Bab 15

292 31 1
                                    

BEBERAPA minit berlalu dalam kesunyian ketika Elnara membersihkan luka-luka di wajah dan lengan Hakim. Dia cuba mengawal perasaan yang bergelora dalam hatinya. Sambil melilitkan perban di lengannya, dia akhirnya bersuara perlahan.

"Awak selalu push diri awak sampai macam ni?" soalnya, cuba menahan nada emosinya.

Dengan mata yang terpejam, Hakim tersenyum sedikit. "It's part of the job, El. Tapi... saya tak sangka, saya akan dapat juga jumpa awak."

Gadis itu cuma mengetahui bahawa dia terlibat dengan kemalangan disebabkan kerjanya. Tapi tidak Elnara ketahui tentang kerja yang dilakukan Hakim.

Elnara mendengus.

"Awak bertuah saya yang jaga awak. Kalau nurse lain, mungkin tak sesabar ni."

Hakim ketawa kecil, meskipun kesakitan jelas di wajahnya. Tidak menyangka Elnara yang sudah lama tidak ditemuinya, membina jurang yang tinggi antara mereka akhirnya boleh berbicara dengannya seperti biasa ketika ini.

"Saya tahu awak takkan biarkan saya macam ni, sebab awak peduli."

Elnara memutar matanya, walaupun dalam hati, dia tahu Hakim mungkin ada benarnya. "Tak payah nak perasan sangat. Saya cuma buat kerja saya, okay?"

Hakim mengangguk sedikit, pandangannya lembut.

"Kerja ke... atau sebab awak memang tak boleh biarkan saya macam ni?"

Elnara mengetap bibir, cuba menahan senyuman. "Ezra, just... stop talking and rest, okay? Jangan buat saya menyesal datang sini."

Hakim menarik nafas perlahan, masih menahan kesakitan. "Saya tahu saya pernah buat silap, El... but if you give me a second chance, I won't mess it up. I promise." Tatapan penuh berharap dilemparkan.

Elnara menghela nafas panjang, cuba menyembunyikan debaran di dadanya. "Kita tengok dulu. Jangan cakap besar sangat. Rest first, okay?"

Hakim memejamkan mata, tersenyum sedikit. "Whatever you say, my gorgeous nurse."

Bibir Elnara mengukir senyum kecil, walaupun dia cuba menyembunyikan perasaan yang timbul. Mungkin, setelah semua yang berlaku, dia boleh beri peluang kedua. Jika dia benar-benar percaya kali ini akan berbeza.

Sorotan mata Hakim memandang Elnara dari atas katil, dengan lengan yang masih berbalut, tetapi senyumannya tetap terukir. Tiba-tiba dia terfikirkan tentang permohonan maafnya tadi dan juga cara yang dia lakukan untuk mendekati gadis itu semula.

"El, kalau awak tak suka saya buat macam ni, saya boleh cuba dengan cara lain."

Elnara yang sedang sibuk menulis di meja berhenti seketika dan menoleh, matanya mengerling tajam.

"Cara lain? Kalau awak cakap nak minta maaf, save it. I'm not in the mood."

Tawa kecil Hakim terletus walaupun perutnya masih sakit.

"Well, I wasn't planning to apologise. Saya cuma nak tahu, boleh tak awak bagi saya peluang untuk buktikan saya boleh jadi lelaki yang lebih baik untuk awak?"

Sebatang pen yang dipegang bagi mencatit di papan rekod keadaan Hakim, diletakkan ke dalam kocek seluar seraya wajahnya berpaling pada Hakim yang masih memandangnya dengan muka yang penuh berharap.

"Buat apa? Awak fikir saya ni mudah sangat nak dipujuk dengan semua ayat manis awak tu?"

"Eh, saya tak ada ayat manis, I'm just being honest," jawab Hakim, cuba menahan tawa. "Tapi kalau awak nak, saya boleh buat dengan pelbagai cara. Mungkin bawa awak pergi makan yang sedap-sedap? I'll make it worth your time, promise."

Bahagia Tanpa Ragu Where stories live. Discover now