"CEPATLAH bayar hutangnya. Alahai Jemah, kau pinjam pandai! Nak bayar tak reti pulak." Bebel Puan Aisyah sambil bercekak pinggang.
Jemah yang berdiri depan Puan Aisyah sudah garu kepala yang tidak gatal.
"Aisyah, kau bagilah aku sikit masa lagi. Tak miskin pun kau tu kalau aku bayar lambat! Tolonglah, aku betul-betul tengah kering sekarang ni. Tak ada duit lagi nak bayar hutang kau yang beratus-ratus tu."
"Dah tahu tak mampu bayar, buat apa pergi hutang dengan aku sampai beribu-ribu? Ini belum termasuk bunga lagi tau! Kau jangan main-main dengan aku Jemah. Aku ni memanglah kawan kau tapi hutang tetap hutang. In english we say, no late late!"
"Iya, Aisyah. Kau jangan risau. Minggu depan aku bayarlah. Halah! Kecoh jugak kau ni ya bila orang tak bayar hutang. Masa awal-awal kau jadi bank bergerak, sibuk desak aku suruh berhutang dengan kau! Kan aku dah tolak awal-awal tawaran kau tapi engkau yang paksa aku! Mana mahunya aku nak tolak banyak kali, rezeki!"
Puan Aisyah mencubit lengan Jemah.
"Ha, nak salahkan aku lah tu! Memang macam itulah kerja sebagai bank bergerak. Engkau apa tahu? Hesy, penatlah membebel macam ni. Dengan matahari tercacak atas kepala ni. Tak ada air ke kau nak tawar? Air kosong pun tak apalah. Haus ni!"
Tangan dikibas-kibas ke permukaan wajah. Sungguh memang panas ya Malaysia sekarang. Kalau sejuk, bukan main lagi sampai ke tulang boleh rasa! Kalau panas pulak dah macam azab! Ini baru panas dunia, kalau panas akhirat tak tahulah nak kata apa. Mahu bayangkan pun takut!
"Ini, air kosong sejuk je lah ya. Barang dapur aku baru je habis. Tak menyempat nak beli."
"Terima kasihlah, Jemah. Air kosong pun tak apa! Ini air kosong dari Coway ke?" soal Puan Aisyah sambil minum bagi membasahkan tekaknya yang kering seperti padang pasir.
"Iyalah, Coway. Murah-murah je. Tak macam kau, semua mahal!"
Terangkat kedua belah kening Puan Aisyah.
"Ini perli ke? Amboii, Jemah! Jangan nak perli sangat. Nanti aku naikkan bunga kau baru tahu." Ugut Puan Aisyah.
"Aduh, aduh, aduh! Janganlah naikkan. Kau tahu tak aku ni dah lah ibu tunggal. Anak pun tak ada, apatah lagi suami. Jangan begini. Kau tak sayang ke dengan aku yang muka penuh kecomelan ni?"
Sengaja Jemah mengedipkan kedua belah matanya. Puan Aisyah yang lihat sudah beri reaksi jijik.
"Kecomelan apa? Kejijikan adalah!"
Pecah tawa Jemah. Haduh, mulut si Aisyah ni memang tak ada langsung filter. Main tembak saja seperti peluru. Nak marah pun tak boleh sebab dia sudah terbiasa dengan segala perkataan yang keluar dari bibir si Aisyah.
"Aisyah. Menantu kau dah mengandung ke? Rasanya dah masuk lima bulan kan perkahwinan diaorang berdua?"
"Betul lah tu. Lima bulan sudah. Tapi sepanjang lima bulan, aku tak pernah nampak batang hidung diaorang melawat rumah aku. Aku pun tak fahamlah dengan anak muda zaman sekarang. Sibuk sangat ke sampaikan tak ada masa nak melawat keluarga sendiri? Gamaknya memang tunggu aku mati dulu kut baru si Naqib tu nak bawak Hani datang rumah." Luah Puan Aisyah kecewa.
Jemah menghela nafas lalu menepuk bahu sahabatnya.
"Janganlah sedih-sedih, Aisyah. Kau kenalah faham keadaan diaorang. Mungkin diaorang berdua sibuk sampai tak ada masa untuk datang rumah kau. Tak payahlah nak sedih sangat. Kalau kau sunyi, datanglah rumah aku. Rumah aku ni sentiasa menanti kedatangan kau. Kalau rumah ni boleh bercakap, gamaknya diaorang dah bersorak gembira bila nampak kau."
"Kau Jemah, bukan main nak melawak! Patutlah masih menjanda lagi. Kuat sangat melawaknya!"
Terusik hati Jemah apabila Puan Aisyah berkata perkataan 'Janda'.
"Aduh, kau ni. Janganlah sebut perkataan janda tu. Kesian aku. Aku ni walaupun dah jadi janda. Masih ramai dalam taman ni cuba nak pikat aku. Engkau apa tahu? SIbuk sangat kutip hutang!"
