BAB 4

3 0 0
                                    

Audi RS5 sportback berwarna metallic black milik Edriaan meluncur masuk ke perkarangan rumah agam milik Dato Jefri.Dia memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk rumah itu, beberapa saat kemudian pintu kereta dibuka dari luar oleh seorang pembantu lelaki yang lengkap berseragam putih hitam.Pakaian rasmi bagi pembantu pembantu di rumah agam tersebut. Edriaan menoleh ke arah pintu masuk berona putih emas yang terbuka luas itu,kelihatan seorang wanita separuh abad yang menawan sedang berdiri di muka pintu menanti ketibaannya.Edriaan tersenyum segaris,sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke rumah agam ini.Tanpa berlengah dia melangkah keluar dari perut kereta.

"Welcome Sir Edriaan" sapa pembantu lelaki itu seraya menundukkan kepala tanda hormat kepada anak pemilik rumah agam itu.Tangan Edriaan naik menyentuh bahu pembantu tersebut lalu ditepuknya sedikit sebelum melangkah menuju ke arah Datin Karina yang sedang tersenyum lebar di muka pintu.

"Assalamualaikum..wow, you look so gorgeous as usually mum" puji Edriaan sambil menghulurkan tangan untuk bersalam lalu disambut penuh mesra oleh Datin Karina. Tubuh tegap Edriaan didakapnya penuh erat.

"Thank you my handsome boy.Welcome home." ucap Datin Karina,sambil melagakan pipi ke pipi anaknya itu.Namun salam yang diberi jarang sekali dibalas.Sudah ditegur, sudah diingatkan tetap jua ibarat mencurahkan air ke daun keladi.Datin Karina berdarah campuran Belanda dan Turki.Datuk kepada Datin Karina telah berkahwin dengan seorang wanita berbangsa Turki beragama Islam.Oleh disebabkan itu, Datuknya menukar agama semata mata ingin berkahwin dengannya.Namun adat dan budaya mereka sekeluarga lebih ke arah sekular.

"Daddy?" soal Edriaan seraya meleraikan pelukan.Matanya menerjah ruang dalam kawasan rumah walaupun dirinya masih berada di muka pintu.

"Daddy ada dekat dalam dengan tetamu special kita,jom masuk" ucap Datin Karina. Lantas memaut lengan Edriaan seraya berjalan seiringan. Mendengar tetamu special yang disebut Datin Karina membuatkan Edriaan mengangkat kedua belah alis keningnya lalu menoleh ke tepi melihat raut wajah mummynya yang masih lagi terukir senyuman manis. Mungkin itu salah satu punca juga Datin Karina hari ini melaram kalah pengantin. Bukan itu sahaja, seluruh rumah agam itu terhias dengan indah seperti menyambut perayaan.Tiada apa yang perlu disoalkan, jauh di sudut hati Edriaan dia ingin segera menyelesaikan pertemuan malam ini tanpa ada drama dari Datin Karina. Dua beranak itu berlalu terus masuk ke dining room.

******

"Lara..ikut mak Som balik ya?" Sejak dari tadi itulah ayat yang dikatakan oleh mak Som kepada Lara.Mereka berdua sedang berdiri menghadap sawah padi yang luas terbentang di bawah terik sinar matahari.Segala kejadian yang berlaku tempoh hari langsung tidak menunjukkan Mak Som akan serik untuk kembali semula ke kampung.Seawal 7 pagi dia sudah tercegat di halaman rumah Mak Kiah bersama sebungkus roti canai.Terkejut semua orang yang berada di rumah melihat kelakuan Mak Som itu.

"Mak Som ni dah nyanyuk agaknya,Tak pernah pernah dia datang pagi pagi buta bawa sarapan untuk kita." ucap Julia penuh curiga.Dia sedang menyiapkan sarapan pagi bersama Lara di dapur.Sementara Mak Kiah dan Mak Som di ruang tamu berbual.Lara hanya beraksi biasa.

"Mak Som nak minta maaf dekat Maksu kot" balas Lara.Cawan sudah siap diletakkan ke dulang.

"Aku tak rasa dia nak minta maaf.Dia mana pernah mengaku salah.Mesti ada sesuatu.Jom kita ke atas" ucap Julia.Dulang yang berisi air itu ditatang naik ke ruang tamu.Mak Som yang dari tadi terjenguk ke arah dapur akhirnya mengoyakkan senyuman tatkala melihat susuk Lara. Lain pula dengan raut wajah Mak Kiah,dia tersenyum tetapi senyuman sekadar ingin menutup kegundahannya.

