𝐁𝐀𝐁 𝟖

160 21 2
                                    

BANYAK mata yang memandang ke arah dirinya membuatkan lelaki itu kembang hidung buat seketika waktu. Tapi itulah salah satu kelebihan yang ada dalam diri Syed Raqib.

Wajahnya yang putih mulus seperti bayi. Bibirnya yang merah lembap membuatkan ramai wanita tertarik dengan Raqib.

"Hi, can i get your number or your instagram?" Tegur gadis asing itu dengan ramah. Kalau lelaki lain mungkin sudah tergoda dan terus beri apa yang dpinta. Tetapi tidak dengan Raqib.

"Sorry, it's my privacy."

"But at least Instagram, please?" Sekali lagi gadis asing itu mencuba. Raqib menghela nafas berat dan mendekatkan wajahnya dengan gadis itu bersama senyuman yang penuh misteri.

"Haih, payoh la kecek denganmu ni. Kalau niat kau nak goda aku, tolong lupakan. Sia-sia tahu tak." ujar Raqib sebal. 

"Why? Already have wife?" soal gadis asing itu berani.

Bertaut kening Raqib. Eh, faham pulak perempuan saleh ni bahasa Melayu. Hebat. Bahasa kita mendunia!

"No."

"Then what's the reason?" 

"I'm gay."

Merah padam wajah gadis itu menahan malu dan amarah. Tanpa membalas apa-apa gadis asing itu berlalu pergi meninggalkan Raqib. Raqib hanya mampu tersenyum sinis sebelum memakai kaca mata hitam miliknya.

Langkah dibuka untuk menuju ke arah luar pintu lapangan kapal terbang. Disebalik kaca mata hitamnya dia terus mencari isteri abangnya. Ke mana pulak kakak iparnya ini? Bukan ke sepatutnya dia sudah tahu pukul berapa untuk tiba.

"Memang kaki sidai lah! Baru sampai dah kena sidai. Tahu macam ni, lebih baik naik grab."

Tidak sampai beberapa minit telefon milik Raqib berdering. Sah, ini kakak iparnya. Tanpa membuang masa butang hijau ditekan.

"Hello, Syed Raqib here."

"Raqib, awak kat mana? Saya dah ada dekat gate nombor dua. Awak keluar gate nombor dua kan?"

"Tunggu I dekat sana."

Panggilan terus dimatikan. Raqib laju melangkah pergi ke arah Hani. Hani yang dari tadi meliar matanya mencari sosok tubuh Raqib hingga tidak perasan Raqib sudah ada di belakangnya.

"Berapa lama you nak sidai I dekat sini, Mrs Hani?"

"Astafirullah!" Terperanjat Hani apabila ditegur sedemikian rupa. Badanya berpusing melihat ke arah Raqib.

"Kenapa tak bagi salam dulu? Dah lupa cara bagi salam?"

Raqib gulingkan mata ke atas.

"Assalamualaikum. Puas? Now, hantar I balik. I penat! Ketiak I ni dah bau peluh ikan!"

"Raqib pernah bau peluh ikan ke?" soal Hani polos.

Setahu Hani ikan mana ada bau peluh. Sebab ikan hari-hari mandi. Tak pernah ikan tu tinggalkan air walau sesaat. Nampak tak betapa bersihnya ikan dari manusia.

"Stupid question. Im just joking, Mrs Hani."

"Saya tahulah awak tengah bergurau. Jom kita balik."

Setiba di depan kereta, rahang Raqib jatuh. Bersilih berganti dia memandang ke arah Hani yang sibuk masukkan barang-barangnya ke dalam kereta.

"Kancil? You suruh I naik si kancil ni? Euw! Why tak naik kereta along?"

"Awak fikir saya nak sangat ke naik kereta nazak ni? Dengan penghawa dinginnya rosak. Ini semua sebab si Naqib! Dia yang suruh saya bawak kereta nazak ni."

Kalau ikutkan hati Hani tadi mahu saja dia tinggalkan kancil ni dekat tepi jalan. Tapi itulah, kalau hilang tak memasal si Naqib tuntut ganti rugi pulak!

"Along tu memang tolol! Bahalol! Kedekut tahi hidung masin betul! Tunggulah, memang aku pancitkan tayar empat dia tu. Kalau boleh cabut tayar dia tu memang cabut ganti dengan tayar basikal!"

"Tak ada guna pun kalau awak nak marah macam ni sekali. Nak tak nak kita tetap kena balik naik kereta kancil ni. Sebab apa? Sebab arahan Naqib."

Bergerak-gerak rahang Raqib. Si Naqib ni memang perangainya dari dulu langsung tak berubah! Ada saja akalnya nak kenakan orang.

"I nak tanya you, Hani. You ni bodoh ke? Kenapa you ikut sangat arahan si Naqib tolol tu?"

Hani berjalan mendekat ke arah Raqib. Renungan Hani membuatkan Raqib menjadi kurang selesa dan terbit perasaan rasa serba salah bertanya soalan tersebut. Salah ke dia bertanya soalan itu pada Hani? Dia hanya mahu tahu saja.

"Saya tak bodoh, Raqib. Kalau ikutkan hati saya. Saya pun tak naklah naik kereta nazak ni. Saya lebih rela ajak awak naik bas sama-sama. Tapi Naqib tu suami saya. Kalau arahan dia saya tak ikut, percuma saya dapat dosa. Awak nak tanggung dosa saya ke?"

"Yes, i know about 'dosa'. Tapi kat sini sekarang, arahan yang bodoh dan tak masuk dek akal, janganlah you ikut! Kalau you ikut membutikan kebodohan you pada along! Dan along tu akan cari cara untuk bodohkan you lagi, Hani!"

Hani tertawa kecil sebelum menepuk bahu Raqib.

"Jangan risau. Saya tak level sebodoh itu lagi. Kadang-kadang sebelum kita bertindak, kita kena tengok cara pihak lawan kita bertanding. Kenal cara permainan dia. Bila dah kenal, barulah saya balas sepuluh kali ganda!" Balas Hani dengan bersemangat bersama kenyitan mata.

Kadang-kadang kita kena lagi bijak dari orang lain. Fikir apa yang tak pernah difikirkan oleh orang lain. Itulah kunci kejayaan.

"Dah lah, jom masuk! Lagi lama dekat sini, makin burn saya!"

Tergeleng kecil Raqib apabila melihat telatah Hani yang tak dapat mahu dijangka. Pintu penumpang dibuka oleh Raqib dengan perasaan senang hati. Tetapi, tidak terbuka pula, Ah, sudah! Kenapa pulak kereta nazak ni. Raqib cuba sekali lagi tetapi masih sama.

"Apa level pintu kereta ni sama macam IQ owner dia..." kutuk Raqib.

Dengan perasaan penuh geram Raqib tendang sebelum membuka sekali lagi dan akhirnya...

"Bukak pun"

Krek!

Hani dan Raqib sama-sama tercengang. Lalu mereka memandang antara satu sama lain.

"Hani..."

"Raqib..."

"PINTU TERCABUT!!!!!"

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now