BAB :1

1 0 0
                                    

SEMUA HANYALAH REKAAN SEMATA !
TIADA KENA MENGENA DENGAN DUNIA NYATA ! HARAP PEMBACA BACA DENGAN HATI YANG POSITIF !!!

"Isnin. Jam 2214. Lorong Belakang Fae Cafe. Rakaman CCTV mendapati 2 remaja sekolah menengah kebangsaan Terik Sepagi dicederakan oleh seorang lelaki misteri dan didapati dua remaja itu ditikam berkali kali. Pemilik Fae Cafe terlihat kejadian itu terus menelefon pihak polis. Masih dalam siasatan."

Kring Kring Kring.

"Ish apa ni, nak tengok berita pun kacau" Mira bangun dari sofa dan pergi ke telefon.

"Ha, siapa?" tanya Mira disebalik telefon.
"Aku ni ha, Faera" jawab rakan baiknya, Faera Qistina.

"Eh, kenapa telefon?" Mira bertanya lagi.
"Kau tengok berita kan? aku jadi superhero tau, aku selamatkan budak.." Bangga Fae berkata. "Tu pun belum tentu budak-budak tu hidup. Lagipun, budak budak tu kena tikam banyak kali kot, takkan la hidup lagi. Mungkin dah bertemu Ilahi?"

"Eh engkau ni.. mulut memang tak reti tapis ye? sumbat belacan kang"

Kawannya yang sorang ni memang mulut dia tu teringin nak potong, kata kata tu sebuah doa, takut jadi betul betul. nanti mak budak budak tu nangis la apa la. Tak dinafikan Fae pun meluat juga orang macam tu, tapi Fae pun better la lagi dari Mira tak reti tapis ni.

"By the way kan, kau tahu tak keadaan budak tu?" Mira suka bertanya ni, kalau orang banyak tanya dia tak suka, dia banyak tanya boleh pula. Nasib baik sayang.

"Taktau, aku bukan doctor atau polis nak tau semua ni." Jawab Fae.

"Alah kau ni, kata superhero. Takkan benda ni pun tak tahu." Mira ni semua ni betul. Ye la kat dunia ni Amira Dura Alyssa je yang betul.

"Tak. Bye." Fae menutup telefon.

"Eh? Fae? Fae? Kurang ajar betul dia dah tutup call." Mira mengeluh. Tiba-tiba saja pintu rumahnya diketuk. Anak siapa pula datang pagi ni.

Mira berjalan ke arah pintu nya. Buka tak buka je perasaan dia sekarang. Belum sempat Mira buka tiba-tiba

"Assalamualaikum!" kata orang disebalik pintu. Mira membuka pintu. "Kau nak apa?" dah tau dah Mira siapa gerangan disebalik pintu. Adiknya, Humaira.

"Eh? Humaira masuk rumah je pun, salahkah?" Humaira pelik dengan perubahan drastik kakaknya. Marah betul kakak nya hari ini. Datang bulan ke?

"Ganggu je kau ni. Masuklah." Mira menjeling ke arah Humaira dan kembali ke ruang tamu. "Kakak..." Panggil Humaira.

"Nak apa kau?" Ganggu betul Adiknya sorang ni. Kalau sekejap pun tak boleh duduk diam.

"Nak duit." "Kerja sendiri." "Kedekut betul."
Eh budak ni, orang suruh kerja dia kata orang kedekut. Sepatutnya terima kasih la dekat kakak kau yang cantik ni dah bagi saranan.

"Eh kau ni kan? Nak berapa?" Tanya Mira.

"5 ringgit? boleh?" Alah.. setakat banyak tu, aku boleh bagi lah.

"Nah 6 ringgit, Jimat cermat sama."

"Lah kak."  "Orang dah bagi lebih tu ambil je lah. Banyak sembang pulak." Budak ni, orang dah bagi kepala dia nak lutut.

"Yelah.." Humaira ambil duit yang dibagikan oleh Mira dan masuk ke bilik. "Terima kasih"

Mira kembali menonton televisyen.

"Kembali Berita TV3. Pembunuh yang mencederakan 2 kanak-kanak sekolah menengah kebangsaan Terik Sepagi masih belum ditangkap. Diharapkan masyarakat berhati-hati dengan pembunuh bersiri yang telah mencederakan lebih 10 kanak-kanak diseluruh Malaysia."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

secrète quelqu'un ; FIRST HOPEWhere stories live. Discover now