Suasana di bilik wad itu hanya disaksikan oleh peralatan di sekitarnya. Cahaya lampu di siling itu membuatkan Sofea terjaga, dia membuka perlahan-lahan matanya.
Riak wajahnya penuh dengan kekeliruan dengan keadaan sekeliling. Pandangannya tertumpu kepada wajah ibu mertua dan anaknya.
"Mommy... Iyad," ucap Sofea dengan suara yang serak.
Sofea cuba menggerakkan tubuhnya, tetapi rasa lemah menguasai dirinya. Puan Maimun segera mendekat dan memeluk Sofea erat, seolah-olah tidak mahu melepaskannya.
"Sofea kat mana ni, mommy?" tanya Sofea. Matanya memandang ke sekeliling bilik.
"Dekat hospital, sayang"
Sofea tersentak. Dia cuba memahami apa yang telah berlaku. Namun, ingatan terakhirnya terasa samar, seperti bayangan yang tidak jelas.
"Mommy, Sofea okay kan? Baby dalam ni okay kan mommy?" desak Sofea, berharap semuanya baik-baik sahaja.
Puan Maimun menarik nafas panjang sebelum menjawab, suaranya penuh emosi.
"Mommy nak Sofea kuat. Mommy tahu Sofea mama yang baik... dan mommy nak sangat Sofea tenang," pujuk Puan Maimun.
Kata-kata itu membuatkan hati Sofea bergetar. Dia memandang Puan Maimun dengan air mata yang mula bertakung di matanya.
"Mommy, jawab soalan Sofea mommy. Anak Sofea okay kan?!" Desak Sofea lagi, kali ini dia mengenggam kuat lengan Puan Maimun.
Ziyad hanya duduk diam di sudut bilik itu, hanya mendengar sahaja. Dia masih kecil dan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tetapi hatinya mula tersentuh apabila melihat wajah mamanya, Sofea, yang mengalirkan air mata.
Puan Maimun mengelap pipinya yang mulai basah dengan air mata. Dia kelihatan teragak-agak untuk bercakap, tetapi dia tahu Sofea berhak mengetahui kebenaran.
"Sofea... kalau mommy cakap, Sofea kena kuat eh,"
"Kandungan Sofea selamat kan, mommy?" tanya Sofea lagi dan lagi.
Puan Maimun hanya diam tanpa bicara, dia tahu Sofea tidak kuat menghadapi semua ini. Dia hanya menundukkan kepala, simpan segala kesedihan yang melanda.
"Mommy, Sofea nak tahu, mommy... " ucap Sofea, nadanya penuh getaran.
Puan Maimun hanya menggelengkan kepala. Dia menghela nafas panjang, berusaha menguatkan dirinya untuk mengungkapkan kenyataan pahit.
"Mommy minta maaf, Sofea... " ucap Puan Maimun sambil memeluk erat tubuh Sofea.
Air mata Sofea mula mengalir deras, tidak terbendung lagi, seperti sesuatu bilah yang tajam menusuk jauh ke dalam hatinya. Kenyataan itu seperti bergaung di kepalanya, memenuhi setiap sudut dengan kepedihan yang sukar untuk diterima.
"Sofea nak anak Sofea, mommy... Kenapa Sofea?! Kenapa Sofea yang selalu di uji... "
Puan Maimun menggeleng, kelihatan semakin sebak. Dia tidak mampu meneruskan kata-katanya. Melihat Sofea dalam keadaan sebegini benar-benar meremukkan hatinya.
Sofea menutup wajahnya dengan tangan, menangis tanpa dapat menahan lagi.
Ziyad melangkah mendekati dan terus memeluk tubuh mamanya, Sofea. Pelukan itu penuh dengan kasih sayang, cuba menjadi penawar kepada kesedihan yang melanda.
"Mama... " panggil Ziyad lembut.
Sofea akhirnya mengangkat wajahnya, memandang Ziyad dengan penuh kasih sayang. Dia terus membalas pelukan anaknya itu dengan pelukan yang erat dan hangat.
YOU ARE READING
ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)
RomanceWarning : Baca season 1 untuk tidak mengelirukan pembaca. Setelah mengalami derita yang berpanjangan, Sofea akhirnya menemukan jalan kebahagiaan. Hidupnya kini bahagia bersama keluarga tercinta, Zyan dan Ziyad serta kandungannya. Namun, kebahagiaan...