SEPERTI yang dirancang, perkahwinan antara Hani dan Naqib tetap diteruskan. Tok Kadi, para saksi dan para keluarga kedua belah pihak turut hadir bersama. Inai daun yang elok terletak di setiap jari jemari Hani, Hani pandang dengan pandangan muram.
Bukan sepatutnya dia yang berada di sini tetapi arwah Hanan. Arwah Hanan yang patut ada disini. Kahwin dengan Naqib.
"Syed Naqib bin Syed Qalbi. Anda bersedia untuk akad?" soal Tok Kadi tegas. Memandang jam pun sudah menginjak pukul 10 pagi. Sudah sesuai rasanya untuk dimulakan.
Naqib mendengus dan memandang wajah Puan Aisyah. Lirikan mati Puan Aisyah membuatkan Naqib terpaksa angguk menandakan yang dia sudah bersedia.
"Baiklah, Tuan Raif. Tuan Raif boleh mulakan akad nikah, ya."
Tuan Raif yang mendengar arahan dari Tok Kadi terus Tuan Raif berjabat tangan dengan Naqib.
"Syed Naqib bin Syed Qalbi."
Lambat-lambat Naqib menjawab. "Ya, saya."
"Aku nikahkan akan dikau dengan anakku Nuara Hani binti Raif dengan mas kahwin RM 100 ringgit dibayar tunai."
Sebaik saja mendengar ayat lafaz nikah, hati Naqib menjadi sebak. Dadanya terasa berat mahu melafazkan ayat tersebut.
Sepatut nama pengantin perempuan bukan Hani tapi Hanan...
Nuara Hanan.
"Aku terima nikahnya Nuara Hani binti Raif dengan mas kahwin RM 100 ringgit dibayar tunai."
Tok kadi memandang para saksi.
"Sah?" Serentak para saksi mengatakan sah dan akhirnya hubungan yang tidak pernah dibayangkan oleh Naqib dan Hani akhirnya terjadi jua.
"Baiklah, pengantin lelaki kamu boleh baca lafaz taklik terlebih dahulu dan Tok harap kamu baca bukan sekadar baca dengan lafaz kosong semata-mata. Bacaan taklik ni Tok nak kamu faham dan hadam."
Kertas yang berwarna putih itu Naqib sambut dan membacanya sekilas sebelum dadanya kembali berdegup kencang.
"Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya Nuara Hani binti Raif selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk..."
Satu persatu ayat yang dibaca oleh Naqib membuatkan mata lelaki itu berkaca. Menandakan hatinya benar-benar terasa seperti direntap oleh sesuatu.
"Kamu tahu apa itu talak khuluk?" soal Tok Kadi pada Naqib.
Perlahan-lahan Naqib geleng kepala.
"Khuluk atau lebih mudah untuk faham adalah tebus talak ialah talak yang berlaku dengan keinginan si isteri dan kesungguhan si isteri untuk bercerai. Khuluk disyariatkan bagi memenuhi keperluan si isteri maksudnya si isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh si suami dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah meraka sepakati sebelum ini kepada si suami. Khuluk adalah salah satu bentuk talak kerana ia adalah perceraian yang berlaku dengan adanya tebusan yang diberikan oleh si isteri kepada si suami. Faham?"
Naqib terpaku seketika. Barulah dia sedari tanggungjawab seorang suami benar-benar berat.
Tapi bagaimana dia mahu jalankan tanggungjawab itu pada Hani kalau perasaan cinta pun tiada dalam dirinya.
"Faham, Tok."
"Baguslah kalau kamu faham. Sebelum kamu berdua batalkan air sembahyang, eloklah solat sunat nikah dulu. Tanda kita bersyukur atas kenikmatan yang diberi."
Naqib akur. Tanpa menoleh ke belakang terus saja dia masuk ke dalam satu ruangan bilik yang ada di luar masjid. Memang tersedia untuk mudahkan pihak pengantin lakukkan solat sunat nikah.
"Hani, kamu tunggu apa lagi? Tak reti nak solat jugak ke?" soal Puan Hanis dengan perasaan sebal.
Hani yang tadi termenung mula kembali ke dunia realiti. Terkumat kamit dia mahu membalas sebelum berlari kecil ikut langkah suaminya masuk ke dalam bilik untuk solat.
"Amboi, Hanis. Cantik sungguh bahasa kamu ya. Tak reti nak cakap elok-elok ke dengan cucu aku?" soal Nenda bengis.
Puan Hanis menggulingkan matanya ke atas.
"Ibu. Ibu tak payahlah nak jaga sangat pembunuh tu. Nanti tak memasal bala dia tu datang dekat ibu pulak!"
Laju saja tangan Nenda mencubit peha Puan Hanis.
"Sejak bila aku ajar kau jadi kurang ajar ni, Hanis? Aku tak pernahlah besarkan anak macam mulut puaka ni. Engkau jangan nak sebut lagi perkataan pembunuh tu. Dia tetap cucu aku walau apa jua sekalipun berlaku."
Puan Hanis dengus. Rasa sisa sakit akibat dicubit oleh Nenda membuatkan Puan Hanis naik geram. Kalau bukan disebabkan si pembunuh tu! Tak adanya Nenda mahu layan dia begini.
"Ibu jangan menyesal di kemudian hari."
"Aku tak pernah menyesal, Hanis. Malah aku gembira dan bangga dapat cucu macam Hani tu. Engkau dengan Raif je yang masih lagi buta!"
────୨ৎ────SEBAIK saja mengambil wuduk. Hanu membentang sejadah milik Naqib dan untuk dirinya sendiri. Telekung pun sudah siap dipakai. Naqib yang baru keluar dari bilik air langsung dia tidak pandang pada Hani.
Hani hanya mampu tersenyum tawa dan menerima saja layanan Naqib pada dirinya. Tak mengapa, Hani. Jangan mengalah lagi! Ini semua baru permulaan.
"Engkau tahu kenapa aku setuju untuk nikah dengan kau?" soal Naqib dingin tanpa pandang wajah Hani.
"Sebab bonda dah ayahanda yang suruh."
Naqib tertawa sinis.
"Itu salah satunya tapi apa yang paling penting adalah aku nak seksa hidup kau macam mana terseksanya hati aku bila dapat tahu yang orang paling aku sayang dah pergi tinggalkan aku."
"Tapi itu takdir, abang. Kalau abang sedih, Hani lagi sedih! Arwah Hanan tu kembar Hani. Dia kakak Hani. Abang fikir Hani tak terseksa ke?"
"Kalau betul kau terseksa dengan kehilangan Hanan, pasti kau dapat tahan seksaan dan azab yang aku akan bagi lepasni pada kau."
Ya Allah, benar-benar Naqib membenci dia. Bagaimana ni...bagaimana dia mahu menangkan hati Naqib.
Hanan, bantu aku.
Bantu aku cari cara untuk menangkan hati suami aku sendiri.
Maafkan aku, Hanan.
Aku dah ambik tempat kau.
Aku janji...aku akan pulangkan Naqib pada kau.
Aku janji, Hanan.
YOU ARE READING
BAHAGIA SYED NAQIB | OG
Romance𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐍𝐀𝐐𝐈𝐁 | 𝐍𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐈 Perkahwinan yang sepatuynya menjadi perkahwinan yang bahagia buat kedua belah pihak. Tetapi disebabkan kematian Nuara Hanan, semuanya menjadi gelap sekelip mata. Kebahagiaan itu bertukar menjadi kesedihan. ...