Tok! Tok!
Erin tersentak, kepalanya berpaling ke arah tingkap penumpang. Wajah Hayra kelihatan, cepat-cepat kunci dibuka.
"Kau mengalamun apa sampai aku ketuk banyak kali tak dengar?" Soal Hayra sebaik saja masuk ke dalam kereta sahabat baiknya itu.
"Tak ada apa." Erin menggeleng perlahan.
"Kau fikirkan pasal tadi ke?" Soal Hayra dengan nada yang lembut.
Erin menghela nafas panjang. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap, bukan hal itu yang bermain di mindanya.
"Tak..."
"Habis tu? Rin, kau tahu kan aku sedia dengar kalau kau ada masalah? Cuba cerita apa sebenarnya yang ganggu fikiran kau ni."
"Aku jadi serba salah tau tengok kau macam ni, sebab aku yang ajak kau keluar." Keluh Hayra. Erin mula dihurung rasa serba salah.
"Tak, serius aku tak ada masalah. Cuma aku rasa pelik..." Dahi Hayra berkerut.
"Pelik? Apa yang pelik?" soalnya.
"Tadi waktu aku pergi dekat taman tu... aku nampak someone."
"Someone? Siapa?" Erin mengangkat bahu.
"Tak tahu, tapi dia nampak familiar dari belakang. Aku cuba nak tengok dari dekat tapi kau telefon aku. Bila aku dah tutup telefon, dia dah tak ada." ujar Erin.
"Lelaki ke perempuan?"
"Aku rasa lelaki." jawab Erin ringkas. Hayra menyilangkan tangan ke dada. Dia cuba berfikir.
"Cuba kau describe dia dengan lebih teliti? Mungkin aku ada nampak dia dekat dalam tadi." pinta Hayra.
"Aku tak nampak dengan jelas lah, dia terlindung pokok. Lepas tu, lampu yang ada malap pula tapi muka dia macam terlindung something."
"Maksudnya?" Dahi Hayra berkerut.
"Dia macam pakai topeng."
"Entah-entah, yang kau nampak tu bukan manusia." Hayra cuba berjenaka. Erin lantas mencubit peha gadis itu perlahan.
"Serius, dari tepi aku nampak dia pakai something dekat muka dia yang buatkan kau tak nampak muka dia."
"Perompak agaknya? Sebab dia larikan lepas nampak kau?" Hayra tawa kecil, tangan Erin yang menepuk pehanya ditepis.
"Sakit lah! Aku gurau je, ish!" Bibirnya mencebik tidak puas hati. Erin tak membalas sebaliknya mata menjeling si rakan sebelum kembali fokus pada pemanduannya.
Minda masih terfikir sosok yang dilihat di taman tadi. Entah mengapa hatinya terasa satu perasaan yang aneh.
'Siapa dia?' Soalan itu bermain di fikirannya. Hati kuat mengatakan bahawa sosok itu bukan sosok seorang penjahat.
YOU ARE READING
ERIN DANIELLA [OG]
Romance"Rin, bagi I peluang untuk bahagia kan you." -UNGKU NAEEM ZAFRAN Tapi sayang, hatinya masih tertutup rapat. "Curiosity kills the cat, darling."-CARMINE Siapa dia? Kenapa rasa ingin tahunya tentang sosok itu sangat tinggi? "Kau tahu kan tawaran kau...