Bab 26

231 28 4
                                    

DIKERLING wajah cik tunang yang begitu leka dengan telefon di tangan. Mulut tersengih suka, jari cekap membalas mesej oleh seseorang. Pastinya Elnara bukan sedang menulis.

"Chat siapa tu?"

"Zafran."

Terjongket kening lelaki itu. Didekatkan sedikit wajah pada telefon si tunang hingga Elnara terkejut dan spontan terdorong ke belakang.

"Eh!"

Kini, tumpuan Elnara tidak lagi pada telefon tetapi pada wajah Hakim yang sudah mempamerkan riak serius tanpa secalit senyuman. Tapi masih terselit desir kelembutan di situ.

"Siapa Zafran? Awak tak pernah cerita pun pasal dia dekat saya."

"Pembaca saya."

"Oh. Lelaki? Umur berapa?"

"Sebaya adik lelaki saya. Which is, muda dua tahun dari saya. 22 tahun."

"Dah lama ke?"

"Apa?"

"Borak sampai tersengih dengan dia."

Elnara sempat tersenyum kecil sambil memutarkan bola mata. Telefon disimpan kembali ke dalam beg tangan Jacquemus merah ceri miliknya. Ditatap penuh si tampan di depan mata.

"Cemburu?"

"Pelik kalau lelaki tak cemburu dengan bakal isteri dia sendiri."

Hakim akan sentiasa ada ayatnya yang tersendiri. Itulah yang dia sukakan tentang lelaki itu. Berbeza dan memiliki caranya yang tersendiri. Buatkan egonya yang setinggi langit pun boleh runtuh kerana lelaki di hadapannya ini.

Lelaki yang sudah bergelar tunangannya.

"Dia sebaya adik saya, Ezra. Tak akanlah saya nak mesra lebih dari adik dengan kakak dengan dia. Lagipun, saya tunang awak. I always love you."

Sontak, Hakim menggaru hujung keningnya yang tidak gatal. Perlahan, rona telinganya berubah merah. Saluran darah di bawah lapisan kulitnya mula mengembang menyebabkan wajahnya rasa berbahang.

"Ya Allah." Kedua wajah ditekup dengan tapak tangannya.

Terhambur tawa Elnara melihat reaksi yang diberikan oleh Hakim itu begitu comel hingga membuatkan dia terhibur. Kini dia tidak segan lagi untuk menyatakan perasaannya yang sebenar terhadap lelaki itu.

"Awak cakap apa tadi?" Hakim bersuara, kali ini dengan nada yang lebih perlahan, hampir seperti bisikan. Matanya sedikit membulat, memandang tepat ke arah Elnara yang sedang berusaha menahan senyuman.

"I said, I love you."

Hakim terkaku seketika.

"El... awak tak boleh main-main cakap macam tu," gumamnya, namun nadanya jelas menunjukkan dia gugup.

"Main-main?" Elnara mengangkat keningnya.

"Awak fikir saya main-main? Hmm, pelik. Saya ingat tunang saya ni jenis tak mudah gelabah."

Nafas panjang dihela Hakim, cuba berlagak seperti kata-kata itu tidak memberi kesan. Namun, rona merah yang semakin menyala di wajahnya memecahkan tembelang.

"Awak nak saya pengsan ke, El?" soalnya sambil memicit dahi, separuh bergurau.

Elnara tergelak kecil, melangkah menghampirinya.

"Kenapa awak nak pengsan? Kan awak selalu cakap awak lelaki tough?"

"Lelaki tough pun boleh kalah kalau tunang dia tiba-tiba cakap I love you," jawab Hakim sambil memandang ke lantai, tidak sanggup bertentang mata dengan Elnara.

Bahagia Tanpa Ragu Where stories live. Discover now