𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟓

158 22 5
                                    

PUAN HANIS menggulingkan matanya ke atas apabila melihat sosok tubuh Hani yang masih lagi tidak sedarkan diri. Tangannya dikibas-kibas ke udara. Panas! 

"Tak mati lagi rupanya betina ni. Ingatkan dah mampus awal." 

"Hanis, jaga mulut awak tu boleh tak? Hani ni anak awak tau. Apa yang kejam sangat awak ni? Orang tengah sakit, boleh pulak awak cakap pasal mati. Sedar diri sikit dengan umur awak tu!" Hembur Tuan Raif kasar. 

Kurang sopan benar isterinya itu. Ini kalau ada cabai sudah dia sumbat masuk dalam mulut Puan Hanis. 

"Betul lah apa yang saya cakap. Betina macam ni elok mati awal. Tak adalah kerja asyik nak menyusahkan orang je! Baru sakit sikit, dah terus kena warded. Lemah betul! Kalau orang lemah macam ni, patutnya memang bagus mati dari awal. Tak payah nak hidup lagi!" 

Satu tamparan hebat dilayangkan pada pipi Puan Hanis. Bergerak-gerak rahang Tuan Raif apabila tangannya masih rasa pijar akibat tamparan itu. 

"Ouh, dah berani tampar saya sekarang? Hanya disebabkan budak pembunuh ni, sanggup awak tampar saya, Raif! Awak sedar tak apa yang awak cuba buat sekarang? Saya ni isteri awak tau dan pembunuh ni hanya anak yang tak layak untuk duduk di rahim saya!" 

"Cukup, Hanis! Cukup! Kalau awak rasa awak terus menerus nak menghina Hani, lebih baik awak pergi. PERGI HANIS!" 

Akibat dari desakan Tuan Raif, Puan Hanis terus pergi tanpa menoleh ke belakang. Sebaik saja sosok Puan Hanis menghilang, Tuan Raif melepaskan nafas berat dan duduk kembali bagi menenangkan fikirannya yang kian serabut. Tangan milik Hani digenggam erat oleh Tuan Raif.

"Hani, macam mana Hani boleh jadi macam ni..." soal Tuan Raif sedih. 

Sungguh dia katakan yang dia terlalu rindu untuk bergelak tawa bersama Hani. Kalau dulu, Hani dan dia sangat rapat! Terlalu rapat hinggakan Hani ini seperti tempat dia mencari ketenangan. Tapi itu semua dulu...setelah kematiaan Hanan. Semuanya telah berubah seratus darjah. 

Tiada lagi gelak tawa mahupun bertegur antara satu sama lain. Sebaik saja Hani berkahwin, dia sudah berniat untuk tidak lagi ambil tahu tentang hal hidup dan mati Hani. Sampaikan dia lupa bahawa Hani masih anak perempuannya walau apa pun terjadi. Hanya Hani saja sekarang yang dia tinggal. 

"Baba dah abaikan Hani. Baba lupa semua semuanya hanya disebabkan keegoan baba. Baba mintak maaf, Hani." 

"Baba..." Panggil Hani sebaik sedar. Tangan hangat milik Tuan Raif membuatkan Hani sedar kembali dengan cepat. 

"Hani, Hani dah sedar? Hani masih sesak nafas ke? Hani nak baba ambikkan air?" 

Gelenggan kepala diberikan. Hani masih lagi belum rasa haus. Mata Hani masih lagi tidak lepas pada wajah Tuan Raif yang bengkak akibat menangis. 

"Baba, kenapa baba menangis?" soal Hani sambil usap air mata milik Tuan Raif yang tidak berhenti mengalir. 

"Baba dah banyak buat salah dengan Hani. Baba tinggikan ego baba sampaikan baba lupa pada Hani. Hani yang masih lagi memerlukan perhatian dari baba. Maafkan baba, Hani. Baba nak Hani tahu yang baba sayang sangat dengan Hani. Baba tak tipu." 

Kasih sayang Tuan Raif tiada tandingannya. Dia benar-benar mencintai gadis yang bernama Nuara Hani.

"Sikit pun Hani tak pernah ambik hati atas perbuatan baba. Hani faham kenapa baba layan Hani sampai macam tu sekali. Baba jangan risau. Kasih sayang Hani pada baba tak pernah pun habis. Hingga akhir hayat Hani, baba tetap cinta yang tulus buat Hani." 

