"DAFF"
Sekelip mata lelaki yang diseru oleh Naqib muncul di hadapannya seperti angin. Tidak berkata apa, Daff terus menyerahkan satu fail yang mempunyai data berkaitan dengan Nuara Hani.
"Kau dah siasat?"
"Dah, Tuan Muda. Memang benar yang Puan Hanis nak ambik semua aset puan muda. Kalau Tuan Raif tak muncul tepat waktu pasti segala harta Puan Muda diambil oleh Puan Hanis. Dan berkemungkinan besar perkara yang sama akan berulang untuk kali kedua..."
"Baguslah." balas Naqib singkat.
Daff memandang wajah majikan dengan pandangan sukar ditafsir. Bagaimana seorang suami boleh lihat penderitaan isterinya sendiri? Iya, mereka berdua berkahwin tanpa ada perasaan cinta tapi tak ke ini kejam sangat?
"Kau jangan buat apa-apa, Daff. Aku tahu apa yang kau tengah fikirkan sekarang tapi itu memang tujuan aku. Aku nak dia derita. Terus derita hingga akhir nafas dia."
"Tuan Muda, kalau orang lain mungkin saya tak akan masuk campur tapi itu isteri Tuan Muda. Bukannya orang lain. Kalau semua aset Puan Muda habis diambik oleh orang yang tak bertanggungjawab macam Puan Hanis, macam mana nanti hidup Puan Muda? Tuan Muda sanggup ke tengok Puan Muda merempat tepi jalan?"
Naqib mencengkam leher Daff kuat. Hilang nafas Daff buat seketika waktu. Kekuatan majikannya memang Daff tidak dapat tandingi. Masih segar dalam ingatan Daff bagaimana pertumpahan darah berlaku ketika semua orang ingin menjadi orang kanan Syed Naqib.
"Tugas kau adalah patuh arahan aku, Daff. Apa yang aku buat atau segala keputusan aku adalah atas diri aku sendiri. Engkau...tak layak nak masuk campur, faham?"
Perlahan-lahan Daff angguk kepalanya sebelum Naqib melepaskan cengkamannya.
"Maafkan saya, Tuan Muda." ucap Daff dengan badannya ditundukkan.
"Aku akan maafkan kau untuk kali ini. Tapi kalau kau cuba buat hal yang bertentangan dengan arahan aku. Nasib engkau akan sama macam yang lain. Remember, Daff."
Bunyi dentuman enjin kereta diluar rumah agam milik Naqib terus Daff menghilangkan diri tanpa meninggalkan jejak. Tugasnya adalah muncul apabila namanya diseru. Itulah Daff. Atau lebih mesra dikenali sebagai bayang Syed Naqib. Tiada siapa yang tahu rupa Daff yang sebenar kecuali Syed Naqib. Diri Daff seolah dikawal penuh oleh Naqib. Jika tersilap langkah sama saja seperti jerat tali dleher sendiri.
Naqib mengatur langkahnya turun ke bawah. Pintu rumah utama dibuka. Jelas kelihatan kereta kancil miliknya sudah rosak habis. Apa yang membuatkan Naqib geli hati adalah pintu kereta sudah hilang!
"SYED NAQIB BIN SYED QALBI!!!"
TERBAHAK-BAHAK Naqib ketawa apabila melihat kereta kancilnya sudah jahanam!
"Jadi korang berdua balik tak pakai pintu kereta lah? HAHAHAHHAHAHA! Kesian sungguh! Itulah, lain kali kalau nak pakai kereta nazak, kasih sayang tu kena banyak sikit dalam diri. Barulah dia bagi kerjasama!"
"Kerjasama, acik kau! Kau memang sengaja kan suruh Hani bawak kereta ni? Mana kereta kesayangan kau? Apasal kau tak bagi dia bawak? Hani ni bini kau la, tolol!"
"Bini atas kertas, betul tak Hani?" soal Naqib sinis sambil memandang ke arah Hani yang masih diam dengan wajah datarnya.
"Hani, aku tanya kau ni. Asal tak jawab?" soal Naqib secara kasar.
Raqib memandang ke arah kakak iparnya masih lagi diam tidak terkutik. Lalu pandangan Raqib beralih ke arah Naqib yang masih tayang wajah bengis. Timbul perasaan kurang senang dalam diri Raqib.
"Along, kau tak rasa ke perkataan kau macam kasar sangat? Walaupun Hani ni bukan pilihan kau itu tak bermakna kau boleh layan dia sampai macam tu sekali. Hani tetap tanggungjawab kau, Naqib. Walaupun tak ada rasa sayang, dia tetap isteri kau. Isteri yang perlu kau jaga." Sampuk Raqib.
"Kau tak payah nak bertauliah dekat akulah, Raqib. Engkau tak ada dekat tempat aku dan kau tak faham situasi aku! Kalau perempuan ni tak wujud, Hanan masih ada dengan akulah!"
