Zyan Rafael terjaga dari tidurnya apabila mendengar bunyi tangisan.Suara tangisan itu sangat di kenalinya.Tidak lain tidak bukan suara itu suara isterinya.Melihat ruang di sebelahnya kosong terus dia bangkit dari katil dan mencari kelibat tubuh kecil isterinya.
Matanya terpaku pada sofa yang terletak di dalam bilik tidur mereka, setelah mendengar suara tangisan isrerinya dari arah itu.Dia menghampiri tubuh kecil itu yang sedang memeluk satu bingkai gambar.Mata isterinya tertutup rapat namun tangisannya kedengaran.
"Sayang." Panggil Zyan Rafael dengan lembut berserta tangannya yang sudah naik kewajah isterinya yang basah dengan airmata.Dahinya berkerut setelah merasa dahi isterinya panas.Sah isterinya demam.Patutlah menanagis.
"Hye sayang, bangun dulu." Ucap Zyan Rafael lagi.
Alya membuka perlahan matanya.Melihat saja wajah kacak suaminya,esak tangisnya bertambah kuat.
Zyan Rafael sudah memasang wajah risau.Dia mula mengangkat tubuh kecil isterinya dari sofa menuju ke katil mereka.Sampai sahaja di atas katil,tubuh kecil yang tersarung pijama itu di selimuti hingga ke paras dada.
Setelah itu Zyan Rafael berlalu ketingkat bawah ,tidak lama kemudian dia kembali dengan membawa semangkuk air berserta tuala kecil.Dia duduk di birai katil dan mula meletak tuala kecil tadi kedahi bersih isterinya.
"Kenapa tak bagitahu sayang sakit.Sanggup tahan macam ni.Nasib baik abang terbangun." Ucap Zyan Rafael dengan lembut.
"Hiks Liya taknak kejut abang,abang mesti penat.Hiks hiks hiks."Balas Alya dalam tangisannya.
"Ya Allah sayang,abang okay jee.Sayang kena bagitahu abang,sayang sakit.Kalau tak macam mana abang nak tahu.Ni tiba-tiba demam ni kenapa?ada makan apa-apa tak sebelum tidur tadi?sebelum tidur tadi Sayang okay jee."Ucap Zyan Rafael lagi.
Alya yang terbaring lemah itu hanya menggeleng kepala sambil menatap wajah kacak suaminya yang sedang duduk.
"Abang hiks abang tidurla, Liya okay.Hiks maaf buat abang terjaga."
"Sayang minta abang tidur dengan keadaan sayang macam ni?sayang ingat abang masih boleh tidur ke lepas tengok isteri abang sakit macam ni?hmm?"
"Hiks hiks tapi esok abangkan kerja, Liya takut abang tak cukup rehat hiks hiks hiks."
Zyan Rafael memejam matanya seketika sebelum bersuara.
"Sayangggg,abang lagi takut tengok sayang sakit macam ni.Abang boleh cuti sayang.Sayang boleh tak fikir diri sayang dulu sebelum fikir orang lain.Sayang tengah sakit ni.Jangan banyak fikir,fokus diri sayang dulu."
"Maafkan Liya.Liya ni tahu menyusahkan abang jee hiks.Liya tak mampu nak tolong abang.Liya tak layak dengan abang.Abang sempurna."
"Qaisara...abang dah pesankan jangan sebut perkataan menyusahkan tu lagi depan abang.Abang tak sukakan.Kenapa degil sangat ni?"
Alya tidak lagi membalas,dia hanya menangis hingga dia merasa tubuh kecilnya di tarik masuk kedalam pelukan suaminya.Wajahnya di rehatkan di dada sasa suaminya.
"Abang bukan marah,abang just pesan.Sayang tanggungjawab abang,kalau bukan abang siapa lagi nak jaga sayang.Menyusahkan,susahkan tu semua tolong jangan sebut.Abang tak suka.Sayang nak apa-apa bagitahu abang,sayang sakit bagitahu abang.Semua benda sayang bagitahu abang.Jangan pendam."
Alya hanya menangis di dada sasa suaminya hingga baju t shit hitam milik suaminya basah dengan airmatanya.Dia akan menangis jika dia di serang demam panas.Tambah lagi dia sangat merindui kedua orang tuanya dan juga neneknya yang sudah lama meninggal dunia.Dia merasa terlalu rindu.
"Stop nangis please sayang.Abang risau.Sakit sangat ke?hmm?kalau sakit sangat kita pergi hospital"Ucap Zyan Rafael lagi.
Alya menggeleng kepalanya.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romance🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...