𝐁𝐀𝐁 𝟐𝟏

170 24 5
                                    

SELESAI sahaja mandi, Hani melabuhkan punggungnya di katil milik Naqib. Rambutnya yang masih basah dikeringkan menggunakan kain tuala. Jam sudah tepat menunjukkan pukul 10 malam. Tetapi sosok tubuh Naqib masih lagi belum muncul. Apalah agaknya pandangan lelaki itu ketika melihat dia berada di dalam bilik ni? Makan penampar mungkin. 

Kluk! 

Bingkas Hani bangun sebaik sahaja pintu terbuka. Liur ditegup. Perasaan gugup membuatkan Hani tidak mampu mengeluarkan sebarang apa-apa perkataan. Mereka berdua masih bertentang mata. Tatapan itu masih lagi tidak lepas antara satu sama lain. 

Hani berdehem. 

"Abang. Sebelum abang marah Hani, Hani boleh jelaskan semua ni. Ini bukan Hani yang mintak tapi bonda dengan Raqib yang buat tapi kalau abang rasa tak selesa, Hani boleh je tidur dekat lantai sampai bonda dengan Raqib pergi." 

Naqib tidak membalas apa-apa perkataan malah tangannya mengusap leher jinjang milik Hani. Terbit satu keluhan kecil keluar dari bibir Naqib. 

"Tak payah tidur lantai, Hani. Kalau kau sakit, sama je akan menyusahkan aku. Tidur saja dekat katil. Apa guna katil besar aku beli tapi kau tidur dekat lantai?" soal Naqib dingin. 

"Tapi abang, macam mana nanti kalau abang tak boleh tidur waktu Hani ada dekat sebelah abang? Iyalah sebelum ni kan abang pernah larang Hani untuk tidur sebelah abang. Jadi Hani tak naklah langgar semua tu. Macam abang pernah kata, arahan seorang suami adalah kewaijban seorang isteri untuk patuh selagi tak memudaratkan si isteri." Madah Hani tanpa sedar. Cepat saja bibirnya dikemam rapat. 

"Baikalah, ikut kau lah Hani. Kau nak tidur dekat lantai atau dekat atas bumbung rumah ni sekalipun aku tak kisah. Asalkan jangan babitkan aku waktu kau sakit sebab degil. Tapi kau nak tahu ruangan mana paling selesa bila tidur?" 

"Dekat mana?" soal Hani polos. 

Jari telunjuk Naqib terus menunjukkan ke arah pintu bilik air. 

"Dekat sana. Tempat syaitan berkumpul. Kalau kau rasa bosan tak ada peneman, boleh lah kau tidur dekat sana. Ramai yang akan teman kau tidur." 

Meremang bulu roma Hani apabila Naqib mengatakan sebegitu rupa padanya. Laju saja langkah Hani dibuka dan rehatkan badan di atas katil milik Naqib. Sudah, dia sudah buat keputusan. Dia akan tidur di sini. Di katil milik Naqib. 

"Lepasni jangan tunjuk leher kau depan aku." ujar Naqib sambil membuka butang bajunya satu persatu. Tuala yang elok tersangkut di almari Naqib ambik dan letak di bahunya. 

"Kenapa? Kenapa Hani tak boleh nak tunjuk leher Hani depan abang?" 

Salah ke bila seorang isteri tunjuk lehernya pada sang suami? Sepanjang Hani belajar agama, tidak pernah pulak dia dengar berdosa bila seorang isteri tunjuk lehernya pada suami. Renungan tajam jauh dari Naqib membuatkan Hani terkesima. 

"Sebab bila aku tengok leher kau, aku rasa nak kelar. Kau tahukan untuk buat mudah seseorang tu mati hanya kelar leher diaorang dan lepastu perlahan-lahan dia akan hembuskan nafas..." 

Automatik Hani menelan air liurnya. Terasa bahagian tekaknya seperti dicekik oleh Naqib. Walhal jarak mereka berdua agak jauh tapi mengapa dia terasa yang Naqib seoleh benar-benar dekat dengannya untuk bunuh. 

"Itu amaran pertama aku, Hani." 










