Di London...
"Akak, akak okay ke? Rissa tengok muka akak pucat je." kata Marissa setelah melihat wajah pucat kakak iparnya itu.
Belum sempat membalas kata dari adik iparnya itu, tekaknya terasa loya lalu bangun dan menuju ke arah tandas.
'Uwerkk! Uwerkk!'
"Akak okay ke ni?" tanya Marissa sambil mengusap belakang badab kakak iparnya itu.
"Akak tak tahu. Tekak akak tiba-tiba rasa loya..." balas Maisara dengan lemah.
"Sekejap...Rissa panggil abang Taqim dulu." kata Marissa lalu memimpin kakak iparnya ke arah katil dan dIa keluar mencari Mustaqim.
"Abang Taqim...kak Sara sakit. Jom kita hantar kak Sara pergi klinik." kata Marissa lalu menarik tangan Mustaqim.
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Di klinik...
"Akak...doktor cakap apa dengan akak?" soal Marissa setelah melihat pintu bilik rawatan dibuka dari dalam.
"Akak okay. Doktor cakap...akak muntah sebab pembawakan budak. Akak pregnant 2 weeks." balas Maisara dengan nada yang ceria.
"Akak...Taqim ambil ubat untuk akak dulu." kata Mustaqim lalu bangun dari kerusi dan menuju ke arah menuju ke arah kaunter untuk mengambil ubat kakak iparnya.
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Pulang saja dari klinik, Maisara di suruh masuk ke dalam bilik terlebih dahulu sementara menunggu adik iparnya membuat air untuknya.
"Akak...boleh Rissa masuk." ujar Marissa setelah masuk ke dalam bilik tidur kakak iparnya sambil membawa air di tangan.
"Masuklah." balas Maisara.
"Akak...boleh Rissa tanya 1 soalan? Akak beritahu dengan abang Riz ke tentang kandungan akak tu?" soal Marissa dengan ragu.
"Jangan beritahu dengan abang Riz. Akak tak nak dia tahu yang akak mngandung sekarang ni. Kalau dengan papa, akak izinkan Rissa beritahu." balas Maisara.
YOU ARE READING
Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...