PROLOG

113 9 0
                                    

"JANGAN lupa call kalau dah sampai."

Lia tersenyum nipis apabila mendengarkan voice note yang diterima. Jarinya laju menari-nari di atas skrin telefon pintar miliknya, menekan nombor telefon milik tunangnya Zayyan, sebelum telefon pintar tersebut ditekapkan ke telinga yang terlindung di sebalik shawl berwarna beige. Senyuman terukir nipis sebaik sahaja suara jejaka pujaannya itu menyapa pendengaran.

"Baru sahaja sampai. Tengah tunggu Mikael datang ambil. Awak dah makan?" ucapnya lembut. Mendengarkan setiap butir bicara dan soalan demi soalan yang diberikan Zayyan kepadanya membuatkan dia tertawa halus.

"Ya, awak pun sama. Jaga diri," katanya sambil mata melilau sekeliling.

Mencari-cari jikalau Mikael sudah datang untuk menjemputnya di airport tersebut. Ternyata gerangan yang dicari itu tiba-tiba sahaja muncul ketika dia sedang ralit mendengar bebelan Zayyan. Tangan kirinya diangkat rendah ke arah Mikael apabila lelaki muda itu berjalan ke arahnya.

"Mikael dah sampai. Saya end call dulu, boleh?"

Kepalanya diangguk-angguk kecil diiringi senyuman nipis yang dituju kepada Mikael. Lelaki itu turut tersenyum manis.

"Take care of my parents. Oh, Bubu juga," pesannya kepada Zayyan sebelum dia menamatkan panggilan. Telefon pintarnya disimpan ke dalam beg sandangnya sebelum dia bergerak beberapa langkah ke hadapan, ke arah Mikael.

"Sorry, Zayyan call tadi. Dia kirim salam."

Mikael mengangguk kecil lalu tersenyum lagi sambil bibirnya terkumat-kamit menjawab salam yang dikirim Zayyan. Luggage merah jambu milik Lia diheret mendekatinya.

"Sorry juga lambat sampai. Susah cari parking tadi," katanya lalu mula berjalan diiringi Lia.

Gadis itu hanya mengangguk kecil. Kakinya diatur perlahan mengiringi langkah Mikael menuju ke arah kereta yang diparkir. Setelah sampai, beg bertayar empat itu diangkat dan dimuatkan ke dalam bonet kereta. Kemudian, Lia dan Mikael mula meloloskan diri ke dalam perut kereta putih milik Mikael.

Beberapa ketika, keempat-empat tayar kereta tersebut mula bergerak serentak keluar dari kawasan parkir.

Lia membuang pandang ke luar tingkap sambil melihat setiap inci kawasan yang terlintas pada pandangannya.

Malaysia. Sebuah negara yang menjadi tempat kelahirannya sekitar 28 tahun yang lepas. Sebuah negara yang indah di mana rakyatnya yang terdiri dari berbilang bangsa dan kaum serta agama. Sebuah negara indah yang sudah pasti mampu memberi kenangan terbaik kepada setiap derapan kaki yang melangkah.

Sudah hampir 3 tahun dia tidak menjejakkan kaki di negara bertuah ini. Semenjak kematian datuknya 3 tahun yang lepas, Lia dan kedua ibu bapanya mula berpindah ke United Kingdom, negara asal bapanya. Di situlah dia mula berkenalan dengan seorang jejaka Malaysia, yang bekerja sebagai arkitek. Jejaka yang berjaya menambat hatinya melalui personaliti yang menarik. Peribadi yang dimiliki Zayyan itu sudah mampu membuatkan dirinya jatuh ke dalam dakapan asmara jejaka tersebut yang akhirnya membawa mereka kepada tali pertunangan. Jejaka yang berasal dari Selangor itu turut bekerja di United Kingdom, tidak jauh dari tempat tinggal Lia dan keluarga.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Itulah perumpamaan yang sesuai jika hendak dibandingkan dengan kehidupan Lia sekarang. Walau sudah menetap di United Kingdom beberapa tahun, dia akhirnya kembali berkhidmat sebagai seorang director di negaranya sendiri.

"Saya nak minta maaf kalau Ikmal menyusahkan awak," kata Mikael tiba-tiba memecah kesunyian.

Lia mengalihkan wajahnya melihat ke arah Mikael yang berada di bahagian pemandu. Sisi wajah lelaki itu dilihat sekilas sebelum dia melihat ke hadapan.

"It's okay. Saya dekat UK pun tiada kerja nak dibuat selain buat illustration," balasnya. Mikael tersenyum nipis tanpa melihat ke arah gadis yang berada di sebelahnya itu.

"Minggu ni schedule kosong so awak boleh nikmati hari-hari di sini. Lepaskan rindu orang kata," kata Mikael sehingga membuatkan Lia ketawa halus.

