"Rin...Tunggulah sekejap sayang." Lengan Erin cuba digapai namun gadis itu pantas menepis. Langkah diberhentikan, wajah lembut Afham dipandang tajam. Tangan disilang ke dada.
"Apa lagi you nak? I nak balik." Balas Erin dengan nada kasar. Afham tersenyum nipis. Tahu tunangnya itu tak senang dengan perbualannya seketika tadi.
"You tahu kan I tak ada niat nak buat you susah hati, I cuma nak kita berjaga-jaga." Ujar Afham cuba memujuk. Nada suaranya lembut langsung tak terasa hati dengan sikap Erin.
"Masalahnya you fikir dengan you cakap pasal mati tu buat I senang hati ke? You sendiri tahu I tak suka cakap pasal topik-topik macam ni, tapi tengok lah sekarang? You cakap juga kan? Sengaja nak cari gaduh dengan I?" Bertubi-tubi Erin membalas. Bola matanya bergetar, menahan sebak.
"Rin, I tak ada niat langsung. Cuma...kebelakangan ni I rasa tak sedap hati. I cuma nak kita sama-sama beringat. You sendiri tahu kan, hidup ni tak semudah yang kita rancang?" Erin diam sejenak.
Hatinya berperang dengan rasa ketidakpuasan hati dan takut. Takut kalau segala yang dikatakan Afham akan berlaku.
"Sayang...hey, pandang I." Dagu Erin disentuh.
"Rin, I bukan nak takut-takut kan you tapi jujur I cakap kebelakangan ni I rasa tak sedap hati sangat. Rasa macam akan ada sesuatu yang berlaku antara kita dan I cuma nak you ingat yang walauapapun jadi you tetap akan jadi cinta terakhir dan cinta mati I." Jari-jemari Erin digenggam erat.
Air mata yang jatuh ke pipi gadis itu diusap lembut dengan ibu jarinya.
"I pun tak suka cakap pasal ni Rin, tapi siapa lah kita nak tentukan ajal maut? Boleh jadi lepas kita jumpa ni..." Afham menjedakan ayatnya seketika sebelum berbisik.
"Ajal I sampai. Mana kita nak tahu kan?" Tangan Erin laju bergerak mencubit pinggangnya, membuatkan dia mengaduh sakit sebelum tergelak kecil.
"Aduh! Sakit lah sayang!"
"Cakap lagi benda bukan-bukan." Erin menyilang tangan ke dada.
"I gurau saja lah sayang..." Pipi Erin dicubit manja membuatkan gadis itu berdecit tak suka.
Tanpa sedar, air matanya jatuh ke pipi. Hayra yang sejak tadi memerhati mengeluh halus. Perlahan, lengan Erin disentuh, menyedarkan gadis itu kembali ke realiti.
"Rin..." Erin menunduk, tersentak menyedari bahawa Hayra sudah lama memerhatikannya. Dia mengeluh panjang.
Nampak gayanya bayangan Afham kembali menghantui harinya.
"Aku tak boleh lah, Ra. Aku cuba, setiap hari aku cuba tapi mama tetap tak faham." Suara Erin bergetar.
Hayra tanpa banyak kata menarik Erin ke dalam pelukan. Belakang tubuh gadis itu diusap lembut.
YOU ARE READING
ERIN DANIELLA [OG]
Romance"Rin, bagi I peluang untuk bahagia kan you." -UNGKU NAEEM ZAFRAN Tapi sayang, hatinya masih tertutup rapat. "Curiosity kills the cat, darling."-CARMINE Siapa dia? Kenapa rasa ingin tahunya tentang sosok itu sangat tinggi? "Kau tahu kan tawaran kau...