𝐁𝐀𝐁 𝟏

687 41 0
                                    

KELOPAK bunga terakhir menjadi perhatian Hani sebelum air matanya diseka menggunakan lengan baju kurungnya.

"Hanan, terima kasih sebab lindungi aku hingga nafas terakhir kau. Tapi keputusan yang kau buat adalah salah. Bukan sepatutnya kau yang mati tapi aku...aku yang sepatutnya mati waktu tu. "

Jika Hanan tidak tolak dia sebelum dilanggar oleh pemandu mabuk pasti Hanan yang berada di tempatnya sekarang.

Nuara Hanan. Kembarnya Nuara Hani dan kakak pertama pada Hani. Jika Hani sakit pasti Hanan turut terasa.

"Hanan, macam mana aku nak hadap mama dengan baba? Mama dengan baba tak nak terima aku lagi sebagai anak diaorang. Mama, baba hanya anggap aku orang luar. Dan diaorang jugak anggap aku sebagai pembunuh. Pembunuh pada Nuara Hanan."

Kian sesak dada Hani apabila menuturukan perkataan tersebut sambil menggengam tanah kubur milik Hanan yang masih merah.

"Hanan...kau rasa aku masih boleh hadap semua benda ni dengan sendiri ke? Kalau kau ada dekat sini, pasti mama dengan baba gembirakan? Mesti semua perkara benda ni tak akan pernah terjadi."

Hani menggigit bawah bibirnya sebelum perlahan-lahan nafasnya dihembuskan. Kedua belah matanya dipejam buat seketika waktu sebelum Hani bangun dari duduk.

"Aku pergi dulu ya, Hanan. Doakan aku supaya aku kuat hadapi ujian ni semua. Tolong beri kekuatan kau pada aku, Hanan. Aku sayang kau. Sangat..."

Terlalu sayang hinggakan Hanan sanggup untuk tukar nyawanya dengan Hani.

"Assalamualaikum, bunga Hanan. Semoga perjumpaan kita yang seterusnya aku mampu mengukir senyuman seperti mana waktu kita bersama sebelum ni."








SEMUA pakaian dan barang milik Hani sudah tercampak di luar rumah. Hani yang baru saja pulang tercengang buat seketika waktu. Tak lain, tak bukan pasti perbuatan ibu dan babanya.

"Baguslah kau dah balik. Pembunuh macam kau ni tak layak nak duduk rumah aku. Engkau boleh berambus dari sini. Dan mulai sekarang, aku haramkan kau untuk jejak kaki dekat rumah aku!" Hembur Puan Hanis.

Hani mengeluh pendek lalu menunduk mengutip satu persatu pakaian dan barang-barangnya yang terdampar atas tanah. Habis kotor semua. Dah nak kena basuh.

"Mama, sekalipun mama benci dengan Hani. Tolong halau dengan cara yang elok. Bukan halau Hani sampai macam ni sekali. Hani tahu mama dah benci dengan Hani tapi perlu ke Hani dapat layanan buruk macam ni? Dalam badan Hani ni masih ada darah mama dengan baba yang mengalir. Sejauh mana pun mama dengan baba buang Hani, itu tak bermaksud Hani ni bukan anak mama dengan baba."

"Anak? Kau masih lagi berani nak mengaku diri kau sebagai anak aku? Hey, Hani. Kau sedar tak apa yang dah jadi sekarang? Kau dah bunuh anak aku tau! Kau fikir dengan mudahnya ke aku dapat lupakan apa yang dah jadi? Kau fikir bunuh tu kes ringan ke?"

Hani mengalihkan padangannya ke arah Puan Hanis yang masih berdiri di depan rumah.

"Ya, Hani memang berani untuk mengaku yang diri Hani ni sebagai anak mama. Air dicincang tak akan putus, mama! Mama fikir mama sorang je ke yang sedih dan marah atas kehilangan arwah Hanan? Hani pun sedih mama! Hani lagi sedih dua kali ganda dari mama dan baba! Hani nampak sendiri macam mana arwah Hanan hembuskan nafas yang dia terakhir! Hani nampak semuanya, mama! Kalau nam ikutkan siapa lagi terseksa, Hani lagi terseksa mama! Hani lagi sakit!"

