𝓣𝓪𝓴𝓵𝓾𝓴𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪𝓴𝓾 || 16

9 2 2
                                    

"Elisya Merlissa," suara hati Razaleigh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Elisya Merlissa," suara hati Razaleigh.

Beraninya Elisya menunjukkan dirinya lagi didepan Razaleigh. Tanpa melengahkan masa, Razaleigh terus jalan laju kearah Elisya.

"Berani kau pijakkan kaki jijik kau tu dalam pejabat aku," mata ditenung tajam perempuan yang sedang membelakanginya sekarang.

Elisya laju memusingkan tubuhnya apabila mendengar suara lelaki yang dia nantikan dari tadi. Wajah menayangkan senyuman, senyuman itu akan dilihat manis dihadapan lelaki lain dengan lesung pipit yang ada dipipi kiri.

Namun senyuman itu tidak manis sama sekali disudut pandangan Razaleigh, bagi Razaleigh itu adalah senyuman yang buruk baginya.

"Sayang..." Tanpa ada rasa malu, Elisya dengan mudah memanggil Razaleigh dengan panggilan itu. Tangannya dibawa ingin memegang lengan sasa milik Razaleigh.

Belum sempat tangannya meraih lengan Razaleigh, sepantas kilat Razaleigh menepis tangan Elisya itu. Kuat sehingga tubuh Elisya sedikit terundur kebelakang.

"You-"

"Tangan kau tak layak nak sentuh aku. Jangankan tangan kau, kaki yang kau berani bawa masuk dalam pejabat aku ni pun tak layak,"

"So," tangan meraih satu kain yang tidak jauh darinya. Razaleigh melipat sedikit kain sehingga menjadi bentuk segi empat dan dibawa kain itu pada tali handbag milik Elisya.

Dipegang tali handbag itu lalu ditarik hingga Elisya turut tertarik. Wajah Elisya terlihat panik dengan tindakan Razaleigh yang tidak dia jangka itu.

Sebegitunya Razaleigh terhadap dirinya sekarang, padahal dulu dialah gadis yang menjadi idaman seorang jejaka yang bernama Razaleigh Shah.

"Raz, apa yang you buat ni?!" Tempik Elisya dengan sedaya upaya cuba meleraikan tangan Razaleigh dari handbagnya.

"Don't you dare touch my hand with your dirty hands," ringkas, tapi cukup membuat hati Elisya panas.

Sampainya dihadapan pintu keluar, Razaleigh terus melepaskan tali handbag Elisya. Kain yang dipegang tadi terus dicampak kedalam tong sampah.

"This is the right place,"

Elisya melihat kearah tong sampah yang ditunjuk oleh Razaleigh.

"For you." Razaleigh tayang senyuman sinis, cukup puas hatinya sekarang dapat melihat wajah tidak puas hati Elisya Merlissa.

"How dare you, Razaleigh." Nampak yang wajah Elisya sekarang merah. Merah bukan kerana blushing tapi kerana marah.

"Yes, i am." Senyum yang sinis tadi terus hilang dari wajah Razaleigh dan sekarang wajah bekunya saja yang ada. Razaleigh melangkah setapak kearah Elisya, tidak dekat dan tidak juga jauh.

"Berambus." Halau Razaleigh.

Selepas kata-kata itu berjaya keluar, Razaleigh memusingkan tubuhnya berjalan masuk kembali kedalam. Santai Razaleigh berjalan dengan tangan kanan yang berada dipoket seluarnya.

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔 Where stories live. Discover now