29

33 4 0
                                    

DENGAN izin Allah, urusan pengebumian Puan Aisyah berjalan dengan lancar. Jenazah juga sudah selamat dikebumikan selepas solat zuhur tadi. Orang ramai mula beransur pulang. Yang hanya tinggal, hanyalah Hazel dan dua orang sahabatnya yang masih setia di sisi.

Hazel tertunduk, memandang ke arah tanah yang masih merah itu. Terasa berat untuk menerima kenyataan bahawa uminya sudah tiada. Namun siapa dirinya hendak menentang ketentuan Ilahi?

"Berat. Hazel berat hati nak tinggalkan syurga Hazel dekat sini. Dan sekarang, Hazel kena belajar untuk hidup tanpa umi."

"H...Hazel... Tak tahu, macamana Hazel nak hidup tanpa umi." Gadis itu menghela nafasnya.

"You taught me many things in life, but....you never taught me how can i get through life without you.." bisiknya perlahan, sempat dia mengusap batu nisan itu.

Terukir indah nama Nur Aisyah. Sakit. Ya sakit. Dia sudah kehilangan permata yang paling berharga dalam hidupnyanya. Perkara yang paling dia takutkan akhirnya menjadi kenyataan.

Dan yang paling sakit, apabila umi meninggal dengan cara yang tragis.

"Maafkan Hazel. Hazel tak dapat selamatkan umi dari kebakaran tu. H...Hazel bersalah," lirih lantunan suara Hazel.

Memori bersama Puan Aisyah ditayang di minda. Termasuk memori yang menjadi penyebab kepada semua kejadian ini.

Sedang dia menatap kubur uminya, bahunya disentuh dari belakang.

"Sabar Hazel. Aku tahu kau kuat," Irene memberi kata-kata semangat kepadanya. Luluh hati Irene apabila melihat sahabat baiknya bersedih sebegini.

Irene memeluk Hazel erat. Dia tidak mahu Hazel terus bersedih. Dia tidak mahu sahabatnya yang dulu murah dengan senyumannya kini hilang.

"Aku redha. Cuma aku tak tahu
macam mana hidup aku lepas ni. Siapa yang nak jadi pendengar setia untuk luahan aku lepas ni? Siapa nak tegur aku kalau aku buat silap? Aku tak boleh Irene..." tiba-tiba air matanya jatuh kembali.

"Hazel, Allah takkan uji hambanya melebihi kemampuannya sendiri. Kau masih ada abah kau yang sekarang masih berjuang untuk hidup Hazel. Kuatlah untuk abah kau. Lagipun umi mesti tak nak tengok kau sengsara macam ni."

Hazel berdiam seketika. Irene betul, dia tidak patut untuk terus bersedih. Hazel masih mempunyai seorang ayah yang sedang bertarung nyawa dan memerlukan sokongannya.

"Terima kasih umi. Terima kasih sebab sudi lahirkan insan yang banyak kekurangan ni.. Kepergian umi buat Hazel sedar, bertapa mahalnya sebuah pengorbanan," katanya sambil menatap ke arah tanah kubur yang masih merah itu.

"Hazel. Kita kena kena pergi hospital sekarang. Abah kau dah sedar," ujar Nufail. Dia telah menerima panggilan dari pihak hospital, memberitahunya bahawa Encik Hilman telah sedar.

"Hazel...jom?"

Hazel mengangguk perlahan. Kuburan yang terletak di suatu sudut itu dipandang sekilas sebelum mereka meninggalkan tempat yang suram itu.


















PINTU bilik wad itu terbuka perlahan-lahan. Menampakkan seorang doktor lelaki sedang keluar dengan wajah yang tenang. Tanpa berlengah, Hazel terus melangkah ke arah lelaki itu. Dia ingin mengetahui keadaan abahnya sekarang.

"Doktor....abah saya dah sedar kan?" Hazel bersuara perlahan.

"Alhamdulillah...Encik Hilman dah sedarkan diri."

Mendengar sahaja balasan dari doktor itu, Hazel terus mengutarakan rasa syukur. Inilah detik yang dinanti-nantikan.

Allah mendengar doanya. Setiap doa yang dia lafazkan di atas sejadah. Akhirnya termakbul.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now