BAB 12

10 0 0
                                    

AF dan citarasa muzik 90-an dia tu memang tak dapat dipisahkanlah.

Sejak tadi parti ini tak sudah-sudah dihavockan oleh lagu-lagu Inggeris tahun 90-an. Sekarang lagu Wannabe daripada Spice Girl pula bergema di pekarangan banglo empat tingkat ini.

Muzik high beat sedang menghypnotize warga pengunjung Taman Tun Dr. Ismail malam ini. Lantai tari sedang menerima impak Force bertalu-talu akibat kaki-kaki manusia yang melompat-lompat mengikut rentak lagu. Bijaknya jurutera yang telah mendesign lantai tingkat dua banglo ini, selepas berkali-kali parti diadakan di rumah ini pun lantai yang sama ini tidak pernah roboh atau paling kurang pun retak.

Seronoknya mereka tenggelam dalam dunia mereka. Jealous aku.

Aku?

Aku hanya dapat memerhati mereka dari pinggiran ini sahaja. Padahal selalunya aku yang ratu tari-menari di lantai kelab malam.

Apa boleh buat. Encik suami yang paling bersikap pelindung itu dah bagi syarat.

"Kalau Cinta nak abang izinkan Cinta pergi event-event macam tu, boleh. Tapi Cinta jangan menari-nari macam orang tak ketahuan. And no wine, no pil khayal."

Aku ni nak melawan? Aku? Heh, memang tak ah. Kang dia dah tak nak belanja aku bibir menggoda dia tu lagi. Meroyan pulaklah aku kejap lagi, langsung tak boleh tidur malam. Aku ni dahlah dah ketagih dekat bibir dia tu.

Penangan kucupan seorang Reez Isaac telah bikin aku terpukau. Jadi, nak tak nak aku kena patuhlah walau terkongkong macam mana pun aku terhadap larangan-larangan yang dia keluarkan.

"Qai, jomlah join sekali." Af muncul dari celah-celah keramaian itu dan menarik tanganku.

"Eh, tak boleh." Aku menolak tangan Af dan memasak kakiku keras di atas lantai. "Hubby aku tak bagi."

"Alah, hubby kau tak ada kat sini. Kau janganlah bagitau dia." Af menarik-narik lagi tangan aku.

"Aku... hmm." Aku mula ragu-ragu.

"Asal, babe?" Muncul Tina dan lain-lain di sini juga.

Af pandang Tina sekilas.

"Qai kata hubby dia marah dia menari. Dah tu, janganlah bagitau hubby. Tak adanya hubby tu tahu."

"Entah, babe. Tak payahlah bagitau dia."

Aku teragak-agak melangkah kecil satu tapak, tapi sesudah itu kembali terhenti.

"Apa, dia larang kau minum? Okey, so kau jangan minum. Setakat menari, nothing will hurt you. Dia takkan tahu."

"Haah. Kalau kau minum, mungkinlah dia akan tahu. Tapi kalau setakat menari..."

"Alah... pandai-pandailah kawtim, sis."

"Hurmm..." Hati dan akalku mula menjadi tak sekhufu.

Mereka sabar menanti aku mengubah kata putus. Af berkelip-kelip mata di hadapan aku. Comel.

Perlahan-lahan, aku gigit hujung bibir. Sengih sedikit.

"Kau orang pun janji jangan sebarkan, okey?"

Mereka berdecit hampir serentak. Tayang muka angkuh.

"Bukan member la namanya kalau tak boleh jadi partner in crime." Af mewakili mereka.

Hati aku semakin yakin mahu mengikut mereka, walau akal masih memikirkan kemungkinan ada antara pengunjung lain yang merakam aku.

Tapi...

"Mari kita berdansa!!!" Aku jerit semahunya. Julangan dua tangan tinggi di udara.

Meriah senyuman mereka. Puas hati.

Aku berlari ke tengah-tengah lantai tari dengan diikuti oleh mereka.

Hoyeah, dah lama aku tak jadi diri sendiri. Bila lagi, ya tak? Asyik hipokrit aje, kena buat benda-benda yang bukan jiwa aku. Sangat menderitakan.

Aku tiba di tengah-tengah lantai tari.

Bersama-sama Af dan lain-lain, aku keluarkan bakat yang telah lama aku pendam itu. Berdansa!

Aku gelak-gelak kegembiraan bersama-sama mereka.

Waktu itulah gegendang telingaku mendengar bunyi jeritan ketakutan seorang wanita. Aku dan semua yang sedang menari, terhenti di situ juga. Terpinga-pinga pandang belakang, masing-masing mahu lihat apa sebenarnya berlaku.

Dari celah-celah keramaian itu muncul satu individu berhoodie hitam dan berpelitup muka. Menyerbu kami dan membaling kek hari jadi Af tadi tepat ke arah mukaku.

Segalanya berlaku terlalu pantas. Kek itu menerobos udara menerpa aku. Aku tak sempat kerdip mata pun.

Sedar-sedar, kek itu sudah mendarat di dada Abang Reez. Dan bila tompokan kek itu jatuh ke lantai, sebilah pisau kelihatan sudah tertikam dada bidang Abang Reez sebelum pisau itu jatuh ke lantai.

Orang ramai berteriakan dan bertempiaran melarikan diri. Waktu itu barulah aku sedar dari rasa terkejut. Aku toleh-toleh sekitar melihat orang ramai ketakutan.

DJ mematikan muzik.

Aku kembali pandang Abang Reez. Membuak-buak darah keluar dari dadanya.

"Abang!" Aku cemas.

Dia masih memegang tanganku. Tanganku yang dia tarik sewaktu kek Af tadi hampir menghentam wajahku.

Aku tekap dada yang cedera itu. Kemeja putihnya sudah mula berlumuran dengan darah.

Maknanya dalam kek itu memang ada pisau? Individu berhoodie itu memang sengaja mahu cederakan aku?

Siapa dia?

Aku pandang sekitar dan cuba mencari individu itu.

Tapi kelibatnya sudah tiada. Aku sendiri tidak perasan bila masa dia larikan diri.

Siapa individu tu? Zahir ke?

"Abang dah cakap, Cinta." Abang Reez yang kesakitan itu menarik perhatianku.

Aku pandang dia.

Dia tunduk mengutip pisau di lantai. Berdiri semula, dia pandang aku dengan dahi berkerut tahan sakit.

"Abang dah cakap jangan datang parti ni."

Aku diserang kerana aku ingkar larangannya? Itukah algorhythm yang sebetulnya?

"Tak apa, tak apa. Sekarang kita pergi hospital dulu." Aku enggan fikir hal lain.

Dia lebih penting sekarang ni.

Aku pimpin dia pergi dari situ. Terlampau susah hati fikirkan lelaki ini, sampai aku terlupa minta diri pada Af dan yang lain-lain.

STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]Where stories live. Discover now