𝐁𝐀𝐁 𝟕

200 27 10
                                    

"SAYA nak harta atas nama Nuara Hani, semua dibatalkan serta merta." Ujar Puan Hanis tegas.

Peguam yang selaku menjaga aset harta keluarga Tuan Raif dan Puan Hanis mula terpinga-pinga.

"Tapi puan, bukan ke sebelum ni puan dan tuan sudah sepakat untuk beri harta sama rata pada anak-anak puan."

"Awak ni bekerja untuk siapa? Dan awak siapa untuk tanya soalan tersebut pada saya? Awak sedar diri sikit. Kalau bukan saya yang hire awak sebagai peguam dalam keluarga ni. Awak dah makan pasir tahu tak!"

Peguam yang bernama Naim itu hanya mampu menunduk saja. Benarlah kata Puan Hanis. Siapa kita yang orang biasa mahu melawan cakap orang atasan? Sedar diri, Naim.

"Baiklah, saya akan uruskan semua semula."

"Bagus."

Puan Hanis melakar senyuman sinis. Dia tidak mahu nama Hani ada di dalam harta miliknya dan suaminya. Biarlah gadis itu terus jatuh miskin baru dia sedar langit itu tinggi ke rendah!

"Hanis, ada ke saya suruh awak buat keputusan tanpa berbincang dengan saya?" Tegur Tuan Raif yang baru saja pulang dari kerja.

Wajah ketat Tuan Raif membuatkan Puan Hanis dan Naim kecut perut. Cepat-cepat Puan Hanis genggam tangan milik Tuan Raif.

"Honey, kalau kita tak buang nama pembunuh dalam harta kita, habislah dia hidup senang lenang atas kesalahan dia! Hanis tak nak tengok pembunuh tu hidup dengan kemewahan kita. Hanis nak dia hidup susah!"

"Awak tak ada hak nak tentukan semuanya, Hanis. Separuh dari harta kita itu adalah nama saya. Dan awak, langsung tak ada hak nak batalkan semuanya. Walau apa pun jadi, jangan pernah awak terfikir nak batalkan tanpa persetujuan saya."

Puan Hanis ketap gigi.

"Awak ni kenapa! Awak jangan kata yang awak dah sayang dekat pembunuh tu! Dia dah bunuh Hanan tau! Kalau bukan disebabkan dia, hidup kita tak akan sadis sampai macam ni sekali!"

Tuan Raif melepaskan nafas pendek. Batang hidungnya dipicit. Ingatkan bila pulang ke rumah dapatlah rehat. Tapi tak sangka, terpaksa dia hadap satu masalah perangai isterinya.

"Hanis, Hani tu tetap anak kita. Dan dia berhak untuk dapat aset dari kita. Jangan awak lupa, Hani tu pun anak pertama yang lahir dari rahim awak. Kita bukan Tuhan nak terus letakkan kesalahan pada Hani."

"Letakkan kesalahan pada dia? Eh, abang. Itu memang berhak pun dia dapat! Hani tu memang berhak untuk tanggung semua kesalahan tu! Awak tahu tak, kalau masa tu boleh diputar, saya tak naklah akui Hani tu sebagai anak saya dan kembar pada Hanan!"

"Hanis!"

Puan Hanis memberi reaksi tidak percaya pada Tuan Raif. Tidak sangka yang suaminya akan cepat berubah sampai macam ni sekali.

"Kalau awak rasa nak terus bela budak pembunuh tu, silakan. Tapi ceraikan saya! Saya tak nak lagi jadi keluarga awak, Raif!" 

Terus saja Puan Hanis mengamit pergi keluar dari rumah. Naim yang dari tadi menjadi tontonan pertengkaran antara Tuan Raif dan Puan Hanis hanya mampu membeti reaksi simpati saja. Dia yang dengar pun sudah sakit hati. Apa lagi Tuan Raif.

"Tuan..."

