BAB 13

8 0 0
                                    

"CINTA tunggu abang kat luar ni aje." Abang Reez menegah aku mengikutnya ketika aku cuba masuk sekali dalam unit kecemasan.

Aku mengalah tanpa berhajat berdebat mempersoal tujuan dia berbuat begitu. Di muka pintu itu aku berhenti melangkah. Aku hantar dia dengan pandangan. Pandang dia untuk kali terakhir sebelum pintu unit kecemasan itu tertutup dan menghalang pandanganku terhadap lelaki itu. Aku berganjak lesu ke ruang menunggu.

Kepalaku kusut, memikirkan siapa pulalah yang cuba cederakan aku tadi.

Aku ingatkan konflik dah habis bila Abang Reez menang perbicaraan ke atas Zahir. Tapi rupanya musuh semakin agresif pula mengsasarkan aku. Serangan secara terus, tanpa berlindung-lindung lagi seperti sebelum ini.

Dengan satu nafas penat aku duduk di ruang menunggu. Aku benci perasaan ni, tapi pesanan Zahir tempoh hari, sewaktu dia tewas perbicaraan, dengan insistnya bergema-gema dalam kepalaku walau sehabisnya kuhalau.

"You akan tahu juga suatu hari nanti betapa jahatnya suami you tu, Qaisara. Dia sanggup buat apa aje demi ego dia."

Aku garu kepala dengan kasar. Hingga rambutku jadi tak terurus.

Ego Abang Reez? Ego dia cumalah bila aku langgar larangan dia. Ada kaitankah dengan serangan tadi?

Macam mana dia tahu aku akan diserang di parti itu? Macam mana dia tahu ada pisau dalam kek itu?

Argh... kenapa datang persoalan ni dalam kepala aku ni? Pergi main jauh-jauhlah, suami aku tak selicik yang difikirkan!

"Qai." Seseorang di belakang memegang bahu aku.

Suara Af.

Aku berpaling.

"Hubby kau tak apa-apa ke?" Dia yang lebih pantas menyapa, sebelum aku sempat bertanya tentang dia.

Tak sangka pula dia ikut kami.

"Hmm..." Aku angguk kecil sahaja menjawab soalannya.

Af beralih. Ambil tempat di sebelahku. Duduk di situ. Dipegangnya lagi bahu aku. Ditepuk-tepuknya perlahan.

"Kau ada syak siapa-siapa ke?"

"Entahlah." Itu sahaja yang boleh aku jadikan jawapan. "Macam Zikri, tapi macam tak juga."

"Zikri lumpuh, tapi orang yang serang kau tadi tu boleh berjalan normal."

Aku diam kekusutan.

"Oh, ya." Af betulkan duduknya. Kini sepenuhnya menghadap aku. "Bagus betullah hubby kau. Instinct dia betul. Tepat-tepat waktu orang tu nak serang kau, hubby kau sampai. Aku sendiri pun tak tahu tau, dalam kek tu ada pisau."

Nampak, Af pun fikir sama macam yang aku fikir.

Dan aku yakin, semua yang ada di parti tadi pun fikir perkara yang sama.

Aku raup-raup wajah. Sesudah itu kaku dengan keadaan wajah tertunduk memandang lantai. Berfikir deras.

Af perhati saja satu demi satu bahasa badan aku ini.

"Sweet aje. Barulah betul hero sejati. Datang menyelamatkan cinta hatinya di waktu yang tepat. Jealous aku tengok kau orang."

"Hmm..." Aku tiada selera mahu berbedtime story. Hanya mendengar tanpa menokok tambah.

"Aku rasa dia memang betul-betul cinta mati dekat kaulah, Qai. Lain betul cara dia jaga kau. Cara dia pandang kau pun lain. Penuh cinta. Lembut aje mata dia setiap kali dia pandang kau. Redup aje. Macam tengah pandang ciptaan Tuhan yang paling dia kagum and paling cantik."

Aku menggeleng. Kalau boleh aku nak dia berhenti berkayangan begitu. Tapi risau juga kalau dia kecil hati.

Tapi aku memang betul-betul tak ada mood ni. Lagi Af berkayangan, lagi aku susah hati fikir nasib aku.

Adakah Abang Reez sebenarnya obses? Cemburu yang melampau sampai tak mahu berkongsi aku dengan orang lain? Sebab tu dia rancang kecelakaan tu bila aku langgar arahan dia, supaya aku tak berani dah buat hal tu. Supaya aku boleh ikut saja arahan dia. Berkepit 24 jam dengan dia, jadi hak milik total dia.

Aduh, tapi!

Ya, ada tapinya.

Aku tak sampai hati betul nak tuduh Abang Reez. Macam jahat sangat kalau dia boleh buat semua tu. Macam terlampau selfish.

Lepas ni apa?

Abang Reez akan pulang ke Florida. Berapa banyak arahan yang akan dia keluarkan pada aku nanti? Berapa panjang kertas kajang berisi arahan dan larangan yang akan aku dapat daripada dia nanti?

"Qai? Kau okey tak ni?" Bahuku digoncang-goncang perlahan.

Aku tersedar. Angkat kepala pandang Af.

Dia nampak risau.

Aku hembus nafas berat. Menggeleng.

Diam Af.

"Mungkin aku dah gila, tapi aku syak Abang Reez sendiri yang plan scene tadi."

"Holy..." Af tak habiskan rasa terkejutnya melalui lisan sebaliknya menyambungnya dengan menekup tangannya ke mulut. Matanya membuntang.

Aku angguk tanpa memandang dia. Aku raup lagi wajah. Dan mengeluh.

"Kau sendiri pun tak tahu dalam kek tu ada pisau. So macam mana Abang Reez tahu? Then waktu dia nampak mamat berhoodie tu nak tekup kek tu ke muka aku, apa yang buat dia urge bahawa 'keadaan sedang dalam bahaya'? Apa motivasi dia? Atas dasar apa dia fikir aku dalam bahaya hanya dengan melihat pada kek tu, kalau dia tak tahu dalam kek tu ada pisau? Aduh, kau faham tak apa aku cuba bagitau?" Aku sendiri tak tahu apa aku cakap.

"Faham!" Af angguk laju. "Aku faham..."

Dia masih dalam fasa terkejut. Memandang setiap perlakuan aku tanpa lepas.

Aku terima saja bahasa badannya itu.

Tak, dia tak melebih-lebih. Dia tak exaggerate.

"Kau orang sendiri tahu, dia terlampau protective dekat aku. Dari dulu lagi. Dia larang aku buat itu ini. Benda kecil pun dia boleh besar-besarkan. Sampai kadang-kadang aku rasa dia tu over."

"Tapi kau wife dia, Qai." Af membantu aku berfikir waras. "Takkan dia sanggup nak cederakan kau atau diri dia. Dia sendiri sampai luka teruk kut. Dekat dada pula tu. Bahayalah."

Itulah yang lebih buat aku serabut!

"Betul, Af! Lepas tuduh dia, aku juga rasa yang aku ni yang overthinking! Argh..." Aku garu-garu kepala dengan keras.

Hampir menjerit aku di situ.

"Okey, okey. Sekarang biar aku hantar kau balik rumah." Af bingkas. "Kau tak stabil ni. Better kau rest. Karang lagi banyak fikiran buruk datang dekat kau."

Af betul. Aku pun rasa begitu juga.

Af pegang tangan aku. Pinta aku bangun.

Aku hela nafas dalam dan atur pernafasan.

STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]Where stories live. Discover now