Keluhan berat dilepaskan oleh Raqib. Bagaimana dia mahu bercakap elok-elok dengan Naqib kalau perangai lelaki ini pun kadang-kadang diluar kawalan. Bukan sekali dua, malahan berkali-kali!
"Mati itu pasti Naqib. Arwah Hanan pergi sebab memang itu dah ajal dia. Sejauh mana pun kau kata yang kematiaan ini disebabkan oleh Hani. Kau tak mampu nak ubah takdir yang sudah tertulis oleh Tuhan sejak dari awal. Kau sebagai manusia kena terima Qada dan Qadar. Bukan kau terus blame Hani."
Bahu milik Naqib disentuh lembut oleh Raqib. Pandangan suami isteri itu masih tidak lepas antara satu sama lain.
"Belajar untuk melepaskan. Melepaskan perkara yang kita sayang adalah salah satu pengorbanan yang dipandang tinggi oleh Tuhan. Jangan terus kemaruk dalam kenangan. Hargai yang masih ada depan mata. Tuhan takdirkan kau dengan Hani mesti bersebab. Setiap pertemuaan yang berlaku bukanlah sia-sia. Ingat tu."
Hujung lengan baju Hani ditarik oleh Raqib tetapi Naqib tahan dengan memegang erat telapak tangan isterinya.
"Kau nak bawak Hani pergi mana?"
"Makan aiskrim. Orang kata kalau tengah stres elok makan aiskrim. Nak join?"
Naqib diam dan pandangannya jatuh pada pegangan Raqib.
"Ouh, okay. Ingatkan dah tak sayang bini." Terus Raqib melepaskan pegangan dari Hani. Lalu Raqib berjalan keluar dari rumah meninggalkan mereka berdua.
Keadaan yang tadi riuh mula kembali sunyi sepi.
"Kau--" .
"Abang, boleh berhenti salahkan Hani? Hani penat abang. Hani penat sangat...Hani penat nak dengar hinaan dari orang yang Hani kenal malahan ada hubungan dengan Hani. Kalau orang luar mungkin Hani boleh pekakkan telinga dan cekalkan diri Hani. Tapi kalau dah sampai abang pun tak berhenti salahkan Hani. Hani boleh jadi gila. Mental Hani boleh rosak. Sakit abang...sakit sangat."
Dadanya ditepuk berulang kali bersama air matanya menitis.
"Sakit abang. Sakit...Hani mohon! Mohon pada abang untuk berhenti salahkan, Hani."
Naqib melepaskan telapak tangan isterinya dan menapak selangkah ke belakang.
"Aku boleh berhenti salahkan kau tapi dengan satu syarat."
"Hani sanggup buat apa saja syarat asalkan abang berhenti salahkan Hani..."
"Melutut dekat aku. Tunduk pada aku. Dan aku akan maafkan kau. Easy right?"
Kaku badan Hani apabila mendengar permintaan Naqib. Bagaimana dia mahu melutut pada Naqib sedangkan dia tidak pernah melakukkan perkara tersebut pada mana-mana manusia.
"Abang...itu tak melampau sangat ke?"
"Melampau? Aku tak rasa benda tu melampau. Kau buat benda ni semua untuk apa? Untuk dapat kemaafan dari aku kan? Jadi, melampau ke?"
Terketar-ketar tangan dan kaki Hani menahan amarah pada Naqib. Naqib tidak sama seperti Raqib. Kalau Raqib lebih kepada seperti manusia yang mempunyai perasan tapi Naqib lebih kepada iblis. Iblis yang bertopengkan manusia. Yang sentiasa ingin menang dan sentiasa ingin membuatkan orang tunduk padanya.
"Adil ke begitu?"
"Sejak bila dalam dunia ni ada keadilan Nuara Hani? Sedangkan orang yang tak bersalah pun boleh masuk penjara apatah lagi kau. Betul tak?" soal Naqib dengan senyuman mengejek.
Hani menggengam penumbuknya. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia layangkan satu tumbukan pada wajah Naqib tapi kalau dia berbuat demikian rupa sama seperti menempah maut.
"Listen Hani, kau tak payahlah nak guna air mata kau untuk dapat perasaan empati dari aku. Aku tak akan pernah tergoda. Kalau kau nak tahu, sejak kematiaan Hanan, sifat manusia dalam diri aku ni dah lama mati. Dan kau...aku pun tak teragak-agak nak bunuh. Sama macam mana kau bunuh Hanan."
YOU ARE READING
BAHAGIA SYED NAQIB | OG
Любовные романы𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐍𝐀𝐐𝐈𝐁 | 𝐍𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐈 Perkahwinan yang sepatuynya menjadi perkahwinan yang bahagia buat kedua belah pihak. Tetapi disebabkan kematian Nuara Hanan, semuanya menjadi gelap sekelip mata. Kebahagiaan itu bertukar menjadi kesedihan. ...