INTRODUCE

12 2 2
                                    

AYLA NURISYAA, terkurung dalam masa lalu, tetapi diri sendiri tidak tahu. Hidupnya bagai penuh kekeliruan, memori yang bagai tidak mahu kembali. Kesakitan yang tiap kali dirasai ketika memori menyinggah kotak memori, rasanya bagai ingin membunuh diri.

Lelah, tapi tidak mahu mengalah. Dia akan tetap mencari kebenaran, disebalik teka-teki yang memain diri.

Hakikatnya, kebenaran itu terlalu perit, terlalu sakit untuk diterimanya saat ianya terungkap.

"A-Apa n-ni?" Mulut ditekup menggunakan tapak tangan ketika mata terpandangkan satu helaian kertas, yang isi kandungannya bagai menyiat isi hati.

Kepala digeleng berkali-kali. Seperti ingin menyedarkan diri. Mengharap apa yang dilihatnya cuma dusta dan palsu.

Jatuh terduduk Ayla ketika itu dengan air mata yang mula mengalir. Tangannya menggenggam erat helaian kertas itu hingga ronyok dan hampir koyak.

Tak sangka!

Perutnya dipegang sebentar. Mata yang tadi sayu penuh duka lama-kelamaan mula bertukar redup. Tajam pandangannya bagai menyimpan dendam. Hilang perasaan.

Cukup dengan semua penderitaan. Dia lelah. Penat. Rasanya tak sanggup lagi nak teruskan hidup.

Tetapi dia lupa.

Dia punya satu semangat. Semangat yang mengingatkannya agar terus hidup.

Mata memandang sayu ke arah perutnya yang mula besar itu.

"Sayang mama, semua orang tipu mama. Semua orang... Tak ada apa lagi sebab untuk mama bergantung hidup. Tapi mama ada awak. Tolong, tolong mama sayang. Mama tak kuat.." Terhinjut-hinjut bahunya meluahkan rasa.

Dia sendiri tak pasti, sama ada dia akan terus hidup, atau mati ditangan......



HARRIEZ AIEMAN, hari-hari nya sentiasa tenang dan gembira. Tetapi suasana sekeliling itu tidak menggambarkan dirinya. Dia, pendiam tetapi sifat itu seakan berubah ketika bertemu dengan seseorang-- seseorang yang bagai mengubah dirinya.

Tak sangka, dari urusan perkerjaan, berubah kepada penyatuan mereka. Dari konflik kehidupan, mendorong kepada perkahwinan yang langsung tak dirancang.

Namun, dia gembira. Entah kenapa dia gembira.

Keluarganya bahagia. Tetapi, semua nikmat itu bagai ditarik seketika ketika mata menyaksikan peristiwa yang bagai memakan isi hati, menyimpan dendam dalam diri.

"Apa ni Ayla Nurisyaa!" Erat genggamannya pada lengan Ayla, memberi rasa pedih pada lengan kecil itu.

Kedua-duanya mengalirkan air mata.

Ayla geleng kepalanya berkali-kali. Menafikan apa yang disaksikan semua mata dihadapannya.

"A-Abang.. Syaa t-tak buat.. t-tu bukan Syaa!" Tangannya cuba menggapai tangan Harriez tetapi cepat saja tangan kekar itu menolak.

"Apa lagi kau nak kata?! Aku tak buta lah bodoh!" Cepat saja tapak tangannya menampar pipi mulus isterinya. Seakan dipukau, dirinya langsung tidak menyedari. Seakan-akan dirasuk dendam dan amarah.

Puan Sri Halina dan Haisya kedua-duanya mengalirkan air mata. Tak sanggup dia melihat. Bukan tidak mahu membantu Ayla, tetapi mereka juga kecewa. Kecewa dengan kebenaran di depan mata.

Ayla memegang kejap pipinya. Rasa pedih cuba diabaikan.

"A-Abang, itu bukan Syaa. Tolong lah percaya. Itu bu--" Terhinjut-hinjut bahu cuba menjelaskan. Percakapannya terhenti tika rasa sakit di kulit kepala. Rasa bagai urat rambutnya ingin tercabut dari kulit kepala bila Harriez bertindak mencengkam kuat menarik rambut panjangnya.

"Munafik! Arghh! Tak guna! Bodohh!!" Diri bagai dirasuk, kuat Harriez menolak tubuh Ayla hingga terjatuh disofa kosong bersebelahan Puan Sri Halina.

Tetapi sedihnya, Puan Sri Halina bertindak bangun dari sofa dan langsung membantu Ayla. 

"A-Abang.." Tak henti air mata mengalir, sebelah tangan memegang perutnya yang membesar manakala sebelah tangan lagi menahan di permukaan sofa.

"Mummy tak sangka.. mummy kecewa sangat. Maaf.." Puan Sri Halina melangkah pergi dari situ dengan air mata. Haisya juga mula bangun sama.

"Ayla Nurisyaa binti Tuan Arash--"

"Abang tolong! Tolong jangan... Syaa merayu.. sumpah itu bukan Syaa. Tolong abang.." Ayla melutut memegang kaki suaminya bila nama penuhnya dilafazkan. Tahu apa yang bakal dikatakan Harriez.



"THE MIND REPLAYS WHAT THE HEART CANNOT DELETE"



























Haii! Pulihkan Dia kembali berwajah baharu! Cover lama ke baru lagi lawaa? Yang baru ni nampak macam cerita horror😭 tapi tak eaa. Cerita ni action romance!

Okeyy ke prologue tuu?😙 Agak-agak kebenaran apa yang diorang jumpa? Ini bukan sikit, memang banyak juga perubahan cerita ni but plot twist utama dia tak de ubah huehehe

Nak tahu tunggu next update okieess

Please vote to keep my confidence to update😭🥰

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pulihkan Dia - Ayla Nurisyaa | OGWhere stories live. Discover now