Kepalanya diangguk-angguk kecil.

"Awak dah hantar emel kepada Adam untuk maklumkan bahawa kita tukar director?"

"Sudah. Ikmal minta saya terus hantar sebelum saya berlepas ke sini." Mikael mengangguk kecil. Sepi mula mengambil tempat kembali.

Lia juga mula hanyut kembali ke dalam lamunannya yang tidak pernah berkesudahan. Radio yang memutarkan lagu trending bergema memecah kesunyian mereka berdua. Sesekali Mikael mengangguk-angguk kecil kepalanya mengikuti rentak lagu yang diputar.

"Awak tahu siapa yang akan jadi tetamu kita nanti? Ikmal dah brief dengan awak ke?" Soal Mikael sekali lagi mematikan lamunan Lia.

"Tak. Ikmal hanya beritahu yang kita akan temu ramah artis di bawah manager Adam."

"S. Fiqri. Awak kenal?" Soal Mikael, membuatkan kening Lia mula bertaut rapat. Mikael di sebelah dipandang lama.

"Penulis yang tengah famous di Malaysia sekarang. Buku dia yang latest... Bunga di Hati jadi bualan hangat sekarang," sambung Mikael lalu memandang ke arah Lia sekilas.

"S. Fiqri, author Falling for You Again yang pernah viral hingga ke luar negara, bukan?"

Mikael mengangguk laju. Senyuman nipis mekar di bibir sebelum bertanya, "You know him?"

Lia hanya mengangguk kecil. Tidak mahu menjawab soalan itu. Dia tidak mahu sesiapa tahu mengenai hubungannya dengan penulis yang sudah terkenal itu. Bukan suatu aib tetapi tidak ada keperluan untuk mereka tahu mengenai itu.

"Team kita dah tak sabar nak jumpa dia hujung minggu ini," kata Mikael.

"Why?"

"S. Fiqri kan penulis yang misteri. The masked guy yang tiada orang tahu bagaimana rupa di sebalik pelitup muka yang sering dipakai. Nak tengok mata pun susah apatah lagi wajah penuhnya." Mendengarkan itu membuatkan Lia tersenyum nipis.

Lelaki itu. Sangat merendah diri. Tidak berubah semenjak mereka di bangku sekolah. Sudah menjadi terkenal pun masih tetap sama.

Al-Haya'.

Sifat malu yang perlu ada pada setiap umat Islam. Dan sifat inilah yang ada pada Syed Fiqri. Sifat yang ada pada diri lelaki yang telah membuatkan setiap degupan jantungnya berdetak dengan laju setiap kali mendengarkan sepasang nama itu. Tidak berubah. Sejak di bangku sekolah. Tidak pernah sekali hatinya tidak meronta apabila mendengarkan nama itu.

Bukan tidak mahu membuang rasa yang sudah lama sebati ini, namun rasa itu sendiri yang tidak mahu pudar. Walau sudah dilamun cinta dengan jejaka yang bernama Zayyan, hatinya tetap meratib nama Syed Fiqri apabila minda teringat.

Kejam kah dirinya jika begitu? Memikirkan lelaki lain walhal diri sudah terikat dengan tali pertunangan?

Lia mengeluh tanpa sedar. Apa yang dibicarakan Mikael di sebelah langsung tidak dia dengar.

"... and Ikmal kata nak brief schedule dan tugas dengan awak sebelum jumpa dengan S. Fiqri, this weekend?"

Lia memandang ke arah Mikael. Keningnya diangkat rendah.

"Oh, ya. Ikmal ada beritahu yang dia nak brief pasal tu lusa. It's nothing. Just beritahu apa yang dia dah buat dengan apa yang dia belum buat. Itu sahaja, I guess," balas Lia, cuba untuk menjawab apa yang ditanyakan Mikael tadi.

Lelaki itu mengangguk-angguk. Pandangannya kembali dihala ke depan. Fokus kepada pemanduan.

"So, awak nak balik chalet dulu atau nak pergi makan dulu?" Soal Mikael tanpa memandang ke arah Lia.

"Chalet?"

"Yes, team kita sewa chalet for 2 months sepanjang dokumentari berlangsung. And penggambaran juga akan dilakukan di area situ juga. Untuk jaga privasi S. Fiqri. Tapi, untuk first week, Adam dan S. Fiqri masih tinggal dekat hotel yang disewa dekat office kita," balas Mikael panjang.

Lia mengangguk kecil.

"Kalau macam tu, saya nak terus balik chalet. Nak rebahkan tubuh, penat." Mikael ketawa halus mendengarkan itu seraya mengangguk kecil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE SECOND LETTER (FREE EBOOK)Where stories live. Discover now