Selesai bersarapan, Mak Som menyatakan hajatnya yang sebenar pulang ke kampung.Dia ingin mengajak Lara tinggal bersamanya di bandar.

"Mak Som tahu Lara dapat keputusan cemerlang SPM yang lepas, tahniah." Tangan Mak Som naik mengusap bahu Lara.Keputusan SPM telah diumumkan beberapa hari yang lepas.Lara mendapat keputusan yang cukup membanggakan.Sempat juga pada hari yang sama dia singgah ke pusara kedua ibu dan ayahnya setelah mendapat sijil.Tangisan kegembiraan dan kesedihan bercampur menjadi satu saat itu.

"Terima kasih Mak Som." ucap Lara sembari tersenyum segaris tanda hormat.Tubuhnya dipusingkan menghadap Mak Som, lantas kedua dua tangan Mak Som kini berada di bahu Lara. Walaupun kurang selesa diperlakukan sebegitu tetap juga Lara menurut.

"Lara tak nak sambung belajar? keputusan macam Lara itu, banyak Universiti berebut rebut nak terima tahu?" ucap Mak Som penuh semangat, bagai seorang ibu yang begitu bangga dengan keputusan anaknya. Itulah cita cita Lara dari dulu lagi,dia ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi mengubah masa depannya.Namun,kini cita cita itu sedikit demi sedikit memudar.Dia sedar dirinya kini sebatang kera, segala kos pembelajaran dan perbelanjaan semestinya tinggi, tiada yang boleh menanggung segala kos tersebut. Wajah Lara berubah sugul.

"Ya,itulah cita cita saya.Tapi...Lara rasa sekarang ni, Lara tak dapat..tak boleh nak teruskan.Arwah ayah.." Tubuh Lara dipeluk Mak Som. Belum sempat dia menghabiskan ayat lagi kedengaran suara esakan Mak Som. Lara terkedu, tangannya takut takut ingin menolak sedikit tubuh wanita itu.

"Lara..Lara dah macam anak kandung Mak Som.Janganlah anggap Mak Som ini macam orang asing.Mak Som sedar Mak Som tak macam mak Kiah tapi sejujurnya Mak Som sayang semua anak saudara Mak Som" ucap Mak Som dengan suara tersedu sedan.

Lara kaku disitu,pertama kali dia mendengar pengakuan Mak Som.Jauh di sudut hati dia keliru sama ada ingin mempercayai kata kata Mak Som atau tidak.

"Lara..kalau Lara tinggal dengan Mak Som..Mak Som akan tanggung semua perbelanjaan Lara untuk sambung belajar. Ikut Mak Som ya, sayang" Kali ini tangannya naik mengusap pipi Lara.Sekali lagi Lara terkedu dengan tindakan Mak Som.Dahinya naik berkerut sedikit. Tangan yang masih mengusap pipinya itu dialihkan.

"Tapi Mak Som..Lara tak pernah pergi ke bandar.Lara tak biasa.Tapi kalau Mak Som izinkan Julia ikut sekali.Dia pun.."

"Tak! tak boleh..Julia ada Mak Kiah.Mesti dia tak nak berjauhan dengan Mak Kiah.Keputusan Julia tak sebagus Lara.Mak Som percaya Lara yang akan diterima masuk dulu.Julia biarlah dia tunggu surat maklum balas dari kampung.Yang penting sekarang ni, Lara tinggallah dengan Mak Som dulu nanti kalau Julia dapat Universiti yang dekat dengan bandar baru dia duduk dengan kita.Mak Som bukan apa, Mak Som kesian dengan Mak Kiah.Lara fahamkan keadaan Mak Kiah"  pintas Mak Som.Bahu Lara kuat dipegangnya.Tangis juga hilang apabila mendengar cadangan Lara.Hampir ingin menjerit dia tadi tapi berjaya dikawal.Perancangannya tidak  boleh gagal. Dia  perlu memujuk Lara si budak hingusan yang boleh ditipu hidup hidup agar ikut dia ke bandar. Itu sahaja satu cara untuk dia terlepas dari masalah.

Pemilik Hati LaraWhere stories live. Discover now