SELEPAS saja mereka bertiga selesai makan, mereka memutuskan untuk pulang ke rumah. Kasihan pula dengan Nek Milah yang duduk keseorangan di sana memandangkan Adam masih bersekolah.Langkah Hazel terhenti apabila gincu miliknya terjatuh. Terus dia menunduk sedikit untuk mengambilnya kembali dan membiarkan saja Irene dan Nufail melintas dulu sebelumnya.
Sebaik sahaja dia berdiri kembali, mata Hazel terarah kepada satu sosok yang berpakaian serba hitam yang berada tidak jauh dari kenderaan milik Nufail.
"H......Hunter."
Pin!!!
Kedengaran hon kenderaan berbunyi nyaring.
Otak terasa kosong, darah seakan-akan berhenti mengalir. Tubuhnya serta merta menjadi kaku seperti lumpuh. Matanya masih tidak lepas memandang ke arah sosok itu.
"Hazel!"
Terasa kuat Nufail menjerit namanya, belum sempat kenderaan itu hampir dengannya, ada tangan yang lebih cekap menarik tubuhnya lalu didakap erat.
Hazel sedar dari lamunan dan mendapati dia sudah selamat berada di dalam pelukan lelaki itu. Tubuhnya mengigil hebat seperti ada aliran elektrik yang mengalir di tubuh.
Dapat Hazel merasakan degupan jantung Nufail yang berdegup kencang. Wajahnya juga bertukar cemas.
"N....Nufail." Bisiknya lemah.
"A......Aku takut. Di...Dia ada dekat sini."
Serta merta wajah Nufail berubah dingin. Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan seakan-akan mencari sesuatu.
"We need to go now." Tanpa berlengah, Nufail membantu gadis itu berdiri semula kemudian perlahan-lahan, mereka mengatur langkah memasuki ke dalam kenderaan.
"Hazel, kau okay tak?" Kedengaran suara Irene bertanya.
"A...Aku takut, dia ada dekat sini. Aku takut.."
"Siapa?"
Soalan Irene dibalas dengan air mata dan terasa lagi tubuh menggigil-gigil. Bukan kerana memikirkan kejadian yang dia hampir dilanggar tadi, tapi memikirkan tentang seorang lelaki yang akhir-akhir ini sering menghantui dirinya.
"Shhh....kau selamat dengan kitorang...jangan risau."
Bisik gadis itu perlahan, dibawa hujung lengannya lalu dilap air mata yang mengalir di pipi kemudian tubuh Hazel dipeluk erat.
"Dah?" Soal Irene perlahan, Hazel angguk kepala sebelum dia meletakkan kepala di bahu gadis itu.
"Siapa dia?"
"A....Aku tak kenal."
"Jangan paksa dia untuk bercerita." Sampuk suara Nufail keras.
Irene mengangguk perlahan. Kali ini dia tak melawan kata-kata lelaki itu. Ada betulnya juga, dia tak boleh memaksa Hazel untuk bercerita sedangkan gadis itu masih trauma dengan kejadian tadi.
"Peah." Suara Nek Limah bertukar tegas. Terus buatkan Irene terpaku disitu sambil menggigit bibir. Dah tahu apa yang bakal terjadi kali ni.
"Baik opah. Peah janji Peah akan jaga solat, jaga abah, jaga umi, jaga maruah diri dan yang paling penting...jaga makan" Irene bersuara tenang. Risau betul opah kalau dia tidak menjaga apa yang disebutkan olehnya tadi.
"Ha tahu pun." Nek Limah terus menarik tubuh Irene lalu dipeluknya. Dikucup dahi licin itu lembut.
Bagi dia, itu merupakan tanggungjawab untuk sentiasa menasihati satu-satu cucu perempuannya itu.. Zaman sekarang, berbeza dengan zaman dahulu. Anak-anak muda akan mudah terpengaruh dengan hal-hal yang melalaikan.