"Terima kasih, Hani. Terima kasih masih sudi terima baba dalam hidup Hani." 

"Baba, kalau baba nak tahu, baba ni cinta pertama dan cinta terakhir Hani tau. Tiada siapa yang dapat tandingi kasih sayang baba pada Hani. Nanti kalau Hani pergi dulu sebelum baba, baba janganlah lupa sentiasa ziarah Hani. Hani takut sunyi." 

Terpejam kedua belah mata Tuan Raif apabila Hani menyebut soal kematiaan. 

"Jangan cakap pasal mati, Hani. Umur Hani masih panjang. Perjalanan Hani masih lagi di fasa awal. Masih banyak kebahagiaan yang Hani belum jumpa lagi. Tolong bertahan sikit lagi, Hani." 

"Tapi Hani dah penat baba. Hani penat sangat...lagi-lagi bila tengok mama yang masih lagi tak berhenti bencikan Hani. Apa yang Hani boleh buat untuk raih cinta mama balik? Hani nak mama sayang Hani macam dulu." 

Tuan Raif diam sejenak. Bagaimana dia mahu bantu raih cinta isterinya? Sedangkan dia sendiri pun masih lagi tergapai-gapai mencari cara untuk selesaikan masalah rumah tangganya. 

"Baba, Hani boleh tanya sesuatu tak pada baba?" 

"Boleh, Hani." balas Tuan Raif sambil usap kepala anaknya. 

"Baba masih sayangkan mama?" 

Sepi. 

Tiada sebarang jawapan yang diberikan pada Hani. Hani yang lihat reaksi Tuan Raif mula angguk kepala tanda faham. 

"Baba, Hani bukan lagi budak kecik yang merengak setiap malam kejutkan papa hanya semata-mata nak suruh baba masakkan untuk Hani. Hani sekarang dah besar baba. Anak baba ni dah jadi isteri orang pun. Jadi, kalau baba dah tak sayang pada mama dan kalau baba dah tak tahan hidup dengan mama, baba boleh lepaskan mama. Sekarang Hani nak baba fikirkan pasal diri baba sendiri. Jangan lagi fikir soal Hani. Segala keputusan baba, Hani akan setuju." 

"Baba mintak maaf kalau baba nampak macam tak pernah fikirkan soal diri baba. Tapi masjid yang kami bina, dah terlalu lama Hani. Baba sayang nak robohkan macam tu saja. Ya, baba tahu yang mama dah banyak sangat berubah. Tapi...baba percaya yang baba boleh ubah mama kembali. Mama jadi macam tu pun disebabkan baba. Jadi baba kena betulkan semuanya dari awal. Hani percayakan baba, ya?" 

Kerpecayaan. Ya, hanya itu saja yang Tuan Raif perlukan sekarang. Dengan kerpercayaan dari seseorang saja dia mampu terus melangkah untuk perbetulkan kembali hubungan yang sudah kian retak ini. 

"Hani sentiasa percayakan baba. Apa pun yang bakal jadi, Hani tetap ada dengan baba. Baba jangan putus asa, ya? Walaupun perangai mama tu sedingin ais batu, Hani percaya yang baba mampu cairkan dengan kasih sayang baba." 

"Terima kasih, Hani." 

Bibir Tuan Raid mendarat pada dahi bersih milik Hani. Rasa terubat rindu Hani apabila rasa kehangatan ciuman Tuan Raif. 

"Sekarang baba nak tanya Hani pulak. Macam mana boleh jadi macam ni? Kata Naqib, Hani termakan nanas. Betul ke? Hani ni mesti lupa kan yang Hani tu tak boleh makan nanas. Nak kena marah dengan baba macam dulu ke?" Tegur Tuan Raif. 

"TERmakan? Itu yang Naqib beritahu pada baba?" 

"Ya. Hani termakan nanas dalam masakan dia." 

Hani meletuskan tawa kecilnya. Entah mengapa dia terasa lucu melihat permainan Naqib yang tiada habisnya. Jadi memang benar yang Naqib memang mahu membunuhnya. 

'Kau dah selangkah masuk dalam mulut harimau, Hani...'

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now