. Lamanya tak jumpa, rindu kau." Aku pun berpelukan dengannya. Siapa ja yang tak happy bila jumpa bestie kan HAHA.

"Oh, Nina. Masuklah dulu, makcik ada masak sikit ni. Jom makan." Ajak Puan Lidia.

"Ha cepat la jom." Aku pun menarik tangannya untuk masuk ke dalam rumah.

Semasa makan.

"Sedapnya! Masakan ibu kau memang padu lah." kata Husnina kepadaku.

Kami pun ketawa di meja makan. "Eh mana ada, biasa-biasa ja makcik masak ni." balas Puan Lidia dengan senyuman.

"Eh luar biasa dah ni HAHA." sambung Husnina lagi. Aku hanya bergelak-ketawa bersama mereka sahaja, tak tahu nak balas apa.

Selesai makan. "Makcik, saya minta izin nak ajak Myra keluar boleh?" tanya Husnina kepada Puan Lidia.

"Boleh aje. Tapi jangan balik lewat sangat ye." balas Puan Lidia.

"Ok." Sesudah masuk ke dalam kereta, Husnina pun memandu dengan tenang.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" tanyaku

"Pergi Popular." jawab Husnina.

"YEYY." jeritku.

"Aish, kau ni pelan la sikit." celah Husnina.

"Hehe sorry. Aku tak sabar nak beli novel baru ni woo."

Sesampainya di Popular. Aku mula mencari novel yang terbaru.

"Aku dah ambil novel yang aku nak, kau dah siap?" tanyaku.

"Dah, jom bayar. Aku belanja hehe." balas Husnina.

"YEYY, sayang kau." betapa gembiranya aku bila ada kawan yang nak belanja novel hihi.

Selesai bayar, kami pun terus masuk ke dalam kereta.

"Jom pergi cafe Foody's Choice tu nak tak?" ajak Husnina.

"Boleh aje, tapi kalini aku pula yang belanja."

" Ok lah."

Sesampainya di cafe, kami pun duduk di antara salah satu meja. Cafe ni memang cafe favourite aku, dulu aku selalu makan sini dengan Husnina.

"Eh kau nak order apa?" tanyaku

"Aku nak green tea dengan soft cookies lah." balas Husnina

"Ok, waiter." aku memanggil pelayan di cafe tersebut

"Oh cik, lamanya tak datang. Eh, nak order apa?" tanya pelayan tersebut

"Hehe sorry busy sikit. Erm ambik green tea 2 dengan soft cookies 2 ye." balasku

"Ok."


Cinta Terakhirku [OG]Where stories live. Discover now