PUAN AISYAH memulas telinga Syed Naqib dengan kuat. Suruh masak nasi goreng pun payah! Inilah kalau orang lelaki, bila masuk dapur semua barang dekat dapur ni, semua dia nak hancurkan! 

"Apa kamu ni, Raqib? Bonda suruh kamu masak nasi goreng tau!" Marah Puan Aisyah. 

"Lah, betul lah Raqib buat apa yang bonda suruh. Nasi goreng. Inilah nasi goreng khas dari Raqib. Bonda fikir orang lain dapat ke rasa air tangan Raqib ni? Keluarga kita je tau yang dapat rasa! Cubalah bonda bangga sikit dapat anak macam Raqib ni." 

Kembang kempis hidung Raqib. Dia bangga sebab dapat masakkan untuk orang tercintah! Kamu ada? Kamu tak ada sebab tak ada orang yang cintah kamu!

"Nak bangga buat apa? Cara nasi goreng yang kamu masak pun dah salah. Cuba bagitahu bonda celah mana bonda nak banggakan Raqib? Raqib ni sebenarnya tahu tak macam mana nak masak nasi goreng?" soal Puan Aisyah geram. 

Terangguk-angguk kepala Raqib. Tangan milik Puan Aisyah yang masih pulas telinganya buatkan gerakkan Raqib terbatas. Sakit amat! 

"Tahulah bonda. Kita letak minyak, lepastu panaskan. Dah panas baru kita letak nasi putih malam semalam punya. Jadilah nasi goreng!" Jelas Raqib seperti Chef yang terkenal di serata dunia. 

"Memang kamu ni bangang lah, Raqib. Itu nasi goreng minyak namanya!  Cubalah kamu makan, bonda nak tengok! Berselera ke tidak." 

Cabaran dari Puan Aisyah membuatkan kejantanan Raqib membuak-buak. Anak jantan, mana boleh tak sahut cabaran! Pantang menyerah sebelum mencuba. Sudu besi Raqib ambil dan ambik sedikit senduk nasi goreng dan masuk ke dalam mulutnya. 

"UGH! APA NI! KENAPA RASA MACAM RACUN!" 

"Ha, tahu pun. Makanan yang kamu panggil racun itulah yang Raqib buat. Memang nak bagi orang mati gamaknya!" 

Sedih wajah Raqib. Salah rupanya cara dia memasak. Mak, nak menangis! 

"Macam mana ni bonda? Nasi dekat periuk tu cukup makan untuk tiga orang je. Dalam rumah ni sudah lah ada empat orang." 

"Kamu tak payah makan! Berambus sana makan dekat mamak." 

"Hesy, mana boleh bonda! Bonda tahukan yang perut Raqib ni senstif macam bayi. Nanti kalau salah makan dekat mamak tu macam mana? Tak naklah! Raqib nak makan dekat rumah." Tegas Raqib bersama pendirianya. 

Puan Aisyah mengeluh panjang lalu melepaskan tarikan telinga dari Raqib. Cepat-cepat Raqib usap telinganya. Auch, berbisa! 

"Bonda." Seru Naqib yang lengkap dengan pakaian santainya. Yang lengkap dengan baju T-shirt putih dan seluar slack hitam. Cermin mata turut dipakai. Kalau waktu pagi macam ini memang kebiasaanya untuk pakai. Rabun. Tak nampak! 

"Ouh, Naqib. Baguslah kamu turun. Tolong masak boleh? Bonda nak masak tapi punggung bonda ni rasa sakit pulak. Boleh tak masak? Lagipun masakkan Naqib kan sedap." 

Pujian Puan Aisyah membuatkan Raqib mencebik panjang. Bonda ni memang jaranglah nak puji masakan orang tapi kalau dah puji bermakan memang sedap! Tapi memang tak dapat nafikan pun masakan Naqib memang sedap. Boleh buatkan orang makan berulang kali. 

"Boleh. Bonda rehatlah. Nanti dah siap Naqib panggil. Raqib tolong bonda tu. Jangan nak mengular je." 

"Tahulah. Kau tak payah sibuk. Humph!" 

Sebaik saja sosok tubuh Puan Aisyah dan Raqib menghilang. Naqib melihat sekeliling dapur. 

"Bersepah." 

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now