"Naim, awak tak payah batalkan apa-apa. Proceed saja. Hani masih anak saya. Dan harta arwah Hanan pula awak gunakan untuk bina masjid. Saya nak arwah Hanan terus dapat pahala walaupun dia dah pergi." Tutur Tuan Raif lembut.

"Baik, Tuan Raif."

"Terima kasih, Naim." Bahu milik Naim ditepuk oleh Tuan Raif sebelum dia naik ke atas bilik untuk berehat.

Apa yang terjadi tadi biarlah berlalu seperti angin. Dia tidak mahu ingat kembali. Buat sakit otak saja.



────୨ৎ────




HANI mengambil gelas lalu diisi dengan air sejuk. Haus! Rasa mahu mati saja. Dia baru saja sibuk kemas barang-barangnya di dalam bilik. Bilik mana lagi, bilik stor la! Tapi jangan risau, segala barang-barang dalam bilik stor tu, sudah dicampak keluar.

"Hani."

"Yes, darling?"

Berkerut dahi Naqib apabila mendengar panggilan 'darling' dari bibir Hani. Apa benda minah ni? Tiba-tiba je.

"Kau kenapa tiba berdarling bagai?"

"Lah, bukan tadi abang panggil honey ke?"

Terus dahi milik Hani ditunjal sekali oleh Naqib.

"Lain kali telinga tu boleh kasi korek tak? Sejak bila pulak aku panggil kau dengan panggilan honey? Euw, not my level to call you by that, H.A.N.I!"

Satu persatu nama Hani dieja oleh Naqib. Hani mencebir. Si Naqib ni memang tak bagi peluang langsung untuk dia mencelah buat momen manis.

Choi!

"Abang nak apa panggil Hani ni?"

"Raqib. Adik bongsu aku. Malam ni dia datang tidur sini."

Jatuh rahang Hani.

"Memang tak ada malam lain ke? Kita ni baru je tau jadi suami isteri. Dah kenapa pulak adik awak si Raqib tu nak datang tidur sini pulak? Bukan ke semua keluarga abang berharta. Ada duit banyak. Takkan Raqib miskin pulak sampai tidur sini?"

"Sekarang aku nak tanya, ini rumah siapa?"

"Rumah abang."

"Jadi? Suka hati akulah! Apa masalahnya pun kalau Raqib tu nak tidur rumah aku? Dia bukan orang luar macam kau. Dia tu adik aku!"

Panas telinga Hani apabila Naqib anggap dia sebagai orang luar. Amboi! Sejak bila pulak kita ni orang luar?

"Ikut abanglah." Baru saja Hani mahu menapak pergi meninggalkan ruangan dapur. Hujung lengan bajunya ditarik oleh Naqib.

"Nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi."

"Hesy, apa lagi abang nak cakap dengan Hani?"

"Kau pergi ambik Raqib dekat airport."

Telapak tangan milik Hani dibuka lalu Naqib meletakkan kunci kereta jenis kancil. 

"Naik kereta tu."

"Abang lah pergi ambik! Kenapa Hani pulak nak kena pergi?" Marah Hani dengan nada tidak puas hati.

Sesuka hati saja si Naqib ni mahu arah. Apa dia ingat dia tu majikan kita ke? Dasar lelaki —

"Tugas seorang isteri apa?"

"Ikut arahan suami."

"Jadi, kenapa nak persoalkan arahan aku sebagai seorang suami?"

Hani terasa kekalahannya buat masa sekarang. Tidak sempat dia mahu berkata sekali lagi, Naqib sudah pergi meninggalkan dirinya sendiri di ruangan dapur yang suci sepi tanpa Rokiah dan Jokiah. 

"Susah dapat lelaki yang pandai melawan ni. Baik kahwin dengan lelaki bisu lagi bagus." 

"Kenapa? Kau nak ke? Aku boleh tolong carikan!" Laung Naqib kuat sambil terkekeke ketawa. 

"TAK PAYAH!" 

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now