𝐁𝐀𝐁 𝟐

238 23 0
                                    

"BULLSHIT, bonda! Naqib tak akan pernah setuju untuk teruskan perkahwinan ni. Hanya arwah Hanan saja yang berada di dalam hati Naqib. Dan tak ada orang lain yang layak untuk gantikan tempat arwah Hanan!"

Puan Aisyah geleng kepala kerana perangai anak lelakinya. Ingatkan setelah sebulan dia memberi Naqib untuk bertenang dapatlah berbincang secara baik tapi tak sangka makin teruk jadinya.

"Naqib, kamu nak tanggung segala malu bonda dengan ayahanda ke? Kami dah jemput ramai orang ternama, Naqib! Jangan nak buat perangai. Bonda dah ayahanda akan tetap teruskan majlis ni walau apa jua sekalipun yang berlaku."

"Kalau bonda nak teruskan, bonda teruskan. Naqib tak akan halang. Tapi biar ayahanda yang jadi pengantin lelaki dan kahwin dengan perempuan yang bonda sibuk nak gantikan tempat arwah Hanan!"

Ringan saja tangan Puan Aisyah mahu menampar pipi anak lelakinya tapi masih ditahan. Kalau dua-dua ikut emosi perkara tak akan selesai.

"Jangan nak biadap, Naqib. Lagipun Hani tu kembar Hanan. Muka mereka sama. Jadi apa kurangnya lagi?"

"Muka memang sama, Bonda! Tapi perasaan kami berdua tak sama! Apa bonda ingat dengan kembar dia tu, Naqib akan terus jatuh cinta macam mana Naqib sayang pada arwah Hanan? Tak, bonda! Tak! Cukuplah, bonda. Naqib penat. Mental Naqib sakit. Naqib tak nak bincang lagi tentang benda ni."

Dia benar-benar sudah lelah. Dia hanya mahu rehat saja sekarang untuk tenangkan fikiran.

"Kalau Naqib rasa dengan cara macam ni Naqib dapat selesaikan masalah, Naqib silap. Bonda dan ayahanda dah uruskan semua. Naqib akan tetap hadir dalam majlis tu. Kalau Naqib berani lari, jangan salahkan bonda kalau bonda buat benda yang Naqib tak pernah bayangkan."

Ancaman dari Puan Aisyah membuatkan Naqib terkedu seketika. Lalu pandangan kecewa diberikan pada Puan Aisyah.

"Bonda, tergamak bonda buat macam ni dekat Naqib. Naqib tak sayang dekat Hani! Naqib sayang Hanan!"

"Hanan dah mati Naqib! Hanan dah mati! Tolong....tolong bukak mata dan hati kamu untuk terima Hani! Tak susah pun, Naqib!"

Bergerak-gerak rahang Naqib apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari bibir Puan Aisyah. Cawan kaca yang berada di atas meja, Naqib campak ke dinding.

Habis segala serpihan kaca berterabur atas lantai. Puan Aisyah yang melihat berdesis kecil sebelum arahkan pembantu untuk mengutip segala serpihan kaca tersebut.

"Anggap sajalah ini bayaran segala penat lelah bonda besarkan Naqib." Ujar Puan Aisyah sebelum berlalu pergi naik ke atas biliknya.

Naqib meraung kuat dan menapak keluar dari rumah. Kereta hitam Bugati Chiron Super Sport menjadi pilihannya. Inilah kereta pertamanya dinaiki bersama arwah Hanan sewaktu awal perkenalan mereka berdua.

Masih lagi Naqib ingat bagaimana dia bertemu dengan Hanan.

"I tak pernah lupakan you, Hanan. Sekalipun I akan kahwin dengan adik you, maaf. I tak mampu nak bagi kasih sayang dan cinta I pada dia."





────୨ৎ────




HAMPIR luruh jantung Hani apabila mendengar berita tersebut dari Nenda.

"Kejap, nenda. Tapi kenapa kita mesti kena teruskan majlis perkahwinan ni? Bukan ke haritu nak gantikan sebagai kenduri tahlil?"

Nenda geleng kepala.

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now