ABANG Reez menang perbicaraan tu. Dan Zahir tak puas hati dengan kekalahannya.
Aku?
Aku peduli apa! Kekalahan Zahir memang lagi kepuasan bagi aku.
Yang menggandakan kemenangan aku adalah, bila Abang Reez failkan saman pula terhadap Zahir. Sebab Zahir dah memfitnah Abang Reez dan buat Abang Reez tak boleh pulang ke Florida. Saman itu sebagai ganti rugi ke atas kerugian yang ditanggung Abang Reez.
Hasilnya, Zahir diperintahkan membayar tiga puluh ribu ringgit kepada Abang Reez.
Aku pun apa lagi. Memang bersorak cha-cha-cha la.
Zahir berbulu aje tengok aku berjalan keluar dari mahkamah dengan dipimpin tangan oleh suamiku. Berdendam tak kira mamat tu. Tak tahulah apa lagi plan dia lepas ni untuk jatuhkan kami.
.
.
.
PULANG dari kelas petang Jumaat itu, yang pertama-tama sekali aku cari adalah suamiku.
"Abang." Kupanggil-panggil dianya.
Sambil-sambil berjalan pantas, aku membaca sepintas lalu tulisan di atas kad jemputan di tanganku. Lagi dan lagi. Kugenggam lebih kuat itu hingga berkeronyok. Teruja!
Aku sudah tersengih-sengih sendirian. Tidak sabar benar mahu penuhi jemputan yang di dalam kad ini. Kepala sudah duk imbas-imbas muka kejadian yang belum berlaku.
Sesekali aku berlari-larian bila rasa lambat sangat nak dapat jumpa suamiku itu.
"Hah, Sara? Kenapa ni?" Mama baru muncul dari dapur dan terus menangkap tanganku.
"Mama, Abang Reez mana, ma?" Aku menyambut tangan mama dan menghentikan kaki, tapi tak sabar-sabar mahu meneruskan langkah.
"Abang? Ada dekat biliklah, tengah tengok bibik pack-pack barang abang."
"Pack barang? Abang nak balik Florida dah ke?"
"Lah, Sara tak tahu?"
"Eh? Abang kan dah kata nak balik Florida lepas Sara habis belajar nanti?"
Berkerut dahi mama. Tapi aku dah semakin tidak sabar untuk tahu duduk berdiri perkara sebenar.
"Tak apalah, Sara tanya abang sendiri." Aku lepaskan tangan mama dan sambung berlari. "Bye, ma!"
"Kejap lagi dinner, Sara dengan abang turun makan sama-sama, ya? Papa balik awal hari ni untuk dinner sekali malam ni." Mama menyempatkan diri melaung untuk kali terakhir.
Aku lambai-lambai tinggi saja tanganku tanpa membahas apa-apa mengenai permintaan wanita itu.
Aku berlari melangkau tiga anak tangga untuk satu tapak sebelum langkau tiga anak tangga lagi.
"Abang! Abang! Abang!" Aku sudah mula menjanakan suara sopranoku. "Abang!!!"
Di hujung laluan sana, nampak Abang Reez mengjengul kepala di sebalik pintu bilik kami. Dahi lelaki itu berkerut dan bibirnya menyebutkan nama aku.
Aku lambai-lambai dia lagi agresif. Beg kuliah yang berada di belakang badanku, melambung-lambung di atas punggungku.
Barulah seluruh tubuhnya keluar sama ke laluan berkarpet biru itu. Berdiri dia di situ mahu tahu apakah jadahnya jerit pekik isteri dia ni.
"Abang!" Aku melompat dan terus peluk tengkuk dia.
Malang nasibku. Gara-gara kependekanku, kakiku tak berjaya cecah lantai.
YOU ARE READING
STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]
RomanceKalau aku mati, adakah dia pun akan mati sekali? - QAISARA