"Dah itu je kerja aku ada sekarang. Jemah, kalau kau nak tahu, bosan tau duduk dekat rumah. Nak tanam pokok dekat halaman rumah pun tak cukup ruang. Penuh sangat! Sebab itulah aku cari kerja baru iaitu menjadi bank bergerak!"
Jemah hanya tertawa saja sebelum kembali ke topik asal mereka berdua.
"Kau suka dengan menantu kau? Apa nama dia? Hani ya?"
Puan Aisyah angguk kepala.
"Ya, Nuara Hani namanya. Manis budaknya. Aku suka tengok waktu dia menikah dengan Naqib. Bersih! Tapi itulah kenapalah anak sulung aku tu buta sangat tak nampak kecantikan dan kebaikkan si Hani tu. Aku bukan apa Jemah, aku nak sangat dapat cucu dari diaorang dua. Tapi macam mustahil je. Naqib tu keras betul hatinya! Macam konkrit! Kesian menantu aku."
"Naqib masih bersedih pasal arwah Hanan?"
"Ya, masih lagi sedih. Aku tahu Naqib tu memang tulus sangat cinta dia pada Hanan tapi sampai bila Jemah? Hanan tu dah lama pergi. Sampai bila Naqib tu nak seksa diri sendiri? Nak terus menerus terperuk dalam kesedihan? Cubalah bukak pintu hati dia tu untuk Hani. Aku yakin, Hani dapat beri kasih sayang dan perhatian pada Naqib. Lebih dari apa yang arwah Hanan boleh buat."
Jemah juga bersetuju. Sewaktu dia datang ke majlis pernikahan Hani dan Naqib dapat dia lihat tatapan tulus Hani ketika itu. Tidak sedikit pun terlepas tatapan tulus itu pada Naqib. Tapi sayang, tatapan tulus itu langsung Naqib tidak pernah nampak.
Bodoh.
"Macam mana kalau satu hari nanti Naqib ceraikan Hani? Apa yang kau nak buat, Aisyah?"
"Aku akan halang Naqib. Aku tak kisah apa yang jadi sekalipun. Diaorang berdua tak boleh bercerai. Aku sayang Hani sama seperti aku sayang Naqib dan Raqib."
Bangga Jemah apabila melihat sahabatnya sayang benar pada anak menantu walaupun tiada pertalian darah sekalipun.
"Aisyah, jarang tau zaman sekarang aku nak tengok ibu mentua bela anak menantu sendiri. Beruntung Hani dapat ibu mentua macam kau ni. Kalau Naqib tak pernah bawak Hani datang sini, engkau lah yang pergi sana. Tidur rumah diaorang. Bawak suami kau sekali."
"Jemah, kau lupa ke? Suami aku tu sibuk orangnya. Balik pun tengah malam. Mana mahunya dia nak ikut."
"Kalau macam tu, kau pergi sorang sajalah. Duduk dua minggu atau sebulan dekat sana. Mana tahu dengan kehadiran kau dapat ubah suasana rumah tangga diaorang. Betul tak?"
Petikan jari kuat dibuat oleh Puan Aisyah. Lalu Puan Aisyah memeluk erat tubuh Jemah sempat bibirnya mengucup wajah sahabat baiknya itu.
"Kenapalah kau bijak sangat ni Jemah! Terima kasihlah sebab sudi bagi idea yang langsung aku tak terfikir. Maklumlah sel otak orang tua ni kadang-kadang mana berfungsi sangat."
"Halah, Aisyah. Ini idea aku dapat dari drama. Jadi aku nak suruh kau cubalah. Mana tahu menjadi. Kalau tak menjadi, aku masih ada banyak idea lagi untuk bantu hubungan anak menantu kau tu."
"Ugh, terima kasih Jemah! Kau memang Jemah yang terbaik dalam hidup aku! JEMAH!!!"
Kembang kempis hidung Jemah. Bahu milik Puan Aisyah disenggol lembut.
"Kalau macam tu, boleh kurangkan tak bunga hutang aku dengan kau?"
"TAK BOLEH!"
"Alaaaaaaaaaaaaaaaa, Aisyah!"
"TAK BOLEH, JEMAH! HUTANG ALWAYS HUTANG! NO DISCOUNT! FULL STOP!"
YOU ARE READING
BAHAGIA SYED NAQIB | OG
Romance𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐍𝐀𝐐𝐈𝐁 | 𝐍𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐈 Perkahwinan yang sepatuynya menjadi perkahwinan yang bahagia buat kedua belah pihak. Tetapi disebabkan kematian Nuara Hanan, semuanya menjadi gelap sekelip mata. Kebahagiaan itu bertukar menjadi kesedihan. ...