Qizz muncul entah dari mana. Dia berjaya menarik rantai itu sehingga putus.
Ain terpaku, jelas terkejut.
"Kau menung buat apa bengong? Benda boleh slide, tarik putuskan. Sedar tak rantai ni jauh lagi tua daripada kita?" Qizz mengetuk kepala Ain.
"Kau pergi mana ngek? Aku rindu bengong!" Ain memeluk Qizz, erat.
"Sorry, aku tersesat dalam bisikan setan untuk beberapa minggu. Lepas tu, aku contact Tihah tadi. Katanya ada rasuk, aku gelabah lah. Nasib mamat galah tu tahu jalan pergi sini." Qizz menghulurkan rantai tadi pada Ain.
"Ish, macam mana kau boleh sedar? Kenapa tak hilang je terus? Bawa luka dalam hati aku ni dengan kau..." Ain menangis.
"Itu nanti cerita, sekarang kau nak tengok ada yang mati dulu ke? Benda dah ada kat tangan." Qizz menepuk bahu Ain.
"Ustazah dengan Ustaz mana?" Ain seolah tersedar. Dia mencari di kiri dan kanan, namun suasana huru-hara itu menyukarkannya.
"Sini rantai tu." Suara dingin Dhariz mencelah.
"Kau tahu ruqyah?" Ain memandang Dhariz. Dia tahu jejaka itu sepupu Qizz.
"Bapak aku ajar."
"Tapi perangai tak semenggah juga." Qizz menjeling.
"Kau diam jelah kenit."
"Tengok tu? Dasar tiang!"
"Bukan masa nak gaduhlah! Kau ruqyah benda ni, aku minta Ratna selesaikan yang lain." Ain terus berlari dan menangkap pelajar yang memakai rantai tadi. Pelajar itu meronta-ronta ingin menerkam Dhariz.
Mulut Dhariz mula terkumat-kamit. Pelajar yang tadi meronta-ronta ingin menerkam Dhariz, kini menggeliat kepanasan.
"PANAS! DIAMLAH BODOH! PANAS!!" berguling-guling tubuh pelajar itu di atas lantai.
Rantai di tangan Dhariz memerah.
"Aduh!" Dhariz terus mencampakkan rantai tadi. Tangannya seolah dibakar. Pelajar tadi tidak sedarkan diri. Rantai itu terus menghilang dan histeria terhenti.
"Syaitan punya syaitan, luka kaki aku baru elok. Situ juga nak dipijaknya!" Qizz memeriksa luka pada kakinya. Itu luka hasil jatuh motor seminggu yang lalu, masih pedih.
"Aku rindu kau!" Ain menangis dan memeluk Qizz.
"Aku tahu bocah, aku tahu." Qizz membalas pelukan Ain. Terasa janggal kerana Ain lebih tinggi daripada dirinya.
"Ain..." Aiden memegang kepalanya yang masih sakit namun sudah berkurang.
"Kau kena rehat." Ain mengambil ranting kayu dan mencucuk bahu Aiden.
"Aku... Aku dah ingat pasal kau." Mata Aiden berkaca.
"Aku minta maaf sebab lupa. Kita dah kawan 10 tahun pun aku boleh lupa, aku minta maaf Ain. Aku minta maaf lupakan kau, aku minta maaf layan kau macam stranger. Aku minta maaf sebab ingat Helena, bukan kau." Aiden tersenyum.
"Kau... Dah ingat? Kau ingat aku, manusia!? Jap, kau ingat ke yang aku pernah confess dua tahun lepas?"
"Sangat."
"Kenapa kembalikan ingatan yang tu, Ya Allah!" Ain menutup wajah. Malu mengingati dirinya yang tidak matang dan begitu mencintai Aiden.
"Ya Allah..." Ain terduduk dan menangis bahagia.
"Kau kenapa anak orang?" Qizz melutut di sisi Ain.
"Kau expect apa? Hari yang sama, Aiden dengan aku and Qizz datang balik... Kau expect reaction aku apa?" Ain tersengih. Namun matanya tetap mengalirkan mutiara jernih membasahi pipi.

YOU ARE READING
Setalamz : Nanti...
Teen FictionSiapa saja tidak kenal SMK Tengku Aiden Hanafi? Sekolah yang menempatkan anak-anak orang ternama. Hanya orang istimewa boleh berada di sekolah ini. Pergaduhan menjadi makanan, tumbukan dan sepakan menjadi perbualan, maksiat berleluasa tanpa dihalang...