Dadanya ditepuk berkali menandakan yang Hani benar-benar terasa sakit sangat atas kejadian yang menimpa sekarang.

"Hani ingatkan mama dengan baba boleh jadi tempat untuk Hani meluah segala kesakitan Hani. Hani ingatkan mama dengan baba mampu jadi ubat untuk Hani. Tapi sangkaan Hani semuanya meleset! Mama terus menerus salahkan Hani. Selama ni, Hani tahan semuanya mama. Hani tahan segala hinaan dan perkataan mama yang burukkan Hani depan orang lain."

"Tapi sekarang, Hani tak rasa Hani mampu tahan lagi. Hani ni memang pembawa malang seperti mana mama katakan. Jadi...biarlah pembawa malang ni berambus dari sini. Dan mama pun kata yang Hani ni bukan lagi anak mamakan? Baiklah. Kalau itu yang mama mahukan, Hani akan buat dan hormat keputusan mama." sambung Hani dengan perasaan sedih.

Anak mana yang tidak sedih bila dibuanh keluarga. Hilang keluarga yang masih lagi hidup lebih sakit dari hilang keluarga yang sudah mati.

Hani memandang wajah Puan Hanis buat kali terakhir.

"Puan Hanis, terima kasih untuk 25 tahun sepanjang menjaga saya. Jangan risau, segala penat lelah Puan Hanis saya akan bayar dengan apa cara sekalipun. Puan Hanis tak perlu risau dan tolong sampaikan salam saya pada Tuan Raif. Assalamualaikum."











BAHANG saja wajah nenda apabila Hani menceritakan apa yang sudah terjadi petang tadi. Nasiblah Hani masih ada tempat berteduh.

Rumah nenda menjadi tempat teduhan sementara Hani. Dia sudah tidak ada idea lagi mahu pergi mana. Hanya nenda saja yang ada dalam fikirannya.

"Apa yang mama dengan baba kamu fikirkan, Hani? Sampaikan tergamak nak buang anak sendiri! Diorang fikir kita ni ada kuasa ke untuk tentukan apa yang dah jadi?" Marah Nenda dengan nada berang.

Manisan yang berada di atas meja sudah tidak lagi menarik perhatiannya. Sekarang perhatiaannya hanya mahu makan orang saja!

"Biasalah, Nenda. Mama dengan baba tu masih sakit dengan kehilangan arwah Hanan. Marah tu memang marah tapi Hani pun kenalah faham dengan keadaan mama, baba." ujar Hani tenang.

Cukuplah, dia tidak mahu lagi keruhkan keadaan. Cukuplah sampai disini saja yang berlaku. Dia benar-benar sudah lelah. Lelah dengan semua perkara tang terjadi.

Nenda mengeluh pendek. Bahu milik Hani diusap lembuh oleh Nenda.

"Hani, nenda masih ada dengan Hani. Apa pun yang jadi Hani tetap cucu nenda. Kalau mama dengan baba kamu dah buang Hani, biar Nenda. Biar nenda saja yang jaga Hani sampai Hani kahwin."

"Ish, nenda ni! Tak naklah Hani kahwin. Siapalah nak kahwin dengan Hani yang ada gelaran 'pembunuh' ni. Hani tak naklah bala Hani ni terkena pada orang yang tak bersalah."

Tangkas nenda mencubit pinggang ramping Hani. Berdesis kesakitan Hani apabila merasai cubitan bisa milik Nenda.

"Sakitlah nenda!"

"Tahu pun sakit. Yang cakap macam tu depan nenda kenapa? Sejak bila cucu nenda ni dapat gelaran 'pembunuh'? Hani tu bukan pembunuh. Hani cucu nenda. Anak baba dan mama kamu. Jadi jangan nak tokok tambah lagi, ya. Cukup."

Hani melakar senyuman nipis sebelum merehatkan kepalanya di bahu nenda.

"Terima kasih, Nenda."

"Tak perlu berterima kasih, Hani. Ini memang tugas nenda sebagai nenek kamu."

Jika tiada nenda pasti Hani sudah berada di atas jambatankan?

Untuk apa?

Untuk bunuh diri.

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now