"Jadi baik kau explain, mana kau menghilang apa kau buat dan macam mana kau boleh datang balik?" Fatihah dan Lylabella mengepung Qizz. Qizz tersandar pada dinding hospital, meneguk air liur.
"Panjang cerita dia..."
"Pendekkan." Afif yang bermain permainan video dalam telefon Najmuddin memotong sebelum Qizz habis berbicara.
"Kalau kau tak nak cerita, ingat kita dekat hospital. Bilik mayat dekat bawah, van jenazah pun ada. Aku buat kerja tak pernah tak clean." Fatihah mengusap kepala Qizz sambil tersenyum psiko.
"Buat kerja clean konon. Yang kau kantoi makan Maggi dalam kelas tu apa?" Afif mencelah, sambil matanya masih tertumpu pada permainan video.
"Kau tu tadi hidung berdarah je, jangan sampai kepala kau pula berdarah aku kerjakan." Fatihah menjeling Afif.
"Uuu takutnya. Terpaling buat kerja clean marah!" Afif tersenyum sumbing. Permainan video tetap diteruskan.
"Lantak kau lah. Berbalik pada kau, wahai pelarian tak diketahui warga apa... Sejak bila kau waras boleh bawa anak orang datang hospital? Aku ingatkan selama ni kau reti buat perangai tak semenggah je." Fatihah kembali fokus pada Qizz.
"Kau cerita daripada A sampai Z. Kalau tidak aku bagitahu mak kau yang kau pernah hilangkan Tupperware mahal dia!" Lyla berbicara, dengan jelas bernada Sabahan.
"Cerita dia macam ni..."
Qizz sedang memasak bersama Afiqah. Dia meletakkan pisang yang ingin dipotong untuk membuat cekodok di sebelah singki, iaitu berhadapan tingkap. Ketika dia berpaling sesaat dan berpaling kembali, dia melihat seekor monyet yang cuba mencuri pisang tadi.
"WOI DHARIZ KAWAN KAU CURI PISANG KITA!" Qizz cuba merampas pisang itu kembali namun dia terleka dan pisang itu jatuh ke tangan si monyet.
Afiqah tidak menolong melainkan merakam kejadian tersebut.
"Okey guys, jadi kita lihat sekarang dua sahabat sedang merebut pisang. Apakah komen anda wahai encik tiang?" Afiqah menghalakan kamera ke arah Dhariz.
"Sejujurnya, kejadian seperti ini tak jarang berlaku. Biasalah, walau bergaduh tetapi semangat persahabatan tu tetap ada." Dhariz mengangguk dan tersenyum bangga.
"Okey, sekian terima gaji!" Afiqah menamatkan rakamannya. Monyet tadi menari-nari dan tersengih pada Qizz.
"Ukk ukk akk akk!" Dengan gembiranya dia membawa pisang tersebut bersamanya.
"HOI TAK GUNA PUNYA DHARIZ KAU BAWA LARI PISANG AKU!" Qizz terus keluar dan mengejar monyet tersebut.
Afiqah kehilangan kata-kata sementara Dhariz mengeluh.
"Ingatkan aku balik, kenapa kita tolong dia?" Afiqah memandang Dhariz, jelas pasrah.
"Sebab dia kenit, comel, oh sebab mak dia suruh. Mak dia tahu anak dia ni punya gila jadi mak dia pun ikut je." Dhariz mengangguk.
"WEH QIZZ BONGOK APAHAL BANYAK LEBAH IKUT KAU!?" Mata Afiqah terbuntang. Dhariz ternganga. Cepat-cepat jejaka itu menutup tingkap dan mencari kertas untuk dibakar.
"LAJU LAGI QIZZ, KAU NI CEPATLAH!!" Afiqah cemas menanti di muka pintu, bersedia menutup pintu apabila Qizz masuk.
"Qizz, Fiq, tahan nafas!" Dhariz muncul dengan surat khabar yang dibakar seperti obor. Qizz cepat menyelit di antara dua sepupunya.
Dhariz mengacukan obor surat khabar tersebut. Berharap gerombolan lebah itu lari. Dia menjatuhkannya dan cepat masuk lalu menutup pintu.
Gerakan Dhariz sepantas kilat itu berjaya membuatkan mereka bertiga selamat. Lantai di luar simen, jadi mungkin tidak terbakar.

YOU ARE READING
Setalamz : Nanti...
Teen FictionSiapa saja tidak kenal SMK Tengku Aiden Hanafi? Sekolah yang menempatkan anak-anak orang ternama. Hanya orang istimewa boleh berada di sekolah ini. Pergaduhan menjadi makanan, tumbukan dan sepakan menjadi perbualan, maksiat berleluasa tanpa dihalang...