Part 47

194 19 5
                                    

Setelah beberapa hari berada di kampung, kini Becky dan Freen sudahpun mula be kerja semua dengan beberapa meeting yang ditangguhkan. Kini masing-masing mempunyai jadual yang padat. Jika Becky dilihat mempunyai meeting yang banyak, begitu juga dengan Freen. Dia mempunyai pelbagai jenis report yang perlu disiapkan dan diberikan semua pada Becky untuk disemak semula.

Sementara itu, Becky yang berada di luar pejabat tanpa ditemani Freen kerana mengikut beberapa meeting bersama client, fikirannya mula terganggu sedikit demi sedikit. Becky hanya ditemani Alex dalam menjalankan meeting ini.

"Bos. Bos fikir pasal Freen lagi ke? Kita ada lagi 2 meeting nak habiskan hari ni. Kalau bos tak boleh teruskan, saya boleh minta tunda esok." Alex yang melihat Becky sedikit termenung, memulakan percakapan mereka.

"Tak apa. Aku okay. Kau dah buat kerja yang aku suruh?" Becky membetulkan duduk nya lalu menghirup air di depannya.

"Dah tapi information tu tak cukup kuat la bos. Jadi saya perlukan masa yang lebih untuk siasat." Balas Alex.

"Tak apa. Take your time. Nanti apa-apa kau inform aku."

Ucapan Becky terhenti ketika dia melihat client nya sudahpun tiba. Seketika dia bangun untuk bersalaman dengan client nya dan meneruska perbincangan mereka.

Office Becky

Becky sudahpun kembali ke pejabatnya. Menyambung semula kerja yang memenuhi mejanya. Walaupun jarum jam akan menuju ke 5 petang. Namun Becky masih mahu meneruskan pekerjaannya.

Tok. Tok. Tok.

Pintu bilik Becky diketuk dan terus dibuka tanpa persetujuan dari empunya bilik.

"Sayanggg. Jom balik. Dah nak pukul 5." Freen masuk ke dalam bilik itu dan mendekati Becky.

"I can't baby. Nak siapkan kerja ni dulu."

"Alaaa. Banyak lagi la sayang. Baby baru nak ajak pergi shopping. Nak cari baju baru." Freen mendekap tangannya di dada sambil memayunkan bibirnya.

"Okay macam ni. Baby pergi dengan Nam. Ajak Irin sekali. Boleh?"

Freen mengusap dagunya tanda berfikir. Kemudian dia mengangguk cepat.

"Okay baby pergi dengan diorang. Tapi nak kad. Taknak guna duit sendiri." Ucap Freen lalu menghulurkan tangannya.

Becky pula hanya menunaikan permintaan Freen. Dia mengambil kad bank miliknya dari poket seluar lalu memberikannya pada Freen.

"Okay sayang. Baby pergi dengan diorang. Jangan balik lambat. Sebelum pukul 10 ada dekat rumah tau." Ucap Freen dan hanya dibalas anggukan oleh Becky.

Setelah Freen keluar, Becky kembali menjalankan tugasnya dengan menghabiskan kerja yang bertimbun.

Sementara itu, di bilik Irin ternampak Freen dan Irin yang mula berbincang dan menelefon Nam untuk mengajaknya keluar bersama.

Telefon ditangan Irin sudahpun mendail nombor Nam.

"Kau suruh dia siap sekarang. Kita pergi terus. Tak payah mandi. Sembur minyak wangi je." Ujar Freen.

"Tengkorak kau. Bagilah aku mandi dulu. Bagi segar." Ucap Irin. Cadangnya, dia mahu mandi dan bersiap di rumah Nam. Disebabkan mereka akan menjemput Nam di rumahnya.

"Alah Irin. Kau mandi pun, sama je. Muka masam tu tak hilang."

"Kurang asam punya Freen. Aku tak ikut baru tau." Freen yang mendengar hanya menunjukkan sengihannya. Irin menekan tombol dail di telefonnya.

Setelah selesai menelefon Nam, mereka terus keluar dari pejabat menuju ke rumah Nam.

Setelah beberapa jam di rumah Nam dengan pelbagai kerenah yang muncul, akhirnya mereka bertiga terus ke Mall dan bersenang2.

"Freen. Becky busy ke?" Soal Nam yang berada di sebelah Irin yang memandu.

"Yah. Dia cakap dia nak settlekan dokumen tu. Urgent la tu."

"Patutlah dia izinkan kau keluar dengan aku dan Irin. Kalau tak, berkepit ja kau dengan dia." Nam tersenyum pada Freen.

"Biarlah dia settle kerja. Aku nak shopping dulu. Dah lama tak manjakan diri." Balas Freen.

"Okay. Let's go girls. Kita habiskan duit Becky." Jerit Nam bersorak gembira.

"Aip. Duit dia, aku je boleh guna. Kau dengan Irin, duit sendiri." Freen tersenyum sumbing.

"Kau ni tak bestlah. Belanjalah aku dengan Nam ni. Tak gaji lagi ni." Kini Irin menyampuk perbualan mereka.

"Yela2. Nanti aku bayar. Tapi jangan banyak2. Mengamuk perempuan tu nanti."

"Okay Freen. Jom shopping." Ucap Irin lalu melajukan keretanya sedikit menuju ke mall.

Sementara itu, Alex yang sememangnya dari tadi mengikuti kereta mereka, meneruskan tugasan dari Becky untuk sentiasa mengawasi Freen. Memandangkan Becky mendapat khabar dari orang tua Freen bahawa lelaki yang mengugut mereka kini sudahpun tahu keberadaan Freen sekarang. Jadi untuk menjalankan rancangannya, Becky memerlukan Alex untuk menjaga Freen setiap masa.










TBC

Now i have time to update this story. Let me know if you're still waiting for this story..

Nanti min cuba update secepat mungkin ya. Memandangkan min ada free time beberapa hari, min akan cuba update sebanyak